omniture

Fondazione Internazionale Menarini Wujudkan Perpustakaan "Maya" Covid-19 Baharu untuk Doktor dan Jururawat: Hanya satu Klik Diperlukan untuk peroleh Kajian Dipilih oleh Nobel Ignarro

Menarini I.F.R.
2020-04-18 02:01 1214

FLORENCE, Itali, 17 April 2020 /PRNewswire/ -- Dicipta oleh Menarini International Foundation, koleksi penerbitan saintifik yang paling cemerlang dan berpengaruh mengenai Covid-19, dipilih dan tekal dikemas kini di bawah bimbingan penerima Hadiah Nobel untuk Perubatan Louis J. Ignarro, ahli Jawatankuasa Saintifik Yayasan ini, disediakan di laman sesawang www.en.fondazione-menarini.it. Unik daam kelasnya tersendiri, dengan akses percuma sepenuhnya, perpustakaan ini memberi akses yang mudah dan cepat kepada golongan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia kepada data dan maklumat yang disahkan. Lebih seratus bahan penerbitan telahpun dimasukkan ke dalam perpustakaan dalam talian ini, turut diperkayakan dengan wawancara video oleh pakar-pakar antarabangsa yang utama. Menerusi inisiatif ini, Menarini Foundation meneruskan misinya untuk menggalakkan pendidikan sains, menjamin pengemaskinian dalam talian dan latihan untuk semua ahli profesional penjagaan kesihatan. Artikel-artikel saintifik dikumpul dan diklasifikasikan dalam pangkalan data yang boleh diakses dengan mudah dan cepat: hanya satu klik yang mudah diperlukan bagi mendapatkan kajian, kesemuanya disusun mengikut topik: bermula dengan ujian berterusan hinggalah kepada epidemiologi, daripada klinik kepada terapi dan garis panduan rasmi.

 The Nobel Prize for Medicine Louis Ignarro, member of the Scientific Committee of Fondazione Internazionale Menarini
The Nobel Prize for Medicine Louis Ignarro, member of the Scientific Committee of Fondazione Internazionale Menarini

"Kita semua mengalami mimpi buruk global yang paling serius dalam hidup kita – kata Ignarro -. Coronavirus, yang bertanggungjawab untuk COVID-19, ialah virus yang amat mudah berjangkit dan virulen yang telah mengubah kehidupan kita sepenuhnya dalam tempoh waktu yang amat singkat. Ekoran daripada tragedi ini, Menarini Foundation mengambil inisiatif untuk menerbitkan senarai pilihan yang dikemas kini bagi artikel paling berkaitan yang dipilih daripada jurnal dan majalah perubatan antarabangsa yang paling terkenal di dunia. Kami benar-benar berharap agar anda akan menghargai perkhidmatan ini dan menggunakannya untuk meningkatkan pemahaman anda mengenai topik yang penting namun rumit ini." 

"Instrumen yang mudah diakses, jelas dan diperakui menjadi lebih diperlukan dalam fasa yang mana, ekoran daripada kecemasan coronavirus ini, semua aktiviti ulang kaji perubatan biasa ditangguhkan atau dijalankan dengan penuh kesukaran – tambah Andrea Cossarizza, Presiden International Society for Advancement of CytometryPerpustakaan multimedia "maya" yang mengkhusus dalam coronavirus ini merupakan satu alat yang berguna untuk membimbing semua ahli profesional kesihatan yang terlibat dalam pelbagai cara untuk memerangi Covid-19 daripada sejumlah besar bahan penerbitan saintifik, seraya menyumbang kepada pengetahuan mengenai coronavirus." 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1156415/Louis_Ignarro___Nobel_Prize_recipient.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1156432/Fondazione_Internazionale_Menarini_Logo.jpg 

 

 

 

Source: Menarini I.F.R.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service New products/services