omniture

Wi-Fi 6 Huawei Perkasa Transformasi Perkhidmatan APT Satellite

Huawei
2020-04-26 09:07 5576

SHENZHEN, China, 26 April 2020 /PRNewswire/ -- APT Satellite Company Limited (APT Satellite), ditubuhkan pada tahun 1992 dan disenaraikan dalam Bursa Saham Hong Kong, merupakan pengendali satelit yang terkemuka di rantau Asia Pasifik, menyediakan liputan satelit kepada lebih 75% populasi dunia melalui satelit dalam-orbit yang berprestasi tinggi. Dengan peralatan darat dan kemudahan rangkaian yang canggih, APT Satellite menawarkan komunikasi satelit yang utama dalam industri dan pelbagai jenis perkhidmatan bernilai tambah kepada penyiar, pengendali telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan di seluruh dunia. Perkhidmatan ini termasuk penyiaran video, TV Terus-ke Rumah, penyampaian video, pengumpulan berita, rangkaian korporat swasta, pendidikan jarak jauh, akses jalur lebar, transmisi stesen utama rangkaian mudah alih serta aplikasi mobiliti maritim dan aeronautik, lantas mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai salah satu sumber satelit yang paling penting di rantau Asia Pasifik.

Permintaan Penaiktarafan Audiovisual Dorong Transformasi Digital

Pada masa ini, teknologi video berkembang bermula dengan Definisi Tinggi (HD) kepada ultra-HD, menjurus kepada pelbagai aplikasi baharu seperti TV ultra-HD 4K, video langsung, perangkaian sosial HD/e-dagang dan permainan Realiti Imbuhan/Realiti Maya (AR/VR). Pertumbuhan dalam sektor video ultra-HD memerlukan penaiktarafan penghasilan video dan peranti storan, peranti transmisi rangkaian dan terminal main balik, bagi mempercepatkan transformasi digital APT Satellite.

Transmisi satelit membawa banyak kelebihan unik -- seperti lebar jalur besar, kelajuan tinggi dan liputan luas -- untuk aplikasi audiovisual baharu. Pada tahun 2017, APT Satellite mempromosikan TV 4K melalui satelit APSTAR-7 kepada pelanggan kontrak. Sementara itu, APT Satellite meninjau cara untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan penyiaran TV satelit dalam penghasilan dan penyiaran kandungan media bertumpu, transmisi yang cekap dan kolaboratif serta perkhidmatan terminal pintar bagi mencapai pembangunan bersepadu yang diselaraskan. Di samping itu, kemudahan rangkaian seragam berperanan sebagai asas untuk platform sokongan dan aplikasi perkhidmatan, selain sistem pengeluaran dan pejabat. Sesungguhnya, pelaksanaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) canggih yang meningkatkan rangkaian asas, terutamanya rangkaian pejabat, penting untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan.

Selama bertahun-tahun rangkaian APT Satellite yang sedia ada sebahagian besarnya terdiri daripada peranti Wi-Fi 4 (802.11n). Namun demikian, dengan prestasi dan fungsian yang terhad, peranti ini terbukti tidak sesuai untuk tujuan pejabat tanpa wayar hari ini. Selain daripada kelajuan rangkaian tanpa wayar yang kurang memberangsangkan, tidak mencukupi untuk mengendalikan sejumlah besar video HD, tiada ada mekanisme untuk mengintegrasikan dasar keselamatan berwayar dan tanpa wayar. Di samping itu, Kualiti Perkhidmatan (QoS) tidak dapat dijamin untuk pengguna dalam domain tertentu dan pengalaman perkhidmatan yang berbeza tidak dapat dipastikan dengan cara berhierarki. Dalam menghadapi semua ini, APT Satellite mencari penyelesaian penaiktarafan rangkaian diterajui teknologi baharu yang dapat mengatasi cabaran ini selain memenuhi keperluan pembangunan sepanjang tiga hingga lima tahun akan datang. Selain itu, dengan kepakaran Teknologi Maklumat (IT) yang terhad, APT Satellite juga ingin memudahkan operasi rangkaiannya dan meningkatkan pengautomatan.

Wi-Fi 6 AirEngine Huawei Jadi Tumpuan

Selepas menjalankan satu siri pertandingan penyelesaian dan ujian Bukti Konsep (PoC), penyelesaian Wi-Fi 6 Huawei dipilih hasil prestasi ultra tingginya, pengalaman perkhidmatan yang stabil serta Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) yang pintar. Sebagai peneraju dalam pembangunan Wi-Fi 6 selama bertahun-tahun, Huawei ialah salah satu daripada 16 ahli lembaga Wi-Fi Alliance, telah memegang tiga jawatan kursi dalam kumpulan kerja 802.11ax dan menyumbang lebih 240 cadangan sejak tahun 2011, tersenarai di tempat pertama antara semua vendor peranti. Sesungguhnya, dikuasakan secara unik oleh teknologi 5G, penyelesaian Wi-Fi 6 Huawei mengintegrasikan antena termaju, algoritma dan teknologi perangkaian bagi memberikan prestasi yang tiada tandingan.

