omniture

ZTE bantu China Mobile lancar platform awan pinggir perubatan 5G pertama China

ZTE Corporation
2020-06-04 05:00 3115

SHENZHEN, China, 4 Jun 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa ZTE dan China Mobile melancarkan platform awan pinggir perubatan 5G pertama China. Sebagai infrastruktur komunikasi maklumat 5G generasi baharu untuk pelanggan industri perubatan, ia merupakan platform awan pinggir pintar 5G yang pertama dalam industri, menggunakan seni bina bersepadu rangkaian-awan.

Mengintegrasikan teknologi penghirisan 5G dan pengkomputeran pinggir, platform awan pinggir perubatan 5G dapat memenuhi sebaiknya keperluan keupayaan teras untuk sambungan, pengkomputeran, storan, platform pertengahan, perkhidmatan dan keselamatan dalam industri perubatan dengan cara sehenti, lantas menyediakan perkhidmatan bersepadu rangkaian-awan yang boleh diurus dan boleh dikawal.

Awan pinggir 5G yang digunakan pada sisi pengguna dapat memendekkan laluan rangkaian dengan berkesan dan mengurangkan dengan ketara kelewatan rangkaian. Di samping itu, keupayaan jaminan sambungan yang amat andal bagi rangkaian persendirian 5G mendayakan aplikasi perubatan yang inovatif, seperti diagnosis dan pembedahan jarak jauh, bantuan AI, perubatan mudah alih dan arahan pembedahan.

Tambahan pula, awan pinggir perubatan 5G dapat melaksanakan pengurusan data raya dengan cekap terhadap penjagaan kesihatan perubatan. Sistem aplikasi perubatan pada awan pinggir dapat disalinghubungkan dengan cepat, yang mana datanya dihitung, disimpan dan diurus dengan fleksibel sebagaimana diperlukan.

Awan pinggir perubatan 5G juga dapat mengurangkan dengan ketara kos informatisasi perubatan dengan cara penggunaan berasaskan awan yang seragam pelbagai sistem aplikasi perubatan. Seni bina terbuka awan pinggir perubatan 5G dapat menyediakan pelbagai aplikasi dengan antara muka standard serta menyediakan hospital dengan penyelesaian perubatan pintar bersepadu, seterusnya membina ekosistem aplikasi perubatan pintar.

Sehingga kini, hampir 100 aplikasi perubatan Internet telah digunakan pada awan pinggir perubatan 5G China Mobile, lalu menjadikannya agak mudah untuk pesakit-pesakit mengakses pelbagai perkhidmatan perubatan.

Sebagai rakan-rakan kongsi strategik, ZTE dan China Mobile (Chengdu) Industrial Research Institute telah menubuhkan sebuah Makmal Inovasi 5G bersama yang mana kedua-dua pihak melakukan kerjasama mendalam berhubung teknologi rangkaian khusus-industri dan MEC (Pengkomputeran pinggir berbilang-akses). Di samping itu, berdasarkan penghirisan 5G, MEC, XR dan teknologi-teknologi lain, ZTE dan China Mobile (Chengdu) Industrial Research Institute telah meneroka aplikasi yang inovatif dalam bidang penjagaan kesihatan dan bidang-bidang lain, sebagai contoh, awan pinggir perubatan 5G.

Awan pinggir perubatan 5G daripada China Mobile akan mempercepatkan aplikasi berskala luas penyelesaian hospital pintar 5G generasi baharu China Mobile dan memudahkan pembangunan industri informatisasi perubatan.

Menuju ke hadapan, ZTE akan terus mengukuhkan jalinan kerjasama dengan China Mobile dan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi industri bagi menyediakan perkhidmatan rangkaian yang lebih baik dan aplikasi yang lebih pintar. ZTE akan terus menggalakkan pembinaan infrastruktur maklumat dan komunikasi baharu dalam sektor penjagaan kesihatan dan dalam masa yang sama memudahkan pembangunan industri teleperubatan, agar dapat mewujudkan era baharu penjagaan kesihatan pintar 5G.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Syarikat ini komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

ZTE memperuntukkan 10 peratus pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan serta mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services