omniture

SEASUN BIOMATERIALS bakal lancar Cerakin Molekul Pantas COVID-19

SEASUN BIOMATERIALS
2020-04-29 16:46 1565

SEOUL, Korea Selatan, 29 April 2020 /PRNewswire/ -- SEASUN BIOMATERIALS mengumumkan pada 1 May bahawa mereka bakal melancarkan cerakin COVID-19 kedua mereka "Kit Pengesanan Pantas AQ-TOP COVID-19" tidak lama selepas melengkapkan FDA EUA (27 April) bagi Kit Pengesanan Masa Nyata U-TOP COVID-19 mereka.

SEASUN BIOMATERIALS, AQ-TOP COVID-19 rapid detection Kit
SEASUN BIOMATERIALS, AQ-TOP COVID-19 rapid detection Kit

Kepantasan, Kepekaan dan Kekhususan Analitik kaedah-kaedah molekul konvensional ditingkatkan dengan teknologi AQ-TOP melalui kombinasi amplifikasi isoterma dan prob pengesanan PNA (Asid Nukleik Peptida), yang mempunyai kecekapan pengikatan yang amat tepat terhadap asia nukleik yang disasarkan.

Kit ini menyasarkan gen ORF1ab SARS-CoV-2 dengan gen RNase P manusia kawalan endogen. Kit ini memperoleh tanda CE-IVD pada bulan Mac, dan kini pemeriksaan bagi kelulusan eksport MFDS (Kementerian Keselamatan Makanan & Ubat-ubatan Korea) dan FDA EUA sedang dijalankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Hee-Kyung Park berkata, "Pelanggan tidak perlu membeli sebarang alat tambahan. Instrumen PCR waktu nyata sedia ada yang kerap digunakan untuk diagnosis COVID-19 boleh digunakan sebagaimana adanya. Purata bilangan spesimen yang boleh diuji setiap unit (12 jam sehari) ialah 3,400, iaitu 5-6 kali lebih pantas berbanding sebelum ini. Pada masa ini, tatkala COVID-19 tersebar dengan pantas di serata dunia dan jangkitan berulang turut kerap dilaporkan, kami akan mengeluarkan lebih daripada 200,000 ujian sehari untuk dihantar sepantas yang boleh. Sebaik sahaja permit untuk Kit Pengesanan Pantas AQ-TOP COVID-19 telah selesai, kit ini akan disediakan di seluruh dunia dan dengan kelebihan bahawa diagnosis COVID-19 yang pantas akan menyumbang kepada rawatan susulan yang pantas."

SEASUN BIOMATERIALS pada masa kini mengedarkan "Kit Pengesanan U-TOP COVID-19" berasaskan PCR Waktu Nyata yang memperoleh tanda CE-IVD, Sijil Jualan Percuma MFDS (pada bulan Februari) dan FDA-EUA (pada 27 April), ke luar negara termasuk negara-negara Eropah dan Timur Tengah.

Latar Belakang SEASUN BIOMATERIALS

SEASUN BIOMATERIALS ialah sebuah syarikat diagnostik in vitro yang membangunkan platform diagnostik molekul untuk penyakit berjangkit, kanser serta gangguan genetik dan epigenetik.

Kami membangunkan dan mengkomersialkan platform diagnostik berasaskan PCR pada waktu sebenar yang inovatif melalui pembangunan teknologi proprietari kami bagi menyediakan perkhidmatan diagnostik molekul yang lebih canggih.

www.seasunbio.com

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200427/2785909-1?lang=0

Source: SEASUN BIOMATERIALS
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services