omniture

Xinhua Silk Road: Festival ekonomi, perdagangan, pelancongan antarabangsa dorong pembangunan Yangzhou, Timur China

Xinhua Silk Road Information Service
2020-04-22 22:05 274

BEIJING, 22 April 2020 /PRNewswire/ -- Festival Ekonomi, Perdagangan dan Pelancongan Antarabangsa 'Flowery March' Yangzhou China 2020 telah dimulakan pada 18 April di Yangzhou, Wilayah Jiangsu, timur China dengan 36 projek utama dikontrakkan di majlis perasmian.

Difahamkan bahawa sebanyak 178 projek dengan pelaburan kasar sebanyak 187.83 bilion yuan akan dikontrakkan semasa berlangsungnya festival tersebut, yang melibatkan pembuatan termaju, perkhidmatan moden serta kerjasama teknologi sains.

The project signing ceremony at the 2020 China Yangzhou Flowery March International Economic, Trade and Tourism Festival. (Photo/Voice of Yangzhou)
The project signing ceremony at the 2020 China Yangzhou Flowery March International Economic, Trade and Tourism Festival. (Photo/Voice of Yangzhou)

Semasa berlangsungnya festival tersebut, bandar raya berkenaan akan mengeluarkan kad pelancongan dan katering kepada pengunjung melalui saluran dalam talian dan luar talian bagi membolehkan mereka menikmati rebat tunai, yang bertujuan untuk mempercepatkan pembinaan bandar raya pelancongan budaya antarabangsa yang terkenal serta memupuk pemulihan dalam sektor perkhidmatan.

Festival berkenaan turut menyaksikan majlis perasmian "Ibu Kota Makanan Dunia".

Sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai sejarah sekitar 2,500 tahun, Yangzhou telah disenaraikan sebagai "Ibu Kota Makanan Dunia" keempat China pada tahun 2019 selepas Chengdu di Sichuan, barat daya China, Daerah Shunde, Foshan di Guangdong, selatan China dan juga Macau.

Sebagai ahli Rangkaian Bandar-bandar Kreatif UNESCO, Yangzhou telah mengambil satu set tindakan yang komprehensif sebagai tindak balas kepada wabak COVID-19 dan memperkenalkan langkah-langkah khusus bagi menyokong sektor katering tempatan, kata Ernesto Ottone Ramírez, Penolong Ketua Pengarah Kebudayaan UNESCO, melalui sambungan video.

Beliau percaya bahawa Yangzhou berupaya untuk mengharungi krisis ini menerusi sumber budaya serta tradisi gastronominya yang mantap.

Yangzhou akan menggiatkan usaha bagi membangunkan kluster perindustrian yang melibatkan automobil serta alat ganti, peralatan berkualiti tinggi dan peralatan kuasa baharu, mikroelektronik dan perisian serta perkhidmatan maklumat selain tekstil dan pakaian bermutu tinggi, peralatan kejuruteraan lautan dan kapal berteknologi tinggi, bioperubatan serta peralatan perubatan baharu, makanan dan juga penerbangan, kata Zhang Baojuan, Datuk Bandar Yangzhou.

Bandar raya ini menghadapi peluang pembangunan yang belum pernah terjadi sebelum ini yang dibawakan oleh integrasi Delta Sungai Yangtze, Jalur Kebudayaan Terusan Besar China dan rancangan pembangunan negara yang lain. Pengangkutan moden yang mudah, warisan kebudayaan yang mendalam serta inovasi teknologi sains, persekitaran perniagaan antarabangsa dan seragam dan juga persekitaran tempat tinggal yang sesuai menjadikan Yangzhou sebagai tempat yang ideal untuk menetap, bekerja dan memulakan perniagaan, kata Xia Xinmin, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Yangzhou CPC.

Dilaporkan bahawa Festival Ekonomi, Perdagangan dan Pelancongan Antarabangsa 'Flowery March' telahpun diadakan selama 19 tahun berturut-turut dan menjadi satu platform penting untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan Yangzhou serta pertukaran budaya di dalam dan luar negara.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/312895.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200421/2781004-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Related Links:
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Travel Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)