omniture

COOCAA Ungguli Senarai Terlaris TV Pintar di Jualan Ramadan Lazada

Coocaa
2020-05-09 03:13 1047

JAKARTA, Indonesia, 9 Mei 2020 /PRNewswire/ -- COOCAA, subsidiari pengeluar TV Skyworth, mengumumkan bahawa TV pintarnya telah mengungguli carta sebagai TV pintar paling laris terjual di Lazada semasa jualan Ramadan.

"Kami berasa gembira kerana TV pintar kami telah menjadi pilihan #1 pelanggan kami di Asia Tenggara. Rekod jualan mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam misi kami untuk membawa pengalaman hiburan rumah yang utama di dunia kepada pelanggan," kata Peter Zhang, Pengurus Besar jenama-jenama luar negara COOCAA.

"Memandangkan langkah jarak sosial masih dikekalkan, kami lebih memberi tumpuan untuk menyediakan pilihan hiburan yang terbaik bagi memastikan orang ramai dapat menikmati masa bersama keluarga mereka. Maka, kami bawakan inovasi terkini daripada COOCAA kepada pelanggan dan turut melancarkan beberapa strim langsung bagi membantu mereka membuat pilihan terbaik," kata Peter Zhang.

COOCAA Ungguli Senarai Terlaris TV Pintar di Jualan Ramadan Lazada
COOCAA Ungguli Senarai Terlaris TV Pintar di Jualan Ramadan Lazada

COOCAA Ubah Cara Anda Alami Hiburan Rumah 

Dikuasakan oleh sistem operasi Android 9.0 yang terkini, TV pintar COOCAA S6G mewujudkan pusat sinematik luar biasa untuk rumah-rumah menerusi Netflix, YouTube dan aplikasi-aplikasi lain daripada Google play yang menawarkan puluhan ribu filem dan episod rancangan TV.

TV Android S6G COOCAA
TV Android S6G COOCAA

Dibenamkan dengan pemproses berprestasi tinggi dan pelbagai teknologi yang canggih, S6G COOCAA memberikan paparan 2.0 pandangan infiniti tanpa bingkai yang melangkaui gambar kepada imej yang mengagumkan dan jelas dengan warna-warna yang cerah dan diperhalusi. Mengasyikkan dan menggetarkan jantung, Sistem Keliling Audio COOCAA menawarkan kualiti bunyi hebat yang membawa penonton ke dalam dunia permainan dan sinematik.

Dengan platform bersepadu terbina dalam yang direka untuk membawa ekosistem kediaman yang lebih pintar dan lancar, kini pengguna dapat mencapai kawalan bebas tangan bagi memilih rancangan kegemaran mereka dan menghidupkan perkakas rumah pintar yang serasi melalui pembantu Google.

Kemungkinan Baharu Didorong oleh Kolaborasi 

Sebagai salah satu jenama Perkongsian Perniagaan Bersama (Joint Business Partnership, JBP) pertama Lazada bagi tahun 2019, COOCAA telah memeterai perkongsian strategik bersama syarikat gergasi e-dagang tersebut bagi menawarkan produk TV pintar premium dan khidmat pelanggan berkualiti tinggi kepada pasaran tempatan. Kolaborasi dalam talian telah menghasilkan pengurangan kos operasi yang membawa kepada tawaran yang lebih baik buat pengguna.

Terhasil daripada penyedia penyelesaian utama teknologi pintar, COOCAA memanfaatkan kepakarannya dalam teknologi TV bagi melakar kemajuan penting untuk membawa pengalaman hiburan rumah didayakan AI kepada pelanggan. Dikhususkan untuk mencipta ciri-ciri yang lebih pintar, COOCAA menjalin kerjasama dengan Google untuk meningkatkan pembangunan AI, membawa pengalaman hiburan rumah yang tidak terbayangkan untuk masa depan.

"Pada dekad seterusnya, Coocaa bersedia untuk melancarkan lebih banyak platform dalam talian, perkakas rumah pintar dan mudah digunakan serta produk persisian di Asia Tenggara, membawa inovasi dan reka bentuk terkini kami yang membolehkan pelanggan untuk menikmati masa depan di rumah," kata Peter Zhang.

Latar Belakang COOCAA 

Ditubuhkan pada tahun 2006, COOCAA membangunkan TV pintar dan perkakas elektronik pengguna pintar. Produk-produknya terdiri daripada TV permainan, TV pintar mewah, alat kawalan jauh untuk telefon pintar yang membolehkan pengguna untuk mengawal perkakas rumah secara jarak jauh, pemegang permainan Bluetooth dan fon telinga Bluetooth.

Sylvia Wang
+86-755-2735-7658
wangxiaoqian@skyworth.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200507/2797531-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200507/2797531-1-b?lang=0

Source: Coocaa
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail