omniture

Bugworks Kumpul US$7.5J Daripada Sindikat Pelaburan Global Perangi Cabaran Global Ditimbulkan oleh 'Superbug' Bakteria Bawa Maut

Bugworks Research Inc.
2020-04-23 11:30 1086

BANGALORE, India; WILMINGTON, Delaware dan ADELAIDE, Australia, 23 April 2020 /PRNewswire/ --  Bugworks Research Inc, sebuah syarikat baharu biofarmaseutikal global yang menghasilkan antibiotik spektrum-luas baharu, mengumumkan penyelesaian pembiayaan bernilai $7.5J, dipimpin oleh University of Tokyo Edge Capital (UTEC) Jepun dan Global Brain Corporation (Global Brain) Jepun,berserta Acquipharma Holdings, Afrika Selatan. Syarikat ini telah mengumpul sebanyak $19J sehingga kini dan mempunyai 3one4 Capital sebagai pelabur sedia ada.

Pelaburan ini membolehkan Bugworks untuk menyelesaikan kajian Fasa 1 untuk calon ubat Intravena siri GYROXnya dan memajukan petunjuk Oral ke arah pembangunan klinikal. Calon ubat Bugworks, perencat gyrase-topoisomerase dwisasaran, disokong oleh CARB-X sejak tahun 2017, ialah agen spektrum-luas baharu yang menyasarkan jangkitan bakteria kritikal yang terbabit dalam petunjuk hospital, komuniti dan bioancaman yang serius.

"UTEC memimpin Siri A Bugworks pada tahun 2018, tatkala kami mengenal pasti rintangan Antimikrob (AMR) sebagai salah satu isu umat manusia global dan memudahkan kolaborasi Bugworks dengan ekosistem Jepun. Bugworks benar-benar mengagumkan kami dengan kerapian saintifik mereka, data praklinikal, perkembangan pembangunan perniagaan dan komitmen untuk menyelamatkan nyawa. Kini, kami berbangga untuk menggandakan pelaburan kami dalam Bugworks," kata Tomotaka Goji, Rakan Pengurusan & Presiden, UTEC.

"Sebagaimana yang dapat dilihat dengan COVID-19, penyakit berjangkit mengancam kewujudan manusia. AMR merupakan satu isu yang serius dan Global Brain menganggap hal ini sebagai satu keperluan perubatan yang tidak dipenuhi. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Bugworks bagi membawakan penyelesaian yang amat berbeza dalam AMR ke pasaran. Kami menganggap India sebagai wilayah yang penting, baik dari segi inovasi mahupun perspektif pasaran, seraya mempercepatkan aktiviti pelaburan kami di India," kata Yasuhiko Yurimoto, Pengasas-Ketua Pegawai Eksekutif & Rakan Kongsi Am Global Brain.

"Pembiayaan baharu ini merupakan satu pengesahan terhadap pasukan kami dan aset AMR berbeza, ketika kami membawa pelabur-pelabur global yang bereputasi baik untuk membantu misi kesediaan pandemik kami dengan menewaskan jangkitan 'superbug'," kata Dr. Anand Anandkumar, Ketua Pegawai Eksekutif Bugworks.

Profil Pelabur 

UTEC ialah modal usaha niaga (VC) tahap awal berpangkalan di Tokyo dengan Aset Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak lebih $500J serta 11 Tawaran Awam Awal (IPO) dan 11 Penggabungan & Pemerolehan (M&A) yang berjaya. UTEC melabur dalam syarikat baharu benih/tahap awal yang menyelesaikan isu-isu umat manusia global menggunakan sains dan teknologi yang mendalam.

Global Brain ialah sebuah firma modal usaha niaga (VC) di Tokyo yang mempunyai pejabat-pejabat di San Francisco, London, Seoul, Singapura dan Jakarta. Dengan aset bawah pengurusan sebanyak lebih $1.5B, Global Brain telah melabur dalam lebih 200 syarikat baharu secara selektif bermula daripada syarikat baharu benih/tahap awal kepada pra-IPO serta mencapai 17 IPO dan 48 M&A.

Acquipharma Holdings ialah dana pelaburan butik sains hayat berpangkalan di Afrika Selatan yang melabur dalam Bugworks sejak tahun 2016.

Hubungi Bugworks Company:
Leela Maitreyi
lmaitreyi@bugworksresearch.com

www.bugworksresearch.com 

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1157251/Bugworks_Logo.jpg

Source: Bugworks Research Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Financing agreements Joint ventures Small Business Services