omniture

Xinhua Silk Road: GCL-SI bakal bina kilang modul 60GW di Hefei, timur China

Xinhua Silk Road
2020-04-03 18:14 1077

BEIJING, 3 April 2020 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. (GCL-SI) (002506.SZ), sebuah syarikat PV yang terkemuka di China, baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang modul 60GW di Hefei, ibu kota Wilayah Anhui timur China.

GCL-SI menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Daerah Feidong di Hefei, ibu kota Wilayah Anhui timur China, 27 Mac 2020.
GCL-SI menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Daerah Feidong di Hefei, ibu kota Wilayah Anhui timur China, 27 Mac 2020.

Menurut perjanjian yang ditandatangani olehnya bersama Kerajaan Daerah Feidong baru-baru ini, GCL-SI akan melabur sejumlah 18 bilion yuan dalam projek berkenaan yang akan dibina dalam empat fasa, setiap fasa dengan kapasiti pengeluaran 15GW, mulai tahun 2020 hingga 2023. Fasa pertama memerlukan jumlah pelaburan sebanyak 5 bilion yuan dan dijangka memulakan operasi pada tahun ini.

Setelah projek ini siap, GCL-SI akan mempunyai kapasiti pengeluaran modul yang terbesar di dunia, kata syarikat.

"Ini merupakan satu lagi langkah yang kukuh dalam strategi operasi perniagaan dwiutama (iaitu PV+ simpanan tenaga)," kata Eric Luo, pengerusi syarikat senaraian tersebut, "GCL-SI mengalu-alukan syarikat-syarikat huluan dan hiliran dalam rantaian perindustrian untuk berkunjung ke Feidong dan bersama-sama membina tapak pengilangan pintar PV super."

Kilang baharu ini akan memberi tumpuan untuk mengeluarkan modul berkecekapan tinggi 210mm dan juga berupaya mengeluarkan modul-modul 166mm dan 158.75mm. Teknologi pengeluaran automatik dan pintar akan diaplikasikan sepenuhnya dalam kilang ini, menerusi sokongan data raya, menurut Luo.

Feidong, sebuah daerah di Bandar Hefei, menyatakan bahawa ia berhasrat untuk mewujudkan tapak pengilangan pintar PV super yang dijangka dapat menampung syarikat-syarikat rantaian bekalan sel, kepingan belakang, kaca dan juga rantaian bekalan sokongan lain.

Jalinan kerjasama antara GCL-SI dan Daerah Feidong adalah berdasarkan konsensus mereka terhadap pembangunan yang meyakinkan daripada industri semikonduktor dan PV. GCL-SI meletakkan kepercayaan ke atas pembangunan PV dalam konteks peralihan tenaga global, tambah Luo.

Prospek optimistik GCL-SI terhadap pasaran PV diperlihatkan oleh ramalan yang dibuat oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang menjangkakan kapasiti terpasang kumulatif global PV akan mencecah 1,721GW menjelang tahun 2030 dan 4,670GW menjelang tahun 2050.

Pada masa kini, kapasiti pengeluaran modul GCL-SI ialah 7.2GW, dengan produk-produknya meliputi kedua-dua monohabluran dan juga polihabluran.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200402/2767714-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Semiconductors Utilities Contracts Licensing/marketing agreements