omniture

Guide Infrared Lapor Pertumbuhan Pendapatan Suku Pertama 20 Kali Ganda Di Tengah-tengah Ekonomi Lembap

Guide Infrared
2020-05-27 07:14 152

WUHAN, China, 27 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Guide Infrared ("Syarikat"), pengeluar Cina yang terkemuka bagi sistem pengimejan terma inframerah yang berpangkalan di China Optical Valley, telah mengeluarkan ringkasan pendapatan suku pertamanya. Dalam suku pertama, Guide Infrared dijangka meraih keuntungan sebanyak 17 juta hingga 22.6 juta USD (120 juta hingga 160 juta yuan), berkembang lebih 20 kali ganda daripada 840 ribu USD (5.97 juta yuan) dalam tempoh yang sama tahun lalu.

 

Permintaan pasaran untuk sistem pengimejan terma inframerah telah meningkat dengan ketara ekoran pandemik Coronavirus. Dikuasakan oleh rantaian bekalan dan sistem pengurusan kapasiti yang matang, setakat ini Guide Infrared telah menyerahkan lebih 30,000 set Sistem Amaran Demam IR GUIDE - sejenis sistem pengimejan terma dan amaran automatik untuk pemeriksaan demam - sejak Februari lalu.

Sebagai respons kepada jumlah kes yang semakin bertambah dan tekanan rantaian bekalan yang meningkat, Guide Infrared melancarkan satu rancangan kecemasan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi bagi membantu pekerja kembali ke kilang, lantas menghasilkan tahap pengeluaran 1,000 set peralatan sehari. Bagi membantu membendung wabak ini, kelompok Sistem Amaran Demam IR Guide telah dipasang di ruang awam dan persendirian seperti hab pengangkutan, hospital, perusahaan besar, hotel dan juga pusat membeli belah.

"Sewaktu perjuangan menentang SARS pada tahun 2003, kami berjaya membangunkan Sistem Pemeriksaan Demam IR pengimejan-terma yang pertama. Kini, 17 tahun kemudian, kami telah menaik taraf keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami bagi menghasilkan kamera pengimejan terma yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan dan teknologi pengecaman wajah bagi menjalankan pengukuran suhu yang pantas dan tepat di ruang yang luas," kata Huang Li, Pengerusi Guide Infrared.

Produk pemeriksaan demam pengimejan terma yang terkini daripada Syarikat ini terus dioptimumkan melalui penaiktarafan perisian, perkakasan dan algoritma, berdasarkan rangkaian neural pembelajaran mendalam. Bagi mempelbagaikan senario aplikasi, Guide telah memperkenalkan siri sistem pengimejan terma termasuk Sistem Amaran Demam IR dipasang tetap, Kamera Terma Pemeriksaan Demam Pegang dan pengimbas demam untuk telefon pintar.

Dengan mengambil kira isu-isu keselamatan yang dibawa oleh pandemik ini, China telah membawa Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke dalam talian, yang akan berlangsung pada 15 hingga 24 Jun, yang mana Guide akan mengambil bahagian dan mendemonstrasikan semua produk pengimejan terma yang paling laris terjual oleh Guide termasuk tiga produk yang disebutkan di atas melalui strim langsung, yang akan disediakan di Facebook rasmi Syarikat @GuideSensmart.

Latar Belakang Guide Infrared 

Ditubuhkan pada tahun 1999, Wuhan Guide Infrared Co. Ltd. ialah sebuah syarikat yang disenaraikan di Shenzhen yang memberi tumpuan pada teknologi pengimejan terma inframerah. Disokong oleh pengalaman selama 20 tahun dalam industri inframerah, Guide Infrared membangunkan kamera dan penyelesaian pengimejan terma inframerah yang berpatutan. Bertujuan untuk menjadikan teknologi inframerah lebih mesra dan boleh diakses oleh orang awam, Guide Infrared fokus untuk menghasilkan produk kegunaan harian yang direka bagi membuat pemeriksaan kuasa elektrik; penyelenggaraan kemudahan; pengutomatan industri; pemeriksaan demam; pemantauan keselamatan; penguatkuasaan undang-undang; mencari dan menyelamat serta penglihatan malam luar. www.guideir.com

Video - https://cdn5.prnasia.com/202005/guide_infrared/video.mp4

Source: Guide Infrared
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Earnings