omniture

Axalta Naik Taraf Sistem Pemadanan Warna di High Performance Coatings

Sistem bakal Pacu Transformasi Digital dan Menjadikan Tempat Pembaikan Kereta (Bodyshop) Lebih Cekap dan Produktif
Axalta Coating Systems
2020-05-12 12:11 113

SHAH ALAM, Malaysia, 11 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Axalta (NYSE: AXTA), pembekal terkemukasalutan cecair dan serbuk yang bertaraf global yang terkemuka, hari ini melancarkan sistem pemadanan warna dinaik taraf di perniagaan kemasan semulanya, High Performance Coatings (HPC) yang terletak di Asia Tenggara. Platform perisian yang dinaik taraf ini menggabungkan formula warna yang paling terkini dan ia adalah amat mesra pengguna bagi menjadikan dapatan semula dan pelaporan formula warna cepat dan mudah, sekali gus turut menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal secara dalam talian.

Sistem pemadanan warna daripada Axalta menggabungkan formula warna yang dinaik taraf untuk meliputi portfolio luas HPC dengan jenama-jenama terkenal termasuk HIPIC®, Galaxy®, Nebula® dan Orbis®. Ia bertujuan untuk meningkatkan dan melanjutkan perkhidmatan warna secara digital yang disediakan oleh HPC kepada pelanggan kemasan semula di kawasan-kawasan baru muncul termasuk negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), India serta Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

"Sebagai peneraju bagi pengurusan warna digital penuh dalam industri kemasan semula automotif, sistem pemadanan warna Axalta menjadikan pengurusan tempat pembaikan (bodyshop) lebih cekap," kata Andy Jae-Duk Ban, Pengurus Pemasaran Warna, APAC & MENA. "Teknologi pengurusan warna digital yang canggih akan membolehkan tempat pembaikan mencari dan memperoleh sebarang maklumat warna yang diperlukan dengan lebih cepat dan cekap berbanding sebelum ini. Sistem pengurusan warna yang dinaik taraf ini akan mengukuhkan keupayaan HPC untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kemasan semulanya di wilayah ini dan meningkatkan kelebihan daya saingnya dalam pasaran tempatan."

Sistem pemadanan warna ini menggunakan pangkalan data formula warna Axalta yang luas dan menyediakan akses dalam talian kepada pengguna di mana-mana sahaja di wilayah berkenaan. Ia juga membantu mendigitalkan industri kemasan semula dan mengurangkan kebergantungannya untuk memadankan warna menerusi penampilan visual.

Menerusi Program Dapatan Semula Warna, semua jenama HPC akan mendapat akses kepada formula warna yang paling terkini. HIPIC mempunyai program yang dinaik taraf manakala Nebula, Galaxy dan Orbis masing-masing mempunyai sistem dapatan semula warna yang baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila kunjungi laman sesawang jenama ini.

https://hpcoatings.com.my 
https://www.galaxy.hpcoatings.com.my/
https://www.orbis.hpcoatings.com.my/
https://www.nebula.hpcoatings.com.my/
DVD turut disediakan kepada pelanggan yang memerlukanya.

Untuk inspirasi uniknya kepada industri ini, Sistem Dapatan Semula Warna Axalta, yang menampilkan Quantum EFX Acquire™, dinamakan sebagai finalis untuk 2018 R&D 100 Awards R&D Magazine.

Latar Belakang Axalta

Axalta ialah sebuah syarikat global terkemuka yang menumpu semata-mata pada salutan dan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian yang inovatif, berwarna warni, cantik dan mampan. Bermula daripada kenderaan ringan, kenderaan komersial dan aplikasi kemasan semula kepada motor elektrik, bangunan, saluran paip dan aplikasi perindustrian yang lain, salutan kami direka bentuk untuk mencegah kakisan, meningkatkan produktiviti dan membolehkan bahan yang kami salut mampu bertahan lebih lama. Dengan pengalaman selama lebih 150 tahun dalam industri salutan, kira-kira 14,000 orang pekerja Axalta terus berusaha untuk mencari cara untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada lebih 100,000 pelanggan kami di 130 negara dengan lebih baik pada setiap hari dengan salutan, sistem aplikasi dan teknologi yang terbaik. Untuk maklumat lanjut, kunjungi axalta.com dan ikuti kami @Axalta di Twitter dan di LinkedIn.

 

Source: Axalta Coating Systems
Related Stocks:
NYSE:AXTA
Keywords: Auto Chemical Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Transportation New products/services