omniture

Sasar Jadi Penerbit Permainan Mudah Alih Terkemuka di Indonesia, Dunia Games Telkomsel Lancar "Kolak Express 3"

Telkomsel
2020-06-17 16:33 272

JAKARTA, Indonesia, 12 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Dunia Games Telkomsel mengumumkan pelancaran permainan 'Kolak Express 3' yang sedia untuk dimuat turun pada Google Play Store. Kolak Express 3 ialah permainan keempat yang diterbitkan oleh Dunia Games. Pelancaran ini mengesahkan komitmen Telkomsel sebagai penerbit permainan mudah alih yang terkemuka di Indonesia melalui Dunia Games.

Telkomsel through Dunia Games released the latest game titled Kolak Express 3. Now available on Google Play