omniture

National Business Daily: Chengdu Barat Daya China tawar peluang bina pusat penggunaan antarabangsa

National Business Daily
2020-05-28 04:36 247

CHENGDU, China, 28 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh National Business Daily:

Chengdu, Barat Daya China bakal memperkenalkan 100 pemandangan baharu dan 100 produk baharu yang memberi tumpuan pada aktiviti-aktiviti penggunaan pada hari Khamis, sebagai sebahagian daripada usaha bandar raya ini untuk membangun menjadi sebuah hab antarabangsa buat pengguna, menawarkan peluang kepada pelabur global untuk mengambil bahagian dalam pembangunannya.

Bentuk penggunaan baharu ini merupakan lanjutan daripada 8 kategori lebih besar yang meliputi pelbagai kehidupan bandar termasuk aktiviti membeli belah, sukan, budaya dan teknologi. Tempat-tempat yang terlibat termasuk kawasan membeli belah mercu tanda bandar raya tersebut di kawasan kejiranan Jalan Chunxi, blok bangunan warisan Kuanzhai Alley, taman muzik kawasan terbuka yang baru siap dan tapak pembiakan panda ikonik bandar raya tersebut.

The retail-led mixed-use development Sino-Ocean Taikoo Li in the heart of Chengdu, near the Chunxi Road shopping district. Photo/Zhang Jian (NBD)
The retail-led mixed-use development Sino-Ocean Taikoo Li in the heart of Chengdu, near the Chunxi Road shopping district. Photo/Zhang Jian (NBD)

Jerayawara akan diadakan untuk menghuraikan 8 kategori baharu tersebut. Pegawai tempatan termasuk pengarah jabatan publisiti Daerah Jinjiang dan timbalan datuk bandar Daerah Shuangliu akan menjelaskan rancangan untuk menaik taraf blok Jalan Chunxi dan kawasan lapangan terbang.

Senarai pemandangan dan produk baharu diintegrasikan dalam peta digital. Peta multimedia, yang pertama seumpamanya di China sejak wabak COVID-19 melanda, bertujuan untuk meningkatkan pendedahan pemandangan dan produk yang disenaraikan kepada bakal pelabur dan rakan kongsi.

Tambahan pula, satu pelan tindakan untuk meningkatkan perbelanjaan dengan bentuk penggunaan baharu ini akan diumumkan di acara tersebut. Menurut pelan ini, setiap tahun, Chengdu menyasarkan untuk menarik 200 jenama bagi menubuhkan kedai China pertama mereka di bandar raya tersebut dan menandatangani perjanjian lebih 40 projek penggunaan yang bernilai lebih 100 juta yuan setiap satu.

Matlamatnya adalah untuk memiliki lebih daripada 50 pemandangan penggunaan baharu yang berpengaruh yang mempunyai ciri-ciri Chengdu dan gaya antarabangsa menjelang tahun 2022.

Pemimpin perniagaan dan selebriti dari dalam dan luar negara, termasuk bekas pengarah kreatif NIKE Simon Collins, pemenang Anugerah Emmy sebanyak dua kali Mark Zaslove, pengarah perwakilan Ito-Yokado Tomihiro Saegusa dan penyanyi rap yang merupakan anak kelahiran Chengdu Wang Yitai, menyuarakan sokongan mereka melalui video terhadap cita-cita Chengdu untuk menjadi pusat penggunaan antarabangsa.

Bagi mencapai matlamat tersebut, pada bulan Mac, Chengdu berjanji untuk terus menerbitkan sejumlah 1,000 pemandangan baharu dan 1,000 produk baharu seperti yang disebutkan di atas kepada dunia, mencipta peluang untuk perusahaan, serta mewujudkan lebih banyak pilihan demi kehidupan yang baik buat berjuta-juta penduduk bandar raya tersebut.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200526/2813040-1?lang=0

Source: National Business Daily
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel