omniture

Seegene eksport 10 Juta Ujian Diagnostik COVID-19 ke Lebih 60 negara

Seegene
2020-04-24 12:22 1154

SEOUL, Korea, 24 April 2020 /PRNewswire/ -- Seegene, Inc., pembangun cerakinan diagnostik multipleks yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah mengeksport lebih 10 juta ujian Cerakinan 2019-nCoV Allplex™ kepada lebih 60 negara, yang menyumbang sebilangan besar daripada bilangan ujian COVID-19 yang dijalankan di peringkat global.

Keputusan proaktif Seegene untuk membangunkan kit ujian COVID-19 dengan keupayaan pembangunan cerakinan pantas menggunakan sistem data raya berasaskan AI proprietarinya membolehkan banyak negara untuk meluaskan kapasiti ujian dengan pantas, ketika virus ini mula melanda ke seluruh dunia.

Permintaan terhadap cerakinan Seegene terus meningkat tatkala ia meraih reputasi untuk kualiti tinggi dan kecekapannya. Ujian ini mempunyai ciri unik yang dapat mengenal pasti 3 gen sasaran berbeza (gen E, RdRP dan N) dalam satu tiub tindak balas menggunakan teknologi kimia multipleksnya sendiri, yang dapat memberi keputusan yang amat tepat dan memaksimumkan daya pemprosesan untuk ujian berjumlah tinggi. Digabungkan dengan sistem automatik dan perisian termaju, cerakinan Seegene terbukti berkesan di seluruh dunia dalam ujian berjumlah tinggi yang merupakan komponen penting dalam mengawal keadaan wabak.

Kini, Seegene mengeksport lebih 3 juta ujian seminggu. Syarikat ini akan mencapai kapasiti pembuatannya sebanyak lebih 20 juta ujian pada bulan Mei dan terus meningkatkan pengeluarannya bagi memenuhi permintaan yang tidak dipenuhi dan semakin meningkat dari seluruh dunia.

"Kami telah menghadapi cabaran baharu pada setiap hari agar dapat seiring dengan keperluan global, ketika kami terus menghadapi isu-isu yang tidak dijangkakan dalam proses peningkatan pengeluaran dan eksport yang mendadak. Saya berasa amat bangga dengan apa yang telah dapat kami sumbangkan terhadap perjuangan bagi memerangi virus ini dan hakikat bahawa teknologi diagnostik molekul termaju kami telah memainkan peranan dalam perjuangan yang penting ini," kata Dr. Jong-Yoon Chun, Ketua Pegawai Eksekutif Seegene.

Seegene turut berganding bahu dengan rakan gabungannya, Seegene Medical Foundation (SMF), salah satu makmal rujukan di Korea yang mempunyai kapasiti terbesar untuk ujian COVID-19 sehingga 15,000 sehari, bagi membantu negara-negara yang memerlukan kapasiti ujian yang besar dan dalam keadaan kecemasan. SMF dapat melaporkan keputusan dalam tempoh 24 jam setelah menerima sampel-sampel dari luar negara. Ketika pandemik COVID-19 terus memburukkan keadaan di seluruh dunia, Seegene dan SMF bersedia untuk memainkan peranan mereka bagi menyediakan ujian dan kapasiti ujian yang amat diperlukan.

Latar Belakang Seegene

Seegene (KQ: 096530) ialah perintis global bagi diagnostik molekul in vitro berasaskan simptom yang memberi tumpuan untuk memajukan sains demi membangunkan teknologi molekul multipleks dan bagi mengeluarkan peranti dan reagen diagnostik in vitro multipleks. Kuasa utama yang mendayakan Seegene ialah kesungguhan untuk menyebarluaskan diagnostik molekul multipleks demi meningkatkan kehidupan dan penjagaan kesihatan orang ramai. Seegene terus menyediakan asas yang paling berekonomi bagi menjimatkan masa, tenaga kerja dan kos dalam bidang diagnostik molekul untuk penyakit berjangkit, genetik, farmakogenetik dan onkologi menggunakan teknologi proprietari yang inovatif. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.seegene.com.

Source: Seegene
Related Stocks:
Korea:096530
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals