omniture

Danone akan menyokong usaha Kerajaan membasmi COVID-19 di Malaysia

Topeng muka dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) akan diedarkan kepada kira-kira 4,000 petugas rawatan kesihatan di 50 cawangan Klinik Kesihatan
Danone
2020-04-01 12:00 370

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 April 2020 /PRNewswire/ -- Bagi menangani COVID-19 secara bersepadu, syarikat induk Dumex', Danone; telah bertekad untuk menyokong usaha kerajaan Malaysia bagi menangani krisis kesihatan semasa ini, selaras dengan visi globalnya "One Planet, One Health". Sepertimana dalam kebanyakan negara di ASEAN dan juga di dunia, perolehan peralatan perlindungan seperti topeng muka menjadi suatu cabaran yang besar dan Kerajaan telah melakukan tugas yang hebat bagi memastikan bekalan yang mencukupi untuk hospital-hospital yang menangani secara langsung rawatan COVID-19. Danone ingin membantu usaha Kerajaan dengan menyokong petugas rawatan kesihatan di hospital-hospital dan klinik-klinik tempatan, dimana pesakit-pesakit diperiksa terlebih dahulu sebelum menjalani ujian COVID-19. Dengan itu, Danone akan menyumbang dan mengedarkan topeng muka serta cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) kepada kira-kira 4,000 orang jururawat di Klinik Kesihatan seluruh Malaysia.

Bekalan ini akan dihantar secara berperingkat pada bulan April kepada 50 cawangan klinik milik kerajaan, bagi melindungi dan mengurangkan risiko jangkitan mereka.

"Pada ketika ini apabila petugas rawatan kesihatan mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu perjuangan menentang virus COVID-19 di Malaysia, kami ingin menyumbang kepada usaha bersama ini bagi menyokong dan melindungi semua penggerak balas pertama rawatan kesihatan. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan petugas rawatan kesihatan kami atas usaha tanpa henti mereka untuk menangani situasi yang belum pernah terjadi sebelum ini. Ayuhlah kita terus berwaspada dan bersatu padu tatkala kita menghadapi wabak ini bersama-sama sebagai sebuah negara," kata Danish Rahman, Pengurus Besar, Danone Specialized Nutrition, Malaysia.

Latar Belakang Danone (www.danone.com)

Dikhususkan untuk memberikan kesihatan melalui makanan kepada seberapa banyak orang yang mungkin, Danone ialah sebuah syarikat makanan & minuman global yang terkemuka dalam kategori yang bertumpukan kesihatan dan berkembang pesat dalam tiga perniagaan: Produk Tenusu Utama & Berasaskan Tumbuhan, Minuman dan Nutrisi Khusus.

Danone telah hadir di Malaysia sejak tahun 1958 dalam kategori Nutrisi Khusus melalui operasi Dumex, termasuk jenama seperti Dugro, Mamil dan baru-baru ini jenama global Aptagro. Danone menyasarkan untuk menginspirasikan amalan pemakanan dan minuman yang lebih sihat dan lebih mampan, sejajar dengan visi 'Satu Planet. Satu Kesihatan' yang mencerminkan kepercayaan kuat bahawa kesihatan manusia dan planet kita saling berkaitan. Untuk menyemarakkan visi ini dan mewujudkan nilai unggul, mampan dan menguntungkan bagi semua pemegang kepentingannya, Danone telah menetapkan Matlamat 2030: satu set sembilan matlamat bersepadu sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Danone komited untuk beroperasi dengan cekap, bertanggungjawab dan inklusif; ia berpegang pada piawaian tertinggi dalam menjalankan perniagaan, seperti yang dicerminkan oleh cita-cita untuk menjadi salah satu multinasional pertama yang disahkan sebagai B CorpTM. Dengan lebih 100,000 pekerja, dan produk yang dijual di lebih 120 pasaran, Danone menjana €

24.7 bilion dalam jualan pada tahun 2018. Portfolio Danone termasuk jenama terkemuka antarabangsa (Actimel, Activia, Alpro, Aptamil, Danette, Danio, Danonino, evian, Nutricia, Nutrilon, Volvic antara lain) serta jenama tempatan dan wilayah yang mantap (termasuk Dumex, AQUA, Blédina, Cow & Gate, Horizon, Mizone, Oikos, Prostokvashino, Silk, Vega).

Disenaraikan di Euronext Paris dan di pasaran OTCQX menerusi program ADR (American Depositary Receipt), Danone ialah saham komponen indeks-indeks tanggungjawab sosial utama termasuk Indeks Kemampanan Dow Jones, Vigeo Eiris, Indeks Kemampanan Ethibel, Kemampanan Global MSCI, Indeks MSCI Global SRI dan Indeks FTSE4Good.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200401/2763948-1logo?lang=0

Source: Danone
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Infectious Disease Control Retail