omniture

Henley & Partners: Kenaikan Mendadak Pelabur AS Pohon Pemastautinan Thai

Henley & Partners
2020-05-12 09:30 101

LONDON, 12 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Program Pemastautinan Elit Thailand (Thailand Elite Residence Program) yang dicari-cari di Thailand telah menyaksikan peningkatan permohonan yang ketara daripada warga AS sejak awal tahun ini dan ketika berlakunya pandemik COVID-19. Angka-angka jualan terkini mendedahkan bahawa bilangan pemohon AS dalam tiga bulan pertama tahun 2020 telahpun mencapai lebih daripada 50% daripada jumlah keseluruhan pemohon AS bagi sepanjang tahun 2019. Hal ini sebahagiannya ekoran daripada sekatan perjalanan yang disebabkan oleh coronavirus, dengan penduduk AS yang kini berada di Thailand memilih untuk tinggal dan menikmati faedah-faedah menetap di Thailand secara tetap. Walau bagaimanapun, bilangan permohonan AS dari luar negara ini turut meningkat, dengan suku pertama tahun 2020 mencatatkan peningkatan 100% pemohon AS berbanding suku pertama tahun 2019 dan suku keempat tahun 2019.

Dominic Volek, Rakan Pengurusan dan Ketua Asia Tenggara di firma khidmat nasihat pemastautinan dan kerakyatan antarabangsa yang terkemuka Henley & Partners, berkata Thailand terus menjadi destinasi pilihan untuk para usahawan dan pelabur. "Pelabur usahawan kekal menjadi kategori pemohon terbesar untuk Program Pemastautinan Elit Thailand hasil daripada reputasi global Thailand yang cemerlang sebagai pusat perniagaan dan juga hab inovasi."

Kenaikan mendadak yang serupa baru-baru ini dari segi permintaan untuk menetap di Thailand boleh dilihat daripada kalangan pemohon dari Australia, yang dilanda kebakaran belukar yang dahsyat dan coronavirus pada musim panas ini. Berbanding dengan suku pertama tahun 2019, terdapat peningkatan yang mengejutkan sebanyak 228% daripada pemohon Australia pada suku pertama tahun 2020 dan 130% apabila dibandingkan dengan suku keempat tahun 2019.

Program Pemastautinan Elit Thailand berkembang maju dari setingkat ke setingkat sejak Henley & Partners dilantik sebagai pemegang konsesi global pada tahun 2017, dengan jualan meningkat sebanyak 70% sepanjang tiga tahun yang lalu. Menurut En. Somchai Soongswang, Presiden Thailand Privilege Card Co., Ltd., pengendali Thailand Elite Card, "Henley & Partners telah menyumbang usaha yang besar untuk mempromosikan program ini dan Thailand dapat melihat faedah-faedahnya."

Kini, Program Pemastautinan Elit Thailand mempunyai lebih 8,600 ahli — angka yang dijangka melangkaui paras 10,000 tahun ini. Sepanjang tiga tahun yang lalu, terdapat pengambilan yang ketara khususnya oleh warganegara tertentu; bilangan pemohon British dan Perancis masing-masing meningkat sebanyak 75% dan 73%, manakala bilangan pemohon Jepun telah meningkat sebanyak 161% yang luar biasa.

Hubungan Media
Paddy Blewer
Pengarah Perhubungan Awam Kumpulan
paddy.blewer@henleyglobal.com 

Source: Henley & Partners
Keywords: Banking/Financial Service Travel Accounting news, issues Economic news, trends, analysis