omniture

Permintaan Global yang Bertambah untuk Modul Kuasa Ultra Tinggi Lebih 500W Vertex, Trina Solar Perkenal Era Baharu Modul di India

Trina Solar Co., Ltd
2020-04-30 15:20 1829

NEW DELHI, 30 April 2020 /PRNewswire/ -- Modul Vertex baharu daripada Trina Solar Co., Ltd ("Trina Solar" atau "Syarikat"), penyedia global yang terkemuka bagi modul PV bersepadu dan penyelesaian tenaga pintar, menerajui penggunaan modul berkecekapan lebih tinggi, berkuasa lebih tinggi dalam industri tenaga solar. Kontrak lebih 100MW yang pertama di India untuk modul Vertex telahpun ditandatangani oleh SunSource Energy, penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian tenaga dan penyimpanan berasaskan solar di India, Asia Tenggara dan pasaran baru muncul.

SunSource Energy, beribu pejabat di Noida, dalam negeri Uttar Pradesh, India telah membuat pesanan untuk modul dwimuka Vertex 105MW dan akan menggunakan modul ini untuk projek merentas beberapa negeri di India. Trina Solar akan memulakan penghantaran modul ini dalam suku keempat tahun 2020.

Ini merupakan kontrak lebih 100MW yang pertama di India untuk modul Vertex baharu daripada Trina Solar, kata Presiden Trina Solar Asia Pasifik, Helena Li.

"Hakikat bahawa pesanan yang begitu besar untuk modul Vertex datangnya dari India menggambarkan dengan jelas mengenai permintaan terhadap tenaga boleh diperbaharui dalam pasaran ini."

"Dalam pasaran India, terdapat minat dan permintaan yang tinggi untuk modul dwimuka Vertex. Menuju masa depan, kami dapat meramalkan permintaan kukuh yang berterusan terhadap modul solar berkuasa tinggi dan alasan untuk hal ini adalah pasaran India amat kompetitif dan mementingkan prestasi, BOS dan LCOE produk," kata Li.

"Semua orang ingin mencapai kos tenaga terlaras (LCOE) yang lebih baik. Modul Vertex merupakan modul kuasa yang lebih tinggi, yang bererti anda tidak perlu mempunyai banyak modul untuk mencapai jumlah output kuasa yang diingini untuk projek ini."

"Hal ini seterusnya dapat mengurangkan kos keseimbangan sistem (BOS). Modul yang sedikit, bersamaan dengan: sedikit sistem pemasangan, kurang pemasangan kabel, sedikit kotak simpang, sedikit jam tenaga manusia yang diperlukan untuk pemasangan dan kurang tanah yang diperlukan untuk projek ini. "

Vertex ialah satu produk baharu, namun demikian ia adalah berdasarkan teknologi terbukti, iaitu teknologi sel PERC monohabluran, berbilang busbar, sel tiga potong dan platform dwikaca, tambah Li.

Adarsh Das, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, SunSource Energy, berkata: "Di SunSource, kami sentiasa memberi tumpuan untuk mendukung standard kualiti dan prestasi yang tinggi. Perkongsian lama kami bersama Trina Solar membantu kami untuk terus menawarkan penyelesaian kuasa dengan keandalan tinggi yang dibina berkisarkan tenaga solar. Dengan menggabungkan kepimpinan teknologi solar Trina dengan kejuruteraan aplikasi kami, kami berharap agar dapat memberi sumbangan penting ke arah meningkatkan keupayaan tenaga boleh diperbaharui di India dan tempat lain."

Kushagra Nandan, Presiden dan Pengasas Bersama, SunSource Energy, menambah: "Kami mengucapkan tahniah kepada Trina Solar atas pesanan ini dan berasa gembira untuk bekerjasama dengan mereka. Menggunakan teknologi dwimuka merupakan satu lagi contoh penggunaan berterusan teknologi tenaga baharu oleh SunSource untuk pelanggan dan pelaburnya. Kami merupakan salah satu yang pertama di India untuk membawakan projek solar + penyimpanan dan solar terapung. Teknologi dwimuka menambah ketahanan kaca-atas-kaca kepada PERC-mono yang amat terbukti dengan faedah-faedah skala Trina dan membolehkan kami untuk menggunakan sinaran yang terpantul. Kami percaya ini berpotensi menjadi pengubah industri dan kami berhasrat untuk menggunakan modul-modul ini untuk projek kami di seluruh negara ini."

Siri modul Vertex baharu Trina Solar mempunyai kadar kecekapan penukaran sehingga 21% dan dapat menyampaikan lebih daripada 500W kuasa dari permukaan depan, lebih banyak kuasa yang ketara berbanding modul-modul terdahulu.

