omniture

Firma Cina CECEP Solar Energy Technology (ZhenJiang) terokai model baharu untuk jualan modul luar negara

Tangani cabaran baharu yang dicetuskan oleh COVID-19 melalui inovasi
CECEP SOLAR
2020-05-25 08:28 318

ZHENJIANG, China, 25 Mei 2020 /PRNewswire/ -- CECEP Solar Energy Technology (ZhenJiang) Co., Ltd. telah menjalin perkongsian dengan Zhongshi Solar Energy Saving & Resources (Jiangsu) Co., Ltd. dalam usaha untuk aktif meneroka model jualan baharu untuk pasaran luar negara. Pada 18 Mei, pengerusi CECEP Solar Energy Technology (ZhenJiang) Li Jingnan menyerahkan plak kepada pengurus besar Zhongshi Solar Energy Saving & Resources (Jiangsu) Ge Xianglin dalam satu majlis penandatanganan, yang mana Zhongshi Solar Energy Saving & Resources (Jiangsu) menjadi agensi jualan untuk modul CECEP Solar Energy Technology (ZhenJiang) dalam pasaran-pasaran di luar China.

Pengerusi CECEP Solar Energy Technology (ZhenJiang) Li Jingnan menyerahkan plak berhubung jualan luar negara modulnya kepada pengurus besar Zhongshi Solar Energy Saving & Resources (Jiangsu) Ge Xianglin
Pengerusi CECEP Solar Energy Technology (ZhenJiang) Li Jingnan menyerahkan plak berhubung jualan luar negara modulnya kepada pengurus besar Zhongshi Solar Energy Saving & Resources (Jiangsu) Ge Xianglin

CECEP Solar Energy Technology (ZhenJiang) telah melakukan kemajuan penting dalam beberapa pasaran baru muncul, terutamanya Filipina, India dan Korea Selatan. Pelesenan merupakan sebahagian daripada hala tuju untuk meluaskan lagi saluran jualan luar negara dan meningkatkan bahagian pasaran di luar negara. En. Li berkata: "Dalam dunia yang sangat saling terhubung pada hari ini, ia merupakan satu trajektori semula jadi untuk firma-firma menjalin perkongsian yang strategik, berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk menginovasi. Berdasarkan kerjasama kami yang membuahkan hasil dan erat bersama Zhongshi Solar Energy Saving & Resources (Jiangsu) sepanjang tahun lalu, kami telah mencapai sinergi dari segi pengembangan pasaran, peningkatan jenama dan penaiktarafan teknologi. Pelesenan bertujuan untuk menunjukkan komitmen kami bagi mengukuhkan lagi perkongsian strategik yang sedia ada."

Bagi meningkatkan lagi daya saing pasarannya, CECEP Solar Energy Technology (ZhenJiang) telah menjalankan penaiktarafan untuk kemudahan sel dan modulnya sebagai usaha untuk memperkenalkan sel 166-185mm dan juga modul yang berkaitan. Di samping itu, bagi memenuhi permintaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, firma ini akan membina kemudahan pembuatan pintar yang berprestasi tinggi dan bersepadu, meningkatkan platform internet perindustriannya, mengintegrasikan kecerdasan ke dalam perkhidmatan pelanggannya dan mewujudkan platform pengurusan kos keseluruhan (TCM) untuk kawalan pintar dan analisis yang tepat pada waktunya dalam seluruh proses pembuatan, apabila ia berubah menjadi penyedia produk dan perkhidmatan yang bersepadu.

Kesan yang teruk akibat daripada wabak COVID-19 terhadap pasaran global telah mendorong CECEP Solar Energy Technology (ZhenJiang) untuk menangani cabaran berkenaan dengan membentuk pemacu pertumbuhan baharu, menginovasi dan mencipta peluang walaupun berdepan dengan krisis dan kesukaran.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200521/2810624-1?lang=0

Source: CECEP SOLAR
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion Licensing/marketing agreements