BANGKOK, 9 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan sepuluh modul siri AirEngine Wi-Fi 6 serba baharu untuk rantau Asia Pasifik, yang akan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk perusahaan dan amat sesuai untuk menyediakan kampus tanpa wayar sepenuhnya yang berkualiti tinggi sebagai asas baharu untuk transformasi digital perusahaan.
Produk siri AirEngine Wi-Fi 6 Huawei menonjol menerusi inovasi teknologi seperti Antena Pintar dwijalur yang unik dalam industri, perayauan nirhilang dan Dynamic Turbo (teknologi pecutan aplikasi pintar). Antara model-model baharu ini, siri 8760 AirEngine Wi-Fi 6 utama mempunyai 16 aliran ruang – paling banyak dalam industri – yang memberikan daya pemprosesan tanpa wayar 10 Gbps dan selanjutnya.
Menurut ramalan Huawei, Wi-Fi 6 akan digunakan oleh 90 peratus perusahaan menjelang tahun 2023, menjadikan Wi-Fi sebagai teknologi rangkaian asas yang diperlukan untuk pengeluaran perusahaan dan pendigitalan perkhidmatan yang cekap.
Li Xing, Presiden Domain Rangkaian Kampus, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, berkata: "Tatkala perkhidmatan digital baharu sentiasa muncul dalam perusahaan, rangkaian Wi-Fi 5 sedia ada telahpun menemui kekangan yang menghalangnya daripada memenuhi perkhidmatan baharu ini."
Beliau menyambung: "Sebagai contoh, dalam kampus pejabat tanpa wayar sepenuhnya, aplikasi baharu yang dibawakan oleh AR, VR dan 4K memberi bebanan kepada kapasiti dan kelajuan rangkaian sedia ada. Apabila melibatkan kampus pengeluaran, rangkaian Wi-Fi telah diperkenalkan kepada rangkaian pengeluaran, namun tidak mampu menyediakan keandalan sambungan dan penghantaran yang diperlukan. Sebaliknya, kampus awam tanpa wayar sepenuhnya, cenderung mempunyai ruang terbuka yang luas dan pengguna yang banyak bergerak, namun rangkaian tanpa wayar sedia ada tidak dapat memberi liputan isyarat berterusan dan kestabilan lebar jalur yang diperlukan untuk pengalaman pengguna optimum yang berterusan."
"Sebagai respons, Huawei telah mencadangkan standard pembinaan rangkaian tanpa wayar serba baharu untuk era Wi-Fi 6: membina rangkaian kampus Gbps tanpa wayar sepenuhnya yang memberi kelajuan pantas dalam semua senario, pengalaman nirhilang yang sentiasa tersedia dan 100 Mbps @ Everywhere (Di Mana-mana Sahaja)," simpul beliau.
Sesungguhnya, teknologi baru tumbuh seperti 5G, IoT dan AI mempercepatkan pembinaan infrastruktur baharu. Sebagai bahagian penting dalam infrastruktur baharu ini, pusat data berkembang menjadi era kecerdasan daripada era virtualisasi. Agar kekal seiring, Huawei turut mengumumkan penyelesaian CloudFabric serba baharu yang dibina untuk era kecerdasan.
CloudFabric dibina pada suis CloudEngine utama (dengan cip AI terbenam dan kepadatan port 400GE tertinggi), algoritma iLossless yang unik dalam industri serta sistem pengurusan dan kawalan rangkaian pemanduan berautonomi berasaskan NCE iMaster. Dengan menggunakan Huawei CloudFabric, pengguna boleh membina dengan mudah rangkaian pusat data jalur lebar ultra, nirhilang dan pintar sepenuhnya generasi akan datang, seterusnya membawa pusat data menuju era kecerdasan.
"Transformasi digital perusahaan memasuki fasa kecerdasan baharu, yang mana AI diaplikasi secara meluas dalam pusat data," kata Wu Yisheng, Pengarah Kanan Penyelesaian daripada Pejabat CTO, Huawei Enterprise Business Group. "Huawei CloudFabric telah mengambil inisiatif untuk menjadi yang pertama mencapai kecerdasan penuh dalam seluruh rangkaian pusat data, menerima rangkaian pemanduan berautonomi Tahap 3 yang pertama dalam industri. Rangkaian yang diintegrasikan dengan kecerdasan akan menjadikan perkhidmatan AI berjalan dengan lebih cekap, mengewangkan nilai data sepenuhnya dan akhirnya mempercepatkan kejayaan perniagaan untuk perusahaan."
Huawei mengadakan IP Club Carnival dalam taliannya dengan tema "Rethink IP, Building the Engine for Digital Transformation" ("Nilai Semula IP, Bina Enjin untuk Transformasi Digital") pada 30 April. Menyasarkan rantau Asia Pasifik, acara ini bertujuan untuk membantu pelanggan perusahaan membina enjin transformasi digital yang lebih cekap dalam menghadapi pandemik masa kini. Turut hadir di aktiviti dalam talian yang merangsang fikiran ini adalah lebih 25000 delegasi daripada kalangan pelanggan perusahaan dan rakan kongsi merentas industri, termasuk kerajaan, kewangan, tenaga, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.