omniture

Kenyataan Pengerusi Mindray berhubung Usaha-usaha Perangi COVID-19

Mindray
2020-04-09 21:17 419

SHENZHEN, China, 9 April 2020 /PRNewswire/ -- Mindray (SZSE: 300760) – Tatkala COVID-19 mencetuskan kegelisahan terhadap kesihatan orang ramai, penyedia penjagaan kesihatan di seluruh dunia berjuang bermati-matian untuk memerangi virus ini. Kami menyanjungi semua kakitangan perubatan atas usaha-usaha berani mereka untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan memerangi wabak ini. Sebagai penyedia peralatan perubatan dan penyelesaian yang terkemuka di China, kami telah menjadi penggerak utama sejak wabak ini tercetus di China, bekerja sepanjang masa untuk menyokong golongan profesional penjagaan kesihatan. Kini, dengan virus yang menular ke seluruh dunia, kami menghubungkan pakar-pakar perubatan antarabangsa dan memberi rawatan yang tepat kepada pesakit menerusi produk dan perkhidmatan canggih selain pandangan perubatan yang berharga.

Kami sentiasa meletakkan keperluan pelanggan sebagai keutamaan tertinggi. Bagi menawarkan penyelesaian tersuai yang terbaik untuk menangani COVID-19, kami bekerjasama erat dengan golongan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan mengenal pasti bahawa masalah utama mereka berbeza-beza di kawasan-kawasan berbeza. Dalam menghadapi jumlah pemasangan yang tinggi, trafik yang tidak stabil dan persekitaran yang berbahaya, jurutera perkhidmatan lapangan kami telah mematuhi protokol yang ketat dan menawarkan bantuan yang tepat pada masanya dan selamat kepada penyedia penjagaan kesihatan. Produk-produk kami yang mudah digunakan dan berbilang fungsi daripada unit-unit PMLS, IVD dan MIS dilengkapi sepenuhnya bagi menjamin penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk lebih ramai pesakit. Selain itu, penyelesaian IT dan panduan klinikal dalam talian kami memastikan agar penyedia penjagaan kesihatan dapat merawat pesakit dengan secukupnya tanpa dijangkiti oleh virus ini. Sebagai platform pertukaran pengetahuan, kami telah mengundang pakar-pakar Cina untuk berkongsi pandangan mereka berhubung rawatan pesakit COVID-19 bersama golongan profesional perubatan di seluruh dunia dalam program webinar kami. Kami akan meneroka lagi kemungkinan yang membolehkan kami membantu pesakit dan golongan profesional penjagaan kesihatan yang berjuang memerangi virus ini.

Kami melakukan yang terbaik untuk meningkatkan kapasiti pembuatan. Produk perubatan kami, termasuk monitor pesakit, ventilator dan alat ultrabunyi, penting dalam diagnosis dan rawatan pesakit COVID-19. Dalam menghadapi permintaan yang melonjak daripada penyedia penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan juga gangguan daripada rantaian bekalan global, kami telah bekerjasama dengan kerajaan dan pembekal untuk mengurangkan masalah kekurangan bekalan dan melindungi tertib pengeluaran. Kakitangan kami di pusat pembuatan membatalkan cuti rasmi dan hasil daripada kerja keras mereka, kami telah dapat menggandakan kapasiti pengeluaran. Ketika berusaha untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan, kami juga mengambil langkah-langkah sanitasi yang ketat bagi menjamin keselamatan produk kami dalam seluruh proses pembuatan berkenaan.

Kami menghargai kesihatan kakitangan kami. Kejayaan kami adalah berdasarkan profesionalisme, kecekapan dan tanggungjawab mereka di tempat kerja. Bagi melindungi kakitangan kami di seluruh dunia, kami telah mengehadkan perjalanan perniagaan dan sebaliknya mengaturkan persidangan dalam talian. Kami telah meminta pejabat serantau untuk mengikuti garis panduan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan dan memulakan protokol kerja-dari-rumah. Memandangkan penyebaran virus ini dilihat semakin perlahan di China, kami telah meningkatkan langkah-langkah pensterilan dan pembersihan di kemudahan pejabat, menawarkan penutup hidung dan mulut pembedahan di tempat kerja, mengamalkan penjarakan sosial dan memantau kesihatan kakitangan kami dengan memeriksa suhu pada setiap hari. Kami akan melaksanakan lagi langkah-langkah kebersihan ini di pejabat-pejabat serantau dan menyediakan persekitaran kerja yang selamat buat semua kakitangan kami. Hasil daripada garis panduan perlindungan kami yang ketat, kami dengan bangganya mengumumkan bahawa tiada seorang pun daripada kakitangan perkhidmatan lapangan kami dijangkiti virus ini.

Ketika misi untuk menyelamatkan nyawa adalah lebih penting berbanding sebelum ini, kami melakukan segala-gala yang dapat dilakukan oleh kami untuk menjadikan penjagaan kesihatan mudah dicapai. Sehingga kini, kami telah menyumbangkan peranti bernilai 4.6 juta USD kepada hospital-hospital di seluruh dunia. Kami akan terus melindungi kesihatan dan keselamatan kakitangan kami, bertahan bersama penyedia penjagaan kesihatan dan memberi penjagaan yang lebih baik kepada pesakit di seluruh dunia.

Salam mesra,
Li Xiting
Pengerusi Mindray

Source: Mindray
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources