omniture

Yingli Secara Rasmi Mulakan Proses Penstrukturan Semula Kehakiman

Yingli Green Energy Holding Company Limited
2020-06-11 10:40 392

BAODING, China, 11 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Pada 9 Jun EST, perusahaan fotovolta Yingli Green Energy Holding Co., Ltd. ("Yingli") (OTC Merah Jambu: YGEHY) mengumumkan bahawa Mahkamah Perantaraan Rakyat Perbandaran Baoding secara rasminya menerima permohonan penstrukturan semula subsidiarinya di China, iaitu Yingli Energy (China) Co., Ltd. Ini bermakna usaha penstrukturan semula hutang sepanjang lima tahun yang lalu secara rasminya telah memasuki fasa penstrukturan semula kehakiman. Seorang pentadbir telah dilantik untuk mengawasi kerja-kerja penstrukturan semula dan dijangkakan bahawa dalam beberapa bulan akan datang, satu rancangan pelaksanaan penstrukturan semula akan disusun dan dimeterai melalui keputusan kehakiman. Menurut ahli-ahli profesional undang-undang, permulaan proses kehakiman adalah penting untuk memudahkan pelaksanaan rancangan penstrukturan semula yang berkesan.

"Menerusi usaha bersama oleh jabatan-jabatan yang berkaitan dan bank-bank pemiutang utama, hala tuju dan rancangan khusus untuk penstrukturan semula pada dasarnya telah ditentukan," kata Yiyu Wang, Ketua Pegawai Kewangan Yingli Green Energy. Tugas-tugas tahap prapenstrukturan semula telah diselesaikan, seperti penilaian, pengauditan serta perumusan dan penambahbaikan rancangan penstrukturan semula. Pemiutang telah mencapai kata sepakat bahawa rancangan penstrukturan semula akan mengikuti prinsip-prinsip 'marketization' dan peraturan undang-undang. Kandungan utama rancangan penstrukturan semula termasuk penukaran sebahagian besar daripada hutang kewangan subsidiari-subsidiari PRC utama Yingli kepada kepentingan ekuiti mengawal dalam subsidiari-subsidiari, pembayaran balik sebahagian daripada hutang kewangan dan hutang-hutang belum bayar yang lain secara penuh dan teratur serta suntikan dana platform-platform pihak ketiga. Selain itu, berkemungkinan besar bahawa pelabur-pelabur strategik akan diperkenalkan tidak lama lagi bagi meningkatkan lagi kedudukan aset dan tunai serta meningkatkan kelebihan daya saing.

Demi menggalakkan penstrukturan semula yang lancar, Yingli akan bekerjasama secara aktif bersama pihak mahkamah dan pentadbir mengikut undang-undang, memenuhi kewajipannya, melindungi hak dan kepentingan yang sah semua pihak dan berkomunikasi bersama pihak-pihak yang berkaitan. Sementara itu, Yingli juga akan mengekalkan pengeluaran serta operasi berkala dan terus melaksanakan perintah dan jaminan sedia ada dalam subjek penstrukturan semula. Prestasi kontrak dan gaji tenaga buruh serta faedah-faedah pekerja tidak akan terjejas dan hak serta kepentingan undang-undang pembekal dan pelanggan akan dilindungi.

Dijangkakan bahawa selepas memasuki tempoh penstrukturan semula, Yingli akan memberi tumpuan pada pelaksanaan rancangan penstrukturan semula selain inovasi model operasi perniagaannya, pengoptimuman pengagihan kapasiti, penaiktarafan barisan pengeluaran kemudahan dan pelancaran simpanan teknologi termaju. Yingli yang baru distrukturkan semula akan kembali menjadi pembangunan yang sihat memandangkan nisbah hutangnya dijangka menurun ke tahap sederhana atau rendah dalam industri ini manakala aliran tunainya akan bertambah baik dengan ketara. Di samping itu, kepimpinan teknologi dan daya saing produk akan ditingkatkan lagi bagi menambah baik kestabilan dan daya saing rantaian bekalan industri.

 

 

Source: Yingli Green Energy Holding Company Limited
Related Stocks:
OTC:YGEHY
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy OTC/SmallCap IRW Utilities Financing agreements Restructurings/recapitalizations