omniture

XCMG Eksport Alat Pencegahan Wabak Khas ke Timur Tengah, Bantu Rakan Kongsi Global Perangi COVID-19

XCMG
2020-04-13 07:59 578

XUZHOU, China, 13 April 2020 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE:000425) telah menghantar pesanan kenderaan penindasan habuk berbilang fungsi ke Timur Tengah pada 30 Mac lalu, melambangkan satu pencapaian penting yang baharu sebagai eksport pukal pertama oleh syarikat untuk produk ini. Urus niaga ini disempurnakan pada platform Machmall.com XCMG dan juga merupakan kali pertama alat pencegahan wabak khas Cina dieksport melalui platform e-dagang antarabangsa.

XCMG Eksport Alat Pencegahan Wabak Khas ke Timur Tengah, Bantu Rakan Kongsi Global Perangi COVID-19
XCMG Eksport Alat Pencegahan Wabak Khas ke Timur Tengah, Bantu Rakan Kongsi Global Perangi COVID-19

Tatkala dunia terus memerangi COVID-19, alat pencegahan wabak khas kini mendapat permintaan tinggi. Bagi mempromosikan produk berkenaan, XCMG telah mewujudkan bahagian khas di Machmall.com, yang dilancarkan pada tahun 2018 sebagai platform pemasaran dan jualan sehenti global untuk jentera pembinaan dan alat ganti.

Sebuah syarikat di Timur Tengah memerlukan bantuan segera untuk membeli kenderaan penindasan habuk semasa berlakunya wabak COVID-19 dan berhubung dengan XCMG di Machmall.com, ia akhirnya memilih produk XCMG atas fungsi cemerlangnya, perkhidmatan selepas jualan, masa penghantaran dan harga.

"Ekonomi global dihadapkan dengan tekanan dan cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini, lebih buruk lagi; kini kami sedang memerangi COVID-19. XCMG berharap agar dapat menawarkan sokongan kepada rakan-rakan kongsi global, menggalas tanggungjawab untuk 'menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik dan mereka bentuk mesin-mesin ini bagi meningkatkan kecekapan penyahjangkitan," kata Wang Min, Pengerusi XCMG.

Sementara itu, XCMG telah menghantar empat juta penutup mulut dan hidung serta  700,000 gaun bedah yang dibeli oleh Vale di Brazil pada 4 April. Bertugas sepanjang masa, XCMG memimpin pasukan untuk mendapatkan bekalan perubatan dan membantu rakan-rakan kongsi menyelesaikan isu-isu bahan mentah, pengeluaran dan juga logistik; XCMG menyiapkan tugas ini dalam dua minggu.

Wang Min mengulas bahawa apabila keadaan wabak meningkat di China, XCMG membeli dan menyumbang lebih RMB 5 juta nilai bekalan, berserta bantuan kecemasan daripada rakan-rakan kongsi global. XCMG komited untuk menyepadukan sumber-sumber global bagi membantu lebih banyak negara memerangi pandemik ini.

Pada masa kini, XCMG telah memberi bantuan dan bekalan perubatan kepada lebih 40 negara. Pada 4 April, XCMG turut menyumbang lebih 100,00 penutup mulut dan hidung serta bekalan pencegahan wabak kepada 10 negara termasuk Filipina, UAE dan Nigeria.

Latar Belakang XCMG 

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 77 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200410/2774321-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Health Care/Hospital Infectious Disease Control Machinery Mining/Metals Transportation Corporate Social Responsibility