omniture

ZTE bantu China Mobile hantar pesanan 5G pertama China

ZTE Corporation
2020-04-13 07:53 724

SHENZHEN, China, 13 April 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini telah membantu China Mobile cawangan Zhejiang menghantar pesanan 5G pertama China berasaskan standard GSMA UP2.4 di Hangzhou, China, seraya menjadikan China Mobile sebagai pengendali Cina yang pertama melaksanakan Pusat Pesanan 5G (5GMC).

ZTE bantu China Mobile hantar pesanan 5G pertama China
ZTE bantu China Mobile hantar pesanan 5G pertama China

Dijangkakan bahawa pesanan 5G China Mobile akan mula digunakan secara komersial menjelang penghujung Jun 2020, yang menjadi kiraan detik rasmi bagi penggunaan komersial pesanan 5G di China.

Pesanan 5G pertama ini telah merealisasikan saling sambungan antara sistem pesanan 5G dan Chatbot atau peralatan rangkaian sedia ada, melaksanakan penghantaran titik-ke-titik bagi pesanan media beraneka seperti gambar, video, lokasi dan fail.

Komunikasi antara terminal dan aplikasi perindustrian generasi baharu Chatbot dilaksanakan dengan memanfaatkan platform MAAP, seterusnya meningkatkan pengalaman perkhidmatan multimedia pengguna terminal dan mempercepatkan penggunaan komersial pesanan 5G dengan ketara.

China Mobile Cawangan Zhejiang ialah unit perintis pertama pesanan 5G China Mobile. Sistem 5GMCnya, yang dibina oleh ZTE, menggunakan seni bina NFV berasaskan awan sepenuhnya dan penyelesaian ringan terbina dalam.

Selain daripada keserasian ke bawah dengan pesanan ringkas 2G/3G/4G, sistem 5GMC turut menyediakan perkhidmatan pemesejan 5G serba baharu, yang menampilkan pesanan dipertingkat dan pesanan perniagaan serta naik taraf pesanan ringkas kepada pesanan media beraneka, pesanan kad dan aplikasi Chatbot.

Hasilnya, pengguna terminal 5G dan pengguna industri dapat mengalami perkhidmatan sehenti seperti carian, dialog, interaksi dan pembayaran dalam tetingkap pesanan, tanpa perlu memasang sebarang APP, dan oleh yang demikian dapat mengakses terus aplikasi pengendali dan pihak ketiga.

ZTE sudah lama komited terhadap perkhidmatan pemesejan 5G China Mobile. Sebagai penyedia perkhidmatan pemesejan yang terkemuka di dunia, ZTE bekerjasama erat dengan China Mobile untuk membimbing dan menggalakkan pewujudan standard pemesejan 5G antarabangsa. Sebagai contoh, ZTE telah membantu China Mobile untuk melengkapkan pensijilan GSMA UP buat kali pertama di dunia dan mengatur ujian jalinan kerja pesanan 5G untuk tiga pengendali Cina yang utama, seterusnya meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan pesanan 5G.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Setakat ini, ZTE memperoleh 46 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan serta mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi pembangunan standard antarabangsa.

Hubungan Media: 

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200410/2774271-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services