omniture

Huawei Lancar Pelayan Storan Masa Depan - FusionServer Pro 2298 V5 Generasi Seterusnya

Huawei
2020-05-01 03:34 1707

SHENZHEN, China, 1 May 2020 /PRNewswire/ -- Barisan Produk Pengkomputeran Huawei memperkenalkan FusionServer Pro 2298 V5 generasi seterusnya, pelayan tindanan storan 2-soket 2U yang menyediakan kapasiti storan sehingga 450 TB. Direka bentuk bagi menyelesaikan masalah kapasiti storan rendah dan ruang bilik yang terhad, ia merupakan pilihan bijak untuk pelanggan yang ingin menggunakan penyelesaian storan berketumpatan tinggi dan berkapasiti besar dalam pusat data mereka.

The Huawei next-generation FusionServer Pro 2298 V5 storage server
The Huawei next-generation FusionServer Pro 2298 V5 storage server

Pelayan storan FusionServer Pro 2298 V5 ialah produk canggih yang beroperasi melalui pemproses Cascade Lake Refresh, ahli terbaharu dalam rangkaian pemproses Boleh Skala Intel® Xeon® dan pelayan ini menyokong memori berterusan DC (DCPMM) Intel® Optane™. Pemproses Cascade Lake Refresh menawarkan frekuensi asas sehingga 3.9 GHz dengan peningkatan turbo 4.5 GHz, satu kenaikan baharu untuk barisan Xeon Intel. Ia menyokong lebih banyak teras dan menyediakan keupayaan pemprosesan hyper-threading yang lebih tinggi, memberikan prestasi 36% lebih tinggi berbanding pendahulunya.

FusionServer Pro 2298 V5 boleh menempatkan 24 pemacu 3.5-inci dan 4 pemacu 2.5-inci serta 4 SSD NVMe, dalam ruang 2U, menyediakan kapasiti storan sehingga 450 TB. Ia menawarkan ketumpatan, prestasi dan kebolehskalaan tinggi untuk pelanggan perusahaan, membantu anda mengendalikan data yang amat banyak yang terhasil dalam perkhidmatan harian dengan lancar. Hasil daripada penyelenggaraan dan pengurusan yang mudah, pelayan ini membantu mengurangkan kos O&M yang tinggi, masalah utama yang telah menghantui pelanggan industri ini selama bertahun-tahun. Pelayan storan ini disesuaikan mengikut pelbagai jenis senario, seperti storan teragih, storan tentuan perisian, analitik data raya, video, sandaran data, pengarkiban dan storan panas dan sejuk yang intensif-data. Ia menawarkan storan berkapasiti besar dan berkesan kos untuk pelanggan perusahaan dalam industri-industri Internet dan pembawa.

FusionServer Pro 2298 V5 equipped with 24 3.5-inch front drives
FusionServer Pro 2298 V5 equipped with 24 3.5-inch front drives

FusionServer 2298 V5 mempunyai kelebihan-kelebihan yang berikut:

  • Storan ultra besar: Menyokong pelbagai konfigurasi pemacu dan menyediakan kapasiti storan elastik, memenuhi keperluan penaiktarafan pada tahap kapasiti storan yang berbeza. Menyokong SSD SATA/SAS atau SSD PCIe NVMe sebagai cache, meningkatkan prestasi membaca/menulis pemacu
  • Kebolehkembangan I/O yang tinggi: Menyediakan pelbagai port rangkaian, seperti empat slot PCIe 3.0, dua 10GE dan dua port GE LOM selain satu kad mezzanin OCP 2.0
  • Pemecutan sistem: Menyokong dua SSD SATA M.2 untuk pemasangan OS yang bebas dan permulaan berkelajuan tinggi. Dua SSD M.2 menyediakan pilihan kapasiti 32, 64, 240 serta 480 GB dan menyokong 'hot swap' dan RAID perkakasan. Semua ciri ini memastikan keandalan OS yang tinggi.

Ramai pelanggan yang mencari cara untuk meningkatkan prestasi sistem mereka namun dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah. FusionServer 2298 V5 Huawei dapat menyelesaikan masalah utama ini. Ia mengguna pakai reka bentuk pengurusan kuasa pintar dan memanfaatkan teknologi pengehadan kuasa untuk membantu pelanggan meningkatkan ketumpatan pelaksanaan. Selain itu, Teknologi Pengurusan Tenaga Dinamik (DEMT) berpaten Huawei memantau secara automatik penggunaan sumber berdasarkan beban perkhidmatan dan menyesuaikan secara dinamik kuasa minimum berdasarkan penggunaan sumber untuk operasi pelayan yang mantap dan andal. Bagi berbuat demikian, penggunaan kuasa pelayan diminimumkan tanpa menjejaskan operasi perkhidmatan, kesemuanya sambil mengurangkan perbelanjaan operasi anda (OPEX).

Huawei memegang rekod prestasi yang terbukti dalam menjadi pembekal pelayan dari segi kualiti mahupun kuantiti. Menurut Gartner, syarikat penyelidikan dan penasihat yang terkemuka di dunia, jumlah penghantaran pelayan berasaskan x86 Huawei dari tahun 2012 hingga 2019 berjumlah 4.31 juta unit. Prestasi jualan mencapai kemuncak pada tahun 2019 apabila pelayan 4-soket Huawei mengungguli kedudukan di dunia dari segi jumlah penghantaran dan jualan untuk tahun berkenaan. Sebagai rakan kongsi strategik global Intel, Huawei telah mematuhi pendekatan bertumpu pelanggan dan menyatakan komitmen yang teguh terhadap transformasi digital perusahaan demi kejayaan pelanggan. Pusat data yang lebih pintar adalah kritikal untuk memenuhi komitmen ini. Sehingga kini, Huawei berkolaborasi dengan Intel bagi menyediakan produk dan penyelesaian yang berprestasi tinggi, cekap tenaga, selamat dan andal.

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu merentas empat domain utama – rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan – kami komited untuk membawa ciri digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei adalah bersifat kompetitif dan terjamin. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan buat pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan dan menginspirasikan inovasi dalam organisasi-organisasi mencakupi semua bentuk dan saiz.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, menumpu pada penemuan ulung teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh pekerjanya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200429/2789630-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200429/2789630-1-b?lang=0

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services