omniture

PETRONAS Bekerjasama dengan TCS Transformasi Rangkaian Operasi Bersepadunya

Platform Analitik yang dihasilkan oleh Tata Consultancy Services tingkatkan Ketelusan, Ketangkasan, Responsif untuk Pengalaman Pelanggan yang lebih baik dan operasi yang optimum
Tata Consultancy Services
2020-05-18 10:31 1961

KUALA LUMPUR, Malaysiadan MUMBAI, India, 18 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Tata Consultancy Services (TCS) (BSE: 532540, NSE: TCS), sebuah organisasi perkhidmatan IT, perundingan dan penyelesaian perniagaan global, serta Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), syarikat multinasional minyak dan gas di Malaysia, mengumumkan kerjasama mereka untuk melaksanakan Projek DOVE ("Drive Optimisation Value for Enterprise").

Platform DOVE, yang dihasilkan dengan kerjasama TCS, bertujuan untuk meningkatkan ketelusan data dan etika yang tinggi serta menggalakkan kolaborasi yang lebih besar di peringkat perusahaan PETRONAS dan anak-anak syarikatnya. Projek ini telah dijalankan dengan mengambil kira informasi daripada semua syarikat operasi hilirannya (PETRONAS Downstream), dan teknologi "data analytics" telah digunakan yang mengandungi maklumat seperti pesaing dan pasaran yang dikemaskini, ramalan permintaan runcit, cadangan harga produk, dan penjadualan kapal secara "real time" yang digunakan oleh pihak pengurusan bagi membuat keputusan dengan lebih tepat dan optimum.

Selain dari itu, platform DOVE ini juga mampu meningkatkan kebolehan PETRONAS untuk bertindak balas dengan lebih pantas dan berkesan demi memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan pada masa yang akan datang.

"Di PETRONAS, strategi digital kini telah menjadi sebahagian dari rangka tindakan strategi perniagaan kami dan ia mampu menghasilkan cara kerja yang lebih inovatif. Melalui DOVE, kami dapat membuka peluang baharu untuk operasi hiliran (PETRONAS Downstream) dengan menceburi segmen lain selain mendorong focus syarikat ke arah peluang perniagaan yang masih belum pernah dimanfaatkan sebelum ini. Strategi digital ini yang digabungkan dengan element inovasi, menjadi kunci bagi memantapkan perniagaan dan memberi impak yang besar kepada kepada syarikat dan juga pelanggan kami," jelas Datuk Md Arif Mahmood, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif, Hiliran, PETRONAS.

"Kami berasa gembira kerana PETRONAS telah memilih untuk bekerjasama dengan kami bagi menjalankan program transformasi digital dan operasi dengan tujuan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka," kata Girish Ramachandran, Presiden, TCS Asia Pasifik.

"Dengan pengetahuan kontekstual mengenai industri minyak dan gas digabungkan juga dengan pemilikan harta intelek dan usaha yang inovatif, kami telah membantu perusahaan pelanggan kami untuk bersaing, beroperasi dan berkembang dengan lebih baik dalam persekitaran perniagaan yang dinamik pada hari ini."

Justeru, DOVE akan terus memberikan impak yang lebih besar kepada PETRONAS secara keseluruhannya, dan pada masa yang sama integrasi digital dan program transformasi ini mampu untuk mencapai masa depan yang mampan.

Source: Tata Consultancy Services
Related Stocks:
Bombay:532540 India:TCS India:TCS.NS
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services