Modul siri Vertex didatangkan dengan dua versi, modul kepingan belakang mono-muka dan modul dwikaca dwimuka yang juga dapat menjana kuasa tambahan dari sisi belakang modul tersebut.

Faedah mempunyai modul kuasa yang lebih tinggi adalah ia dapat mengurangkan dengan ketara kos keseimbangan sistem (BOS). Trina Solar menggunakan modul dwikaca dwimuka lebih 500W untuk ladang solar yang diletakkan di atas tanah dan berskala besar di timur laut China. Hasilnya ialah pengurangan BOS sebanyak 6-8% dan penurunan LCOE sebanyak 3-4% berbanding dngan modul dwikaca dwimuka 410W konvensional.

Panel Vertex memberi lebih kuasa memandangkan setiap panel menggabungkan sel silikon diameter 210mm. Saiz sel yang lebih besar mendayakan kawasan penangkapan cahaya aktif yang lebih tinggi, menghasilkan output arus yang lebih tinggi. Sel 150 dalam setiap panel mengandungi sel PERC monohabluran berkecekapan tinggi dan termasuk kombinasi teknologi solar utama yang dioptimumkan untuk meningkatkan kecekapan panel sehingga 21%, output kuasa yang lebih tinggi.

Teknologi solar utama ini termasuk teknologi berbilang busbar yang mengurangkan kehilangan rintangan dalaman dalam modul PV pada tahap minimum, yang menghasilkan prestasi cahaya-rendah yang lebih baik. Di samping itu, teknologi PV yang direkayasa tinggi digabungkan ke dalam reka bentuk produk yang membolehkannya untuk mengurangkan jurang antara setiap sel, memberikan kecekapan modul keseluruhan lebih tinggi yang memudahkan penjimatan kos keseimbangan sistem (BOS).

Pasukan penyelidikan dan pembangunan Trina Solar turut memperkenalkan reka bentuk inovatif yang mengintegrasikan teknologi sel tiga potong yang canggih menggunakan teknologi pemotongan tak memusnah dan pempakejan berkepadatan tinggi. Hal ini mengurangkan lagi kehilangan rintangan dan meningkatkan dengan ketara rintangan modul PV terhadap retakan-sel dan prestasi titik panas sekali gus memaksimumkan penggunaan ruang. Dengan berbuat demikian, saintis dapat mencipta modul berkuasa tinggi yang dicirikan oleh kecekapan tinggi dan keandalan tinggi, seraya dapat memberikan pengguna jaminan prestasinya dalam tempoh masa yang diberi jaminan.

Pautan Foto: https://www.trinasolar.com/sites/default/files/India_Habitat_Centre_Project.jpg 
Kapsyen Foto: Projek India Habitat Centre bagi tahun 2016 (dari kiri ke kanan): Gaurav Mathur, Pengarah Trina Solar India; Helena Li, Presiden Trina Solar APAC; dan Kushagra Nandan, Pengasas Bersama dan Presiden SunSource Energy   

Latar Belakang Trina Solar

Trina Solar ialah penyedia yang terkemuka di dunia dan penyelesaian menyeluruh untuk tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar membangunkan penyelesaian PV pintar proprietari untuk stesen janakuasa besar serta penyelesaian komersial dan kediaman, sistem penyimpanan tenaga serta modul fotovolta. Sebagai penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian tenaga solar bersepadu, Trina Solar turut menjadi peneraju dalam dunia IoT (internet pelbagai benda) tenaga. Ia komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor baharu dan baru muncul ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

Latar Belakang SunSource Energy

SunSource Energy ialah sebuah syarikat tenaga solar teragih utama yang membangunkan, memiliki dan mengendalikan projek kuasa solar untuk pelanggan komersial dan perindustriannya di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2010, syarikat ini berada di barisan hadapan dalam menginovasi teknologi yang andal dan membawa penyelesaian tenaga baharu untuk pasaran India dan global. SunSource telah menyerahkan lebih daripada 300 projek kuasa solar berkualiti tinggi merentas 24 Negeri di India dan 6 Negara di seluruh dunia. Beberapa sorotan utama termasuk projek bumbung solar yang terbesar di Filipina ketika pentauliahan, salah satu PPA bumbung solar persendirian yang pertama di India serta projek solar + penyimpanan. Dengan keupayaan pembiayaan projek dalaman, EPC, Pengurusan Asetnya, SunSource Energy mengurus seluruh proses pembangunan loji kuasa solar. Syarikat ini merupakan penerima pelaburan daripada Neev Fund – sebuah firma ekuiti persendirian yang disokong oleh State Bank of India (SBI) dan Jabatan Pembangunan Antarabangsa (DFID) UK. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.sunsource-energy.com

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements