WUXI, China, 20 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Pengeluar modul solar bertaraf dunia Sunport Power, baru-baru ini melancarkan modul-modul siri C dan siri D MWT berkecekapan tinggi generasi kedua. Menggunakan teknologi Metal Wrap Through (MWT) berpaten, modul-modul C6-II klasik dan D6-II hitam penuh daripada Sunport menawarkan kuasa yang lebih tinggi dan kefleksibelan aplikasi yang lebih besar.
Output Kuasa Dipertingkat
Panel-panel solar C6-II dan D6-II generasi kedua menampilkan berbilang penaiktarafan di samping peningkatan output kuasa sehingga 375W. Teknologi MWT meninggalkan reka bentuk riben pateri tradisional dan mencipta struktur saling sambung kepingan belakang konduksian, yang dapat mengelakkan tekanan pematerian dan keretakan mikro sel bagi meningkatkan keandalan dalam tempoh jangka panjang. Reka bentuk sentuhan belakang dapat menjamin sambungan sel yang stabil tanpa mengira jarak mahupun cara letak. Memanfaatkan reka bentuk susun atur modul yang dioptimumkan selanjutnya dan sel separa potong, output kuasa tambahan 40W telah ditambah pada produk-produk generasi kedua.
"Dengan matlamat kami terhadap pembangunan mampan, Sunport Power telah mempelopori pembangunan modul berasaskan MWT kami, yang menawarkan kelebihan signifikan berbanding reka bentuk modul fotovolta standard dari segi prestasi mahupun ketahanan. Syarikat kami akan terus memberi tumpuan pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk berdasarkan teknologi yang terkemuka di dunia ini, mencipta penyelesaian solar yang baharu dan inovatif untuk pasaran global," kata Martin Green, Ketua Saintis Sunport Power.
Prestasi dan Prospek Pasaran yang Cemerlang
Kejayaan cemerlang Sunport Power dalam modul PV sentuhan belakang mendorong industri fotovolta ke hadapan daripada peringkat teknologi konvensional kepada bidang panel solar berkecekapan tinggi dengan pendekatan yang berpatutan. Bagi menjadi satu-satunya pengeluar sel & modul MWT berskala-GW di dunia, modul-modul C6 dan D6 generasi pertama Sunport meraih kedudukan yang dominan dalam pasaran sasaran di beberapa negara termasuk Itali, Sepanyol, Australia dan Poland.
"Kami gembira kerana produk kami telah mendapat pengiktirafan dalam pasaran global. Sehingga kini, modul solar bumbung hitam penuh kami daripada siri D6 menyumbang sebanyak lebih 50% daripada jumlah penghantaran di Eropah," kata Dr. Fengming Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Sunport Power, "Kami juga telah menandatangani perjanjian dengan pengedar PV yang terbesar di Poland, dengan rancangan untuk menyediakan modul solar bumbung kepada lebih 40,000 isi rumah tempatan dalam dua tahun akan datang."
Perkembangan Selanjutnya
Melihatkan kejayaan luar biasa modul Siri D generasi pertama, Sunport menjangkakan minat yang tinggi terhadap produk-produk generasi baharunya di Eropah, Jepun dan juga Australia. Melalui tumpuan yang semakin meningkat terhadap teknologi MWT, Sunport mengatur kedudukan untuk menjadi pengeluar panel solar yang utama dalam teknologi solar canggih dan mencetuskan impak yang bermakna menerusi peralihan kepada tenaga hijau yang cekap.
Latar Belakang Sunport Power
Sunport Power dikhususkan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengilangan sel dan modul solar dengan kecekapan tinggi dan prestasi andal sebagai pembekal panel solar dalam teknologi MWT yang terbaik di dunia. Sejak tahun 2012, syarikat ini telah menerajui pergerakan ke arah menggantikan tenaga fosil dengan kuasa solar.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.sunportpower.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200518/2806301-1?lang=0