BEIJING, 24 April 2020 /PRNewswire/ -- Sebuah video jarak dekat tertib pengeluaran dalam Kilang Yanshan Sinopec ("Sinopec", HKG: 0386) telah dirakam dan disiarkan melalui akaun sosial Stuart, seorang vlogger British yang tinggal di China, bagi memaparkan bagaimana pelitup muka pakai buang dan pelitup KN95 dibuat daripada bijian polipropilena menjadi pelitup muka dengan pakej terkedap-vakum.
Video ini tular dengan 1.5 juta tontonan dalam beberapa jam. Untuk menonton video bagaimana pelitup muka dibuat, sila kunjungi https://youtu.be/OioiItQq0Kk.
"Tertib pengeluaran yang dibina dalam 12 hari dan mengeluarkan hasil sebanyak ini. Hebat," ulas Stuart. Dalam video tersebut, Stuart memulakan lawatan selama sehari bermula daripada pembuatan fabrik - menambah bijian polipropilena ke dalam mesin untuk dicairkan dan dipicit keluar menjadi lembaran fabrik bukan tenunan lebur-tiup. Tertib pengeluaran automatik menjadikan kerja-kerja manual mudah dalam nisbah hasil yang tinggi. Stuart mengikuti arahan oleh Xingqi Wang, Pengarah Pembuatan Plastetik di Kilang Yanshan Sinopec, bagi membantu menggulung fabrik ke kadbod dan dimasukkan ke dalam set penyediaan buatan-pelitup muka.
Sehingga kini, empat tertib pengeluaran fabrik bukan tenunan lebur tiup Kilang Yanshan Sinopec telah mencapai pengeluaran besar-besaran. Dengan kapasiti pengeluaran harian sebanyak 12 tan, Kilang Yanshan Sinopec dapat menyediakan bahan-bahan mentah yang utama untuk 12 juta pelitup muka perubatan setiap hari. Sebanyak 245.39 tan fabrik bukan tenunan lebur tiup telah dihasilkan. Sejumlah 17.97 tan merupakan fabrik bukan tenunan lebur tiup khas untuk pelitup muka KN95, yang melancarkan lagi kehendak pasaran untuk bahan-bahan mentah pelitup muka perubatan dan memberi sokongan padu bagi memerangi wabak COVID-19.
Latar Belakang Sinopec Corp.
Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya termasuk penerokaan, pengeluaran, pengangkutan dan penjualan petroleum dan gas asli, produk petrokimia dan kimia arang batu, fiber sintetik, baja dan produk kimia lain, selain komoditi dan juga teknologi lain.
Selain itu, Sinopec terlibat dalam penyelidikan, pembangunan serta aplikasi teknologi tenaga. Dengan misi korporat untuk "Mendorong Kehidupan yang Indah" Sinopec meneruskan strategi berorientasi nilai, pembangunan didorong inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau & rendah karbon untuk membina syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.
Video - https://cdn5.prnasia.com/202004/Sinopec/video.mp4
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551581-1LOGO?lang=0