omniture

Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat Tahunan Shanghai Electric Serlah Kejayaan 2019

Shanghai Electric
2020-05-04 10:15 959

SHANGHAI, 4 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK: 02727, SSE: 601727), pengeluar dan pembekal peralatan penjanaan kuasa dan perkakasan perindustrian terkemuka di dunia, melancarkan Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat 2019 yang menyoroti komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat dan kemajuan utama pada tahun 2019. Strategi CSR syarikat dirancang bukan sahaja untuk meminimumkan kemungkinan kesan buruk terhadap produk dan operasinya, tetapi juga untuk mengaktifkan tujuan jenama "Memperkasakan industri global, Menjadikan kehidupan lebih pintar."

"Ini ialah tahun yang luar biasa bagi Shanghai Electric kerana syarikat ini telah membuat kemajuan teknologi besar dalam banyak bidang seperti turbin gas, pam utama nuklear, tenaga arang batu bersih berkecekapan tinggi, tenaga angin luar pesisir, percetakan 3D, dan bateri aliran," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shanghai Electric, Zheng Jianhua, "Pekerja kami selalu menjadi pendorong utama di sebalik usaha ini dan sangat penting bagi kami untuk mengukuhkan ikatan dengan pekerja kami di seluruh dunia melalui pembaharuan yang berkesan dalam mekanisme perkongsian keuntungan dan pengurusan yang berpusatkan manusia."

Inovasi dalam mekanisme perkongsian keuntungan

Untuk menarik dan mengekalkan bakat, Shanghai Electric telah mengguna pakai pelan insentif ekuiti sejak Mei 2019. Ini terdiri daripada unit saham terhad saham A, yang berfungsi sebagai rangsangan dari sisi penawaran untuk pertumbuhan ekonomi yang memberi manfaat kepada majikan dan pekerja. Melalui Pelan tersebut, 2194 kakitangan Shanghai Electric akan menerima insentif prestasi sejumlah 134 juta unit stok terhad dengan harapan dapat memperkukuhkan usaha dan komitmen pasukan.

Transformasi Digital

Shanghai Electric telah melancarkan Internet Platform "SEunicloud Platform" untuk mendorong batasan minda dan mesin. Platform ini merupakan langkah penting dalam transformasi digital syarikat. Unit perniagaan Shanghai Electric yang baru muncul, termasuk bateri penyimpanan dan pembuatan pintar, juga meningkat 30% dengan memanfaatkan penggabungan dan pengambilalihan, usaha sama, modal teroka dan peningkatan pelaburan R&D.

Amalan EHS

Bertujuan melindungi keselamatan pekerja, Shanghai Electric telah menetapkan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan yang menanda aras berbagai peraturan kesihatan dan keselamatan pekerjaan global. Lapan puluh peratus syarikat gabungan Shanghai Electric telah diperakui dengan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSAS18001) pada akhir tahun 2019.

Jawatankuasa Perlindungan Alam Sekitar juga telah berkumpul di berbagai pasar serantau di seluruh dunia untuk meningkatkan pelaksanaan panduan Keselamatan Kesihatan Alam Sekitar (EHS). Mereka membantu kemampuan syarikat untuk bertindak pantas terhadap risiko seperti wabak coronavirus (amalan EHS di loji kuasa solat tertumpu projek Dubai 700 MW CSP + 250MW PV Hybrid). Mereka telah menghasilkan rekod kejayaan yang terbukti: kemalangan maut dan kadar kecederaan serius di tapak pembinaan kekal di tahap sifar sepanjang tahun sebelumnya.

Komuniti yang lebih mantap

Dengan "Employee Home" (Kediaman Pekerja) yang ditubuhkan di tujuh tapak projek kejuruteraan antarabangsa di luar China, Shanghai Electric telah menyediakan arena komunal bagi para pekerja dari latar belakang budaya yang berbeza untuk berkomunikasi, bersosial dan berhibur. Ia juga telah mengukuhkan hubungan antara syarikat dan penduduk tempatan sebagai ruang komuniti antarabangsa yang pelbagai fungsi.

Perlindungan Hijau & Alam Sekitar

Shanghai Electric telah menerapkan sistem "SEC-LOVE" di dalam syarikat untuk memastikan semua jabatan diselaraskan dengan kedudukan yang mesra alam. Setakaat ini, 80% syarikat gabungan Shanghai Electric telah diperakui dengan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO14001 (EMS). Projek seperti projek pembakaran sampah Nantong di Jiangsu, stesen janakuasa angin Dongtai di Jiangsu dan stesen janakuasa fotovolta di Anhui Huaibei menunjukkan kepercayaan utuh syarikat terhadap masa depan tenaga bersih.

Tanggungjawab sosial

Pada bulan November 2019, Shanghai Electric menyumbangkan bahan pengajaran kepada Managile Elementary School di Bandar Zubaidiya, Wilayah Wassit. Ini mewakili satu lagi kejayaan dalam kemajuan syarikat untuk menjadi kekuatan aktif dan bersemangat dalam usaha pembangunan yang membantu masyarakat setempat. Pada akhir tahun 2019, perniagaan Shanghai Electric di luar negara telah menggaji lebih daripada 4200 pekerja tempatan di seluruh dunia.

Berikutan penularan wabak pada bulan Januari, Shanghai Electric telah menyumbangkan topeng pembedahan kepada Fuji Electric Japan, Loji Kuasa Termal Wassit di Iraq dan Projek Kuasa Lombong Arang Batu Bersepadu Thar Blok-1, antara lainnya.

Latar Belakang Shanghai Electric
Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 02727, SSE: 601727) khususnya terlibat dalam mereka bentuk, membuat dan menjual peralatan elektrik dan peralatan industri. Ia memberi tumpuan kepada Perniagaan Peralatan Tenaga termasuk pembuatan dan penjualan peralatan penjanaan tenaga arang batu, peralatan penjanaan tenaga gas, peralatan tenaga nuklear, peralatan tenaga angin, peralatan penyimpanan tenaga, peralatan kimia berkualiti tinggi, grid kuasa dan penyelesaian sistem bekalan kuasa pintar perindustrian.

Perniagaan Peralatan Industri termasuk pengeluaran dan penjualan lif, motor elektrik bersaiz sederhana dan besar, peralatan pembuatan pintar, bahagian asas industri, peralatan perlindungan alam sekitar, peralatan pengindustrian pembinaan dan Perniagaan Perkhidmatan Bersepadu termasuk tenaga, perkhidmatan dan perekayasaan automasi dan perlindungan alam sekitar, perkhidmatan internet industri, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan dagangan antarabangsa, perkhidmatan hartanah mewah dan sebagainya.

Pautan Berkaitan
www.shanghai-electric.com 

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200424/2786026-1-LOGO?lang=0

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility