omniture

Huawei Diiktiraf sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights 2020 untuk Infrastruktur Pinggir WAN

Huawei
2020-04-03 17:15 6246

SHENZHEN, China, 3 April 2020 /PRNewswire/ -- Huawei dengan bangganya mengumumkan bahawa ia dinamakan sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights 2020 untuk Infrastruktur Pinggir WAN, menunjukkan pengiktirafan oleh pelanggan global terhadapnya untuk penghala siri NetEngine AR Huawei dan penyelesaian CloudWAN (SD-WAN Huawei).

Gartner Peer Insights ialah platform dalam talian bagi senarai kedudukan dan ulasan perisian serta perkhidmatan IT yang ditulis dan juga dibaca oleh golongan profesional IT dan pembuat keputusan teknologi. Matlamatnya adalah untuk membantu pemimpin IT membuat keputusan pembelian yang lebih berwawasan dan membantu penyedia teknologi mempertingkatkan produk mereka dengan menerima maklum balas yang objektif dan tidak berat sebelah daripada pelanggan mereka. Gartner Peer Insights menyediakan lebih daripada 215,000 ulasan yang disahkan dalam lebih 340 pasaran.

Melalui Gartner Peer Insights setakat 28 Mac 2020, Huawei mendapat kedudukan keseluruhan yang tinggi dengan 4.8/5 bintang - kedudukan kedua tertinggi antara hampir 30 vendor Pilihan Pelanggan dalam pasaran ini. Penyelesaian SD-WAN Huawei mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh pelanggan daripada pelbagai sektor seperti perkhidmatan kewangan, pembawa dan kerajaan memandangkan ia berbeza dari segi keupayaan produk, penggunaan, O&M dan sokongan perkhidmatan.

  • "Produk Huawei mempunyai prestasi yang tinggi dan fungsi beraneka, yang amat sesuai untuk permintaan industri kami. Pengurusan konfigurasi peralatan AI adalah amat mudah dan menjimatkan banyak masa. Kualiti peralatan tersebut stabil dan pada dasarnya ia tidak mempunyai masalah. Dengan prestasi yang mantap, ia masih dapat memenuhi keperluan rangkaian semasa kami setelah sekian lama." – Maklum balas daripada pelanggan pembawa
  • "Penyelesaian SD-WAN Huawei menyediakan saling hubungan atas-permintaan antara cawangan dan cawangan, cawangan dan awan serta membina pengalaman saling hubungan perusahaan yang hebat melalui penghalaan pintar tahap aplikasi dan pengendalian serta penyelenggaraan pintar." – Maklum balas daripada pelanggan perkhidmatan kewangan

"Kami teruja apabila dinamakan sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights 2020. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada semua pelanggan atas maklum balas yang dikongsi oleh mereka bersama kami melalui Gartner Peer Insights," kata Gu Xiongfei, Presiden Domain WAN Huawei. "Huawei komited untuk menyediakan penyelesaian dan produk terbaik yang dapat memenuhi keperluan pelanggan dan mendapat pengiktirafan daripada mereka. Pada masa depan, kami akan berpegang teguh pada penumpuan pelanggan dan inovasi berterusan serta tetap membantu pelanggan untuk mempercepatkan transformasi digital."

Dipacu oleh inovasi berterusan dan kepakaran teknologi NetEngine AR dan SD-WAN Huawei, Huawei mendapat kepercayaan yang tidak berbelah bahagi daripada pelanggan dan NetEngine AR memperoleh kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) No. 1 bagi pendapatan jualan selama lima tahun berturut-turut dalam pasaran global:

  • Memanfaatkan seni bina ke hadapan heterogen CPU+NP yang utama dalam industri dan algoritma ke hadapan ultra pantas, penghala perusahaan NetEngine AR generasi seterusnya daripada Huawei, selain melepasi ujian yang ketat oleh Tolly Group, turut memberi purata sekurang-kurangnya tiga kali ganda prestasi produk yang setanding daripada vendor arus perdana.
  • Penyelesaian SD-WAN Huawei menyelaraskan secara automatik topologi seluruh rangkaian dan menyokong lebih 20 model perangkaian dan senario saling hubungan seperti jejaring penuh, jejaring separa dan POP berbilang, memenuhi keperluan perangkaian yang berbeza dan berskala luas daripada pelanggan. Dikuasakan oleh kemudi trafik pintar berasaskan aplikasi dan Pembetulan Ralat Ke Hadapan Adaptif (A-FEC), penyelesaian yang beraneka ciri ini membawa pengalaman aplikasi yang hebat kepada pelanggan. Melalui konfigrasi berasaskan bestari (wizard) dan O&M divisualisasikan, penyelesaian ini mendayakan penggunaan perkhidmatan dan pengesanan ralat dalam beberapa minit, lalu menyediakan O&M yang cemerlang kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penghala NetEngine AR dan Penyelesaian SD-WAN Huawei, kunjungi laman sesawang SD-WAN Huawei

Penafian: Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights mengandungi pendapat subjektif berhubung ulasan pengguna akhir individu, senarai kedudukan dan data yang digunakan terhadap kaedah yang didokumenkan; ia tidak mewakili sama ada pandangan, mahupun merupakan pengendorsan oleh, Gartner atau rakan-rakan sekutunya.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research