Setelah menaik taraf kepada Wi-Fi 6 Huawei, pengalaman pejabat berbilang skrin APT Satellite telah meningkat dengan mendadak. Kakitangan boleh mengakses rangkaian pejabat, sistem pejabat dan sistem pengeluaran pada bila-bila masa dan dari mana sahaja, meningkatkan kecekapan dan mobiliti kerja keseluruhan.

  • Teknologi penentukuran radio pintar SmartRadio unik daripada Huawei mengesan secara automatik kualiti antara muka udara, mengoptimumkan rangkaian dengan pintar dan meningkatkan kapasiti rangkaian serta pengalaman pengguna dengan berkesan, lalu meningkatkan kestabilan liputan isyarat AP keseluruhan. Tambahan pula, kekuatan isyarat di lokasi yang sama ditingkatkan sebanyak 100%, manakala jarak liputan ditingkatkan sebanyak 20% berbanding dengan Wi-Fi 5.
  • Teknologi perayauan nirhilang SmartRadio menggunakan algoritma pengenalpastian topologi rangkaian untuk mencari dengan pantas AP yang optimum semasa perayauan. Mengamalkan teknik lepas tangan (handoff) lunak juga dapat memastikan operasi mudah alih dan kerja pejabat yang lebih stabil, bagi mencapai kehilangan paket sifar semasa perayauan untuk perkhidmatan misi kritikal.
  • SmartRadio Dynamic Turbo, teknologi pemecutan aplikasi pintar, membantu mencapai kependaman ultra rendah 10 ms dengan penjadualan paket berbilang baris gilir, membolehkan rangkaian untuk membawa perkhidmatan dengan trafik yang sesak dengan mudah seperti perkhidmatan video.

Rangkaian yang Selamat, Andal dan Mudah Diselenggara 

Dari segi kawalan keselamatan, pengawal Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) generasi seterusnya daripada Huawei -- Pengawal Tangkas (Agile Controller) -- digunakan untuk menghubungkan Pengawal Akses (AC) Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN) dengan sistem analisis tembok api, anti-virus dan tingkah laku dalam talian, bagi mengurus hak pengguna dan sumber data perusahaan dengan fleksibel. Ini membolehkan dasar keselamatan berwayar dan tanpa wayar kakitangan dalaman diseragamkan, menerusi pengesahan yang seragam pada rangkaian. Sementara itu, tetamu boleh mengakses Internet dengan mendaftar melalui portal peribadi. Reka bentuk berkenaan membolehkan pengguna berdaftar untuk mengakses rangkaian yang selamat, manakala pengguna tak normal disingkirkan, bagi mencegah ketirisan dengan berkesan dalam rangkaian perusahaan dan keselamatan data.

Dari segi O&M rangkaian, Huawei telah melaksanakan penambahbaikan yang besar dengan Wi-Fi 6. Analitik data raya dan algoritma pembelajaran mesin telah digunakan untuk mempelajari secara automatik tingkah laku rangkaian dan mengenal pasti corak kegagalan, bagi membantu kakitangan pengurusan rangkaian mengesan dengan proaktif isu-isu rangkaian yang mungkin berlaku. Selain itu, pengumpulan data rangkaian daripada pelbagai dimensi membolehkan profil rangkaian setiap pengguna dipaparkan pada waktu nyata dan memberi keterlihatan untuk seluruh pengalaman rangkaian, meliputi metric-metrik utama seperti pengguna, jangka masa dalam talian, AP terhubung, status pengalaman dan banyak lagi. Pengurusan rangkaian tidak lagi bertumpu pada peranti. Sebaliknya, ia memberi tumpuan pada pengalaman pengguna dengan mengenal pasti masalah dengan tepat yang mendegradasikannya, dengan memberi cadangan pengoptimuman rangkaian.

Pengalaman Audiovisual Serba Baharu 

Pada masa depan, perkhidmatan audiovisual akan menjadi perkhidmatan ultra-HD, maya, berpecah-pecah dan imersif, mendorong keperluan untuk mempromosikan transformasi dan penaiktarafan perkhidmatan penyiaran televisyan yang berterusan. Pelbagai teknologi baharu termasuk video HD 4K/8K, VR, data raya dan Kecerdasan Buatan (AI) akan dilaksanakan dalam seluruh ekosistem bermula dengan penciptaan dan pengeluaran kepada pengedaran, tinjauan, main baik, pengewangan dan interaksi, mendorong inovasi dan pengeluran jitu kandungan audiovisual. APT Satellite sentiasa komited untuk memanfaatkan sepenuhnya kekuatan terasnya dalam penyiaran televisyan dan sumber audio dan video dalam talian. Dengan memperkenalkan dan menghasilkan pelbagai kandungan yang berkualiti tinggi dan menghantar kandungan tersebut melalui berbilang saluran -- termasuk penyiaran satelit, televisyen, rangkaian dan terminal mudah alih -- APT Satellite memastikan pengalaman tontonan yang optimum serta memenuhi jangkaan dan keperluan audiovisual pengguna yang pelbagai. 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/in/special_topic/event/2020q2/apac_ip_club_carnival_2020

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment