omniture

Viettel Group bantu berjuta-juta pelanggan di negara sedang membangun sentiasa dapat sambungan internet sepanjang pandemik

Viettel Group
2020-04-18 03:37 6454
  • Syarikat-syarikat ahli Viettel Group membantu berjuta-juta pelanggan seluruh dunia untuk sentiasa mendapat sambungan internet sepanjang pandemik. 
  • Diskaun bayaran perkhidmatan, pakej pendidikan dan pemindahan wang percuma merupakan beberapa penyelesaiannya

HANOI, Vietnam, 18 April 2020 /PRNewswire/ -- Melihatkan negara-negara yang mengekang atau menasihati warganegara mereka untuk duduk di rumah bagi mengurangkan kesan pandemik, orang ramai semakin banyak bergantung kepada sambungan internet mereka berbanding sebelum ini untuk bekerja dan pendidikan.

Bagi mengurangkan beban kewangan pelanggan, syarikat-syarikat ahli Viettel menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dengan bayaran yang amat rendah. Natcom meningkatkan tiga kali ganda lebar jalur internet talian tetap untuk penduduk Haiti tanpa menukar harga. Di Peru, Bitel telah menggandakan lebar jalur internet yang disediakan kepada pengguna semasa dan memberikan data 1GB kepada 3.6 juta pelanggan. Unitel mengurangkan bayaran perkhidmatan data sebanyak 40% untuk pelanggan di Laos.

Pendidikan jarak jauh juga merupakan satu bidang yang mana Viettel menyediakan sokongan yang amat diperlukan. Metfone - usaha niaga Viettel di Kemboja - menyediakan sambungan internet percuma kepada portal pendidikan negara ini. Metfone turut mengurangkan separuh daripada bayaran Internet kepada lebih daripada 2000 orang pelajar sehingga Mei ini. Di Mozambique, Movitel merancang untuk menyediakan pakej data khas kepada pelajar yang memberi akses percuma kepada bahan pembelajaran rasmi.

Syarikat-syarikat Viettel Global turut menggalakkan penggunaan wang/dompet mudah alih untuk mengelakkan daripada perlu ke bank fizikal. Movitel menaikkan had pemindahan wang harian dan mengurangkan bayaran pindahan, bagi menggalakkan orang ramai untuk membuat bayaran dan pindahan dengan selamat dari rumah. Di Laos, Star Fintech berkolaborasi dengan Red Cross Laos untuk mengumpul wang menggunakan aplikasi syarikat u-money dan dalam masa yang sama mengecualikan semua bayaran pindahan. Metfone Kemboja menyediakan pemindahan wang dompet-ke-dompet secara percuma.

Do Manh Hung, Ketua Pegawai Eksekutif Viettel Global, berkata: "Biarpun terdapatnya cabaran akibat pandemik ini, kami sentiasa memikirkan tanggungjawab kami untuk membantu orang ramai dan kerajaan di negara-negara yang mendapat pelaburan kami. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan dan teknologi yang berkualiti kepada penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas dengan harga yang menguntungkan malah percuma jika perlu."

Latar Belakang Viettel Group 

Viettel Group ialah sebuah perusahaan antarabangsa yang beribu pejabat di Hanoi, Vietnam. Kumpulan ini membuat pelaburan dalam 11 negara di Afrika, Asia dan Amerika-Latin. Viettel mempunyai lima bidang perniagaan termasuk telekomunikasi dan teknologi maklumat (IT); penyelidikan dan pembuatan peralatan elektronik dan telekomunikasi; industri pertahanan; keselamatan siber dan perkhidmatan digital. Viettel Telecom, ahli Viettel Group, ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terbesar di Vietnam.

Source: Viettel Group
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Corporate Social Responsibility