omniture

TVS Motor Company selesaikan pemerolehan Norton

TVS Motor Company
2020-04-21 17:25 780

SINGAPURA, 21 April 2020 /PRNewswire/ -- TVS Motor Company, pengeluar yang disegani bagi kenderaan roda dua dan kenderaan roda tiga di dunia, semalam mengumumkan kejayaan pemerolehan motosikal sport yang paling ikonik di Britain, "Norton", dalam satu urus niaga tunai sepenuhnya untuk pertimbangan bernilai GBP16 juta dengan memperoleh aset-aset tertentu daripada Norton Motorcycles (U.K.) Limited (dalam pentadbiran) melalui salah satu subsidiari luar negara TVS Motor. Ini akan menjadi salah satu pemerolehan paling menarik oleh pembuat motosikal yang menjadi sejarah dalam masa terdekat ini dan akan memperlihatkan keunggulan TVS Motor Company dan India yang semakin meningkat dengan pesat dalam pasaran kenderaan roda dua antarabangsa.

Ditubuhkan oleh James Lansdowne Norton, di Birmingham, pada tahun 1898, Norton Motorcycles merupakan antara jenama motosikal British yang paling popular sepanjang zaman dan juga salah satu jenama terkenal yang paling emotif pada hari ini. Sejak abad ke-20, Norton Motorcycles terkenal dengan model klasiknya dan pelbagai jenis motosikal mewah bermula daripada but semula klasik retro asli Commando yang terkenal kepada 'superbike' 200 bhp, 1200cc V4 kontemporari.

Mengulas mengenai pemerolehan ini, En. Sudarshan Venu, Pengarah Urusan Bersama, TVS Motor Company berkata, "Ini merupakan detik yang sangat penting buat kami di TVS Motor Company. Norton ialah jenama British ikonik yang diraikan di seluruh dunia dan memberikan kami peluang yang besar untuk berkembang ke seluruh dunia. Urus niaga ini selaras dengan usaha kami untuk memenuhi aspirasi pelanggan motosikal yang arif. Kami akan memberi sokongan penuh kepada Norton untuk mendapatkan kembali kegemilangannya dalam landskap motosikal antarabangsa."

En. Sudarshan Venu menambah lagi, "Norton akan terus mengekalkan identiti tersendirinya dengan rancangan perniagaan yang khusus dan spesifik. TVS Motor akan bekerjasama erat dengan pelanggan dan pekerja bagi membina kejayaan serta keunggulan jenama Norton Motorcycles dan kami berharap agar dapat berkembang bersama-sama di peringkat global pada tahun-tahun akan datang."

TVS Motor Company berasa gembira dengan produk-produk sedia ada dan akan datang di Norton Motorcycles termasuk Commando, Dominator dan V4 RR. Yakin dengan sinergi yang mantap antara kedua-dua jenama, kami percaya bahawa Norton Motorcycles dapat memanfaatkan capaian global dan keupayaan rantaian bekalan TVS Motor Company untuk berkembang ke pasaran baharu.

Pemerolehan berkenaan dilaksanakan di bawah bimbingan penasihat kewangan, Rothschild and Co, manakala nasihat undang-undang untuk urus niaga ini diberikan oleh Khaitan & Co, serta Slaughter and May.

Latar Belakang TVS Motor Company

TVS Motor Company ialah pengeluar kenderaan roda dua dan roda tiga yang disegani dan merupakan syarikat utama TVS Group yang bernilai USD 8.5 bilion. Kami percaya dengan usaha Memperjuangkan Kemajuan melalui Mobiliti. Berakar umbi daripada legasi 100 tahun kami menerusi Kepercayaan, Nilai dan Kesungguhan untuk Pelanggan dan Kejituan, kami berbangga dapat menghasilkan produk-produk aspirasi antarabangsa dengan kualiti tertinggi melalui proses yang inovatif dan mampan. Kami berusaha untuk memberi pengalaman yang paling hebat di kesemua titik sentuh kami merentas 60 negara. Kami merupakan satu-satunya syarikat kenderaan roda dua yang telah menerima Hadiah Deming yang berprestij. Produk-produk kami menjadi peneraju dalam kategori masing-masing menerusi tinjauan J.D. Power IQS dan APEAL selama lima tahun. Kami tersenarai sebagai Syarikat No.1 dalam Tinjauan Kepuasan Khidmat Pelanggan J.D. Power selama empat tahun berturut-turut. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.tvsmotor.com.

TVS Motor Company Limited, P.B. No. 4, Harita, Hosur – 635 109, Tamil Nadu, India.Tel: +91(4344) 276780
Laman sesawangwww.tvsmotor.com Emel: corporate@tvsmotor.com CIN: L35921TN1992PLC022845
Pejabat Pendaftaran: Chaitanya, No. 12, Khader Nawaz Khan Road, Nungambakkam, Chennai – 600 006

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200420/2780795-1LOGO?lang=0

Source: TVS Motor Company
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Acquisitions, mergers, takeovers