omniture

China Mobile berganding bahu dengan Ubitus lancar Perkhidmatan Penstriman Permainan Awan 5G (UGAME)

Ubitus K.K.
2020-04-02 11:30 1170

HONG KONG, 2 April 2020 /PRNewswire/ -- Ubitus K.K., peneraju teknologi permainan awan seluruh dunia dan China Mobile Hong Kong Company Limited, penyedia perkhidmatan telekomunikasi termaju di Hong Kong, China, dengan sukacitanya mengumumkan perkongsian mereka dalam perkhidmatan permainan awan 5G. CMHK menganjurkan upacara perasmian besar-besaran kedai utama perkhidmatan permainan awan yang baharu di Central hari ini.

CMHK selects Ubitus for UGAME service
CMHK selects Ubitus for UGAME service

 

CMHK ialah pengendali pertama di Hong Kong yang melancarkan perkhidmatan permainannya "UGAME" pada peranti mudah alih dan UTV. Ia memilih Ubitus bagi membantu membentuk masa depan penstriman permainan mudah alih dan mengukuhkan perkhidmatan pada tahun ini. Perkhidmatan UGAME baharu ini eksklusif untuk pelanggan CMHK mulai hari ini. Strategi ini mengambil pelan langganan untuk menarik lebih ramai pengguna 5G dengan menawarkan prestasi termaju yang dikuasakan oleh rangkaian 5G CMHK. Pengguna akan dapat memuat turun aplikasi yang dikemas kini dalam Google Play. Ubitus dan CMHK bersama-sama menjangkakan untuk meluaskan perkhidmatan di seluruh Hong Kong.

Kini, platform UGAME menyediakan 40 judul dengan pelbagai jenis permainan bermula dengan aksi, pengembaraan, pertarungan dan kasual yang membolehkan pemain untuk memilih daripada langganan permainan video PC dan konsol yang terbaik, dengan sokongan daripada rangkaian 5G terkini. Pengguna boleh mengalami perkhidmatan UGAME secara percuma mulai sekarang semasa peringkat beta.

Dengan perkhidmatan Permainan Penstriman 5G CMHK disokong oleh Ubitus dapat membawa pengalaman permainan konsol yang segera melalui langganan berdasarkan permintaan tanpa memerlukan pengguna untuk melengkapkan dengan komputer atau konsol permainan yang mahal dan canggih sebagai prasyarat. Pengguna akan berpeluang untuk merasai penstriman permainan secara langsung melalui 5G dan melihat bagaimana ia merevolusikan pengalaman permainan dengan menggabungkan permainan video yang terbaik dengan kualiti rangkaian CMHK. Pemain berupaya untuk menggunakan telefon pintar atau TV dengan pengawal permainan bagi mendapat suatu cecapan WRC, KOF dan Metro 2033 Redux melalui 5G.

"Ubitus berbesar hati untuk berkolaborasi dengan CMHK untuk permainan awan 5G dengan menggunakan teknologi yang terkemuka dalam industri kami. Membawakan model perniagaan baharu, kekuatan teknologi dan sambungan global dalam industri permainan disertai dengan kedudukan utama CMHK di Hong Kong, kami berharap agar pengguna akan menikmati permainan awan tahap seterusnya dan perkhidmatan 5G perintis," kata Wesley Kuo, Ketua Pegawai Eksekutif Ubitus.

Latar Belakang China Mobile Hong Kong 

China Mobile Hong Kong Company Limited ("CMHK") ialah subsidiari milik penuh China Mobile Limited (HKEx: 941) (NYSE: CHL), yang menduduki tempat ke-56 dalam Fortune Global 500. CMHK ditubuhkan pada Januari 1997 dan merupakan pengendali rangkaian mudah alih yang pertama melancarkan perkhidmatan PCS di Hong Kong.

Memiliki kumpulan pelanggan yang terbesar di dunia untuk perkhidmatan rangkaian mudah alihnya*, Syarikat ini menawarkan perkhidmatan komunikasi yang inovatif dan komprehensif termasuk suara, data, IDD dan perayauan antarabangsa melalui 4G LTE, 3GHSPA dan teknologi lain. Syarikat ini komited terhadap pembangunan rangkaian 5G, menggabungkan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan, internet pelbagai benda, pengkomputeran awan dan data raya, mengintegrasikan aplikasi 5G dalam industri-industri berbeza, menggalakkan pembinaan dan pembangunan kumpulan bandar pintar di Kawasan Teluk Lebih Besar (Greater Bay Area).

Latar Belakang Ubitus 

Ubitus mengendalikan platform teknologi virtualisasi GPU dan penstriman awan yang terbaik di dunia dan mengkhusus untuk menyediakan pengalaman pengguna yang unggul melalui teknologi canggihnya. Selagi mana pengguna terhubung dengan rangkaian jalur lebar, mereka boleh menikmati pengalaman permainan AAA merentas pelbagai peranti, seperti telefon pintar, tablet, konsol permainan, TV pintar dan komputer peribadi.

Menerusi GDK komprehensifnya (kit pembangunan permainan), Ubitus menyediakan penyelesaian penggabungan pantas-dibawa-ke-pasaran bagi menyokong syarikat-syarikat permainan di Jepun dan luar negara yang berminat dengan permainan awan. Ubitus bekerjasama dengan pembawa telekomunikasi, penyedia perkhidmatan dalam talian dan penerbit permainan di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200331/2764925-1?lang=0
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150902/8521505721LOGO?lang=0

Source: Ubitus K.K.
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Internet Technology Telecommunications New products/services