omniture

Rancangan Aneka Ragam CCTV.com Baharu Undang Penonton untuk 'Say Hello to Life'

CCTV.com
2020-04-16 23:41 482

BEIJING, 16 April 2020 /PRNewswire/ -- Satu pertiga daripada masa kita haruslah ditumpukan untuk menikmati kehidupan. "Say Hello to Life", sebuah rancangan aneka ragam baharu oleh CCTV.com, membimbing kehidupan golongan dewasa muda di China, memulakan suatu perjalanan yang menginspirasikan dan menyentuh perasaan menerusi pengalaman dan hubungan berunsurkan muzik, makanan dan sekali seumur hidup tatkala mereka meneroka erti kehidupan.  

Rancangan Aneka Ragam CCTV.com Baharu Undang Penonton untuk 'Say Hello to Life'.
Rancangan Aneka Ragam CCTV.com Baharu Undang Penonton untuk 'Say Hello to Life'.

"Rancangan ini mengundang penonton untuk melangkah ke dunia dalaman generasi baharu melalui pandangan menarik terhadap hati dan minda golongan muda menerusi suara mereka ketika mereka meneroka dunia yang berwarna warni dan bertukar-tukar yang menginspirasikan mereka untuk membina masa depan yang lebih baik," kata Haoyuan Xu, Pengarah rancangan tersebut.

Diterbitkan, diarahkan bersama dan diacarakan oleh Negmat, seorang penyampai TV etnik Uyghur yang terkenal untuk isi rumah Cina atas penampilan beliau dalam SuperStar DingDong dan Sing My Song, beliau berkongsi pentas bersama dua orang pengacara jemputan, Li Dong dan Yizhou Sun, dalam setiap episod, membawa penonton ke empat buah bandar raya utama di China dalam usaha menemui falsafah hidup, nilai dan erti pengembaraan.

Bermula dengan mengejar impian kepada pergelutan daripada setiap aspek kehidupan, Say Hello to Life menjadikan satu tema benar-benar jelas: "Kehidupan adalah suatu pendakian. Namun, pemandangannya mengagumkan". Tekanan sosial yang semakin bertambah dalam kehidupan dewasa telah membuatkan ramai golongan muda terlupa di mana untuk mencari kebahagiaan dan kenikmatan. Mengekalkan kesihatan mental dan fizikal yang baik telah menjadi suatu cabaran buat mereka. Dalam satu episod yang berjudul "Fight, New Youth", ("Berjuanglah, Belia Baharu"), ia menumpukan perhatian pada tekanan yang berkaitan dengan persekitaran sosial yang memberi tekanan dan risiko penyakit mental, memberi panduan untuk mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan yang mampan.

Rasa hilang arah tuju dan sunyi bukanlah suatu yang asing untuk golongan dewasa muda moden. Dalam episod kelima, rancangan ini menghubungkan tema "penyembuhan" kepada pengembaraan baharu, bagi membolehkan penonton berasa asyik dengan nyanyian puisi yang puitis dan meluahkan semua kegelisahan berlatarbelakangkan pemandangan yang mengagumkan.

Rancangan ini disiarkan di saluran Say Hello to Life CCTV 3, CCTV.com pada setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
https://www.facebook.com/cctvcom/

Latar Belakang CCTV.com 

CCTV.com ialah platform rasmi China Media Group untuk terus mengemas kini berita-berita penting dari China dan seluruh dunia, ia menawarkan kandungan video secara langsung dan atas-permintaan, program televisyen dan arkib boleh dicari dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan bahasa golongan minoriti etnik Cina.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200415/2777403-1?lang=0

Source: CCTV.com
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services