omniture

IONpath dan Bristol Myers Squibb Bersama-sama Tulis Artikel Penyiasatan Makmal Baharu Terokai Kerumitan Mikropersekitaran Tumor

IONpath, Inc.
2020-04-02 01:22 756

MENLO PARK, California, 2 April 2020 /PRNewswire/ -- IONpath, Inc. hari ini mengumumkan bahawa mereka bersama-sama menulis artikel dengan Bristol Myers Squibb yang bertajuk Multiplexed Ion Beam Imaging (MIBI) for Characterization of the Tumor Microenvironment Across Tumor Types (Multiplexed Ion Beam Imaging (MIBI) untuk Pencirian Mikropersekitaran Tumor Merentas Jenis Tumor) untuk jurnal Nature Laboratory Investigation.

Fig 1. Key cell types can be compared across tumor types. a. Within the CD45+ cell fraction, the frequency of T cell subsets, macrophages and other immune cells are shown in the stacked bar chart. b. Each FOV and the frequency of the cell type are clustered using euclidean distances and the Ward metric (to minimize inter-cluster variance). Each cell type is normalized using its z-score (mean = 0 and std = 1).
Fig 1. Key cell types can be compared across tumor types. a. Within the CD45+ cell fraction, the frequency of T cell subsets, macrophages and other immune cells are shown in the stacked bar chart. b. Each FOV and the frequency of the cell type are clustered using euclidean distances and the Ward metric (to minimize inter-cluster variance). Each cell type is normalized using its z-score (mean = 0 and std = 1).

Kebolehan untuk memahami semua sel yang terdapat dalam tumor dengan membezakan beberapa jenis sel sekali gus dalam satu bahagian tisu dihadkan oleh teknologi yang tersedia. Di sini, penulis menunjukkan bagaimana Multiplexed Ion Beam Imaging (MIBI™) dapat memperincikan ciri-ciri pelbagai jenis tumor dengan menyediakan pengenalpastian fenotip sel yang digandingkan dengan analisis hubungan ruangannya. Untuk kolaborasi ini, Bristol Myers Squibb menyediakan sampel daripada 50 biopsi tumor kepada IONpath yang mana ia diwarnakan serta merta dengan panel 15 antibodi, setiap satu dilabelkan dengan isotop logam tertentu. Pemetaan yang amat terperinci daripada mikropersekitaran tumor menyediakan profil imun(rajah 1)  dan organisasi ruangan (rajah 2) melalui proses berbilang langkah yang mensegmenkan sampel hingga ke sel individu.

Maklumat ini dikumpulkan sebagai satu latihan untuk memerhatikan ciri-ciri sampel yang diperkatakan. Walau bagaimanapun, implikasi daripada tahap pemetaan tumor pada tahap selular ini boleh menjadi luas. Saintis dan pembangun ubat-ubatan kini dapat mengukur jarak sel imun kepada sel kanser dan dalam sampel yang sama, mengukur tahap ekspresi protein bagi sasaran ubatan berpotensi dan pembolehubah lain yang dikaitkan dengan respons terhadap terapi tertentu seperti terapi yang menyasarkan titik semak imun.  

"Menjadi misi IONpath untuk memperkasa penemuan perubatan, khususnya dalam bidang imuno-onkologi, melalui pencirian mikropersekitaran tumor sehingga ke tahap selular," kata Dr. Jessica Finn, Pengarah Patologi dan salah seorang penulis artikel tersebut. Dr. Finn menambah, "Pemeriksaan struktur yang terperinci dan saling berkaitan ini adalah sukar tetapi merupakan tugas yang penting dalam perjuangan untuk menyembuhkan beberapa jenis kanser."

Sebagai contoh bagaimana misi untuk IONpath ini dapat memberi kesan kepada keputusan dunia sebenar, kajian ini menunjukkan kemungkinan untuk menghitung jarak antara subset sel yang berbeza termasuk tumor dan sel imun selain daripada subset sel imun yang mengekspresikan PD-1 dan PD-L1. Kajian selanjutnya dalam bidang ini boleh diwujudkan untuk menyokong hasil yang lebih baik dalam bidang imuno-onkologi.

Alami bagaimana IONpath membolehkan pelanggan dan kolaborator menilai data melalui platform visualisasi didayakan webnya MIBItracker™. Log masuk ke MIBItracker™melalui pautan ini.

Latar Belakang IONpath, Inc. dan IONpath Research Services
IONpath, Inc. merevolusikan pengimejan tisu bagi mempercepatkan penemuan perubatan dan meningkatkan kesihatan manusia. Sistem MIBIscope™ syarikat yang menggunakan teknologi Multiplexed Ion Beam Imaging (MIBI™), yang dibangunkan di Stanford University dan menunjukkan langkah transformatif dalam pengimejan tisu dengan memultiplekskan secara serentak lebih 40 penanda dengan kekhususan sehingga ke sel tunggal. Institut-institut penyelidikan terkemuka serta syarikat-syarikat bioteknologi dan farmaseutikal menggunakan MIBIscope dalam penyelidikan imuno-onkologi, imunologi dan neurosains yang mana data pengimejan termultipleks dengan fideliti tinggi diperlukan. Selain daripada Sistem MIBIscope™ yang ditingkatkan dengan MIBItracker™, IONpath memperkasa inisiatif-inisiatif penyelidikan dan pembangunan rakan-rakan kongsi akademik, bioteknologi dan farmaseutikal melalui bahagian Perkhidmatan Penyelidikannya yang komprehensif.

Kunjungi www.ionpath.com untuk mengetahui lebih lanjut.

©2020 IONpath, Inc. Hak cipta terpelihara. IONpath® ialah tanda dagangan berdaftar dan MIBI™ & MIBIscope™ ialah tanda dagangan IONpath INC. Untuk Kegunaan Penyelidikan Sahaja. Bukan untuk kegunaan diagnostik.

Perhubungan Media IONpath

Telefon: 305-803-0824

Terri Hnatyszyn

Emel: media@ionpath.com  

Pemasaran & Komunikasi


 

Fig 2. Differences in the TME architecture: the spatial distribution of immune cells and tumor cells.
Fig 2. Differences in the TME architecture: the spatial distribution of immune cells and tumor cells.

 

Info - https://mma.prnewswire.com/media/1139769/Figure_5_final_Infographic.jpg  

Info - https://mma.prnewswire.com/media/1139770/Figure_6_final_Infographic.jpg  

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1088947/IONpath_Logo.jpg  

Source: IONpath, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service New products/services Survey, Polls & Research Data Analytics