BEIJING, 16 Mei 2020 /PRNewswire/ -- JA Solar (SZE: 002459) mengumumkan bahawa ia bakal menganjurkan "Smart Empowerment - 2020 PV Technology Conference" ("Pemerkasaan Pintar – Persidangan Teknologi PV 2020") secara dalam talian pada 18 Mei 2020 jam 2 petang (UTC+8) untuk mengundang rakan-rakan kongsi industri global bagi membincangkan mengenai pembangunan teknologi fotovolta masa depan.
Pada tahun 2020, ketika pelbagai peluang dan cabaran timbul dalam pasaran PV global ekoran teknologi baharu yang terus muncul, terdapatnya kos pilihan peluang yang lebih tinggi berserta pencapaian teknologi dan penaiktarafan produk.
Mengehoskan webinar tersebut, JA Solar menyasarkan untuk menawarkan platform utama yang membolehkan rakan-rakan kongsi global menangani cabaran dan menemui peluang masa depan demi pembangunan produk PV, yang mana mereka boleh bersama-sama membawa penyelesaian untuk mengatasi dilema masa kini yang dihadapi oleh industri ini. Webinar ini menampilkan pakar-pakar industri yang terkemuka termasuk Profesor Martin Green, bapa fotovolta dan Wang Bohua, Setiausaha Agung Persatuan Industri Fotovolta China serta penyelesaian solar berkecekapan tinggi dan hala tuju pembangunan produk JA Solar untuk pasaran global.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200514/2804215-1-a?lang=0