omniture

Kaneka Setuju Bekalkan Bahan-bahan Farmaseutikal Aktif untuk Tablet Avigan®

Kaneka Corporation
2020-04-17 14:36 1287

TOKYO, 17 April 2020 /PRNewswire/ -- Kaneka Corporation (Presiden: Minoru Tanaka) telah mencapai persetujuan dengan FUJIFILM Corporation (Presiden: Kenji Sukeno) bagi membekalkan bahan-bahan ubat-ubatan untuk ubat anti-influenza, Tablet Avigan® (nama generik: favipiravir), untuk penyakit novel coronavirus (dirujuk di bawah sebagai COVID-19).

Ketika COVID-19 terus tersebar, kerajaan Jepun telah mengambil keputusan untuk menambah stok simpanan Tablet Avigan®, yang dijangka berkesan terhadap COVID-19, untuk sehingga 2 juta orang manakala FUJIFILM Corporation memperluaskan sistem pengeluarannya dan telah mula meningkatkan pengeluaran Tablet Avigan®.

Kami mendapat pujian tinggi oleh pengeluar-pengeluar farmaseutikal utama di seluruh dunia atas keupayaan pembangunan proses, teknologi pembuatan dan kualiti farmaseutikal kami yang diusahakan selama bertahun-tahun dan pada kesempatan ini, kami telah diminta untuk membekalkan bahan-bahan ubat-ubatan sebagai pembekal utama. Kami percaya ini merupakan satu misi sosial kami untuk serta merta mula membekalkan bahan-bahan ubat-ubatan untuk Tablet Avigan® dan kami akan segera meningkatkan sistem pembuatan kami melalui pelaburan modal, perubahan peruntukan kakitangan dan penyesuaian rancangan pengeluaran untuk mula membekalkan bahan-bahan ubat-ubatan pada Julai ini.

Kami telahpun mula membekalkan reagen PCR yang digunakan untuk ujian-ujian COVID-19 melalui syarikat kumpulan kami Kaneka Eurogentec (Ibu Pejabat: Belgium). Di samping itu, kami turut menggiatkan usaha pembuatan berkontrak kami untuk vaksin COVID-19 menggunakan teknologi seperti mRNA dan DNA plasmid berkualiti tinggi serta menjawab pertanyaan yang tidak henti-henti diajukan.

Kaneka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan penyelesaian kepada COVID-19 demi kesihatan seluruh dunia.

Hubungi: Kazuhiko Fujii, kazuhiko.fujii@kaneka.co.jp

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/635217/Kaneka_Corporation_Logo.jpg

 

Source: Kaneka Corporation
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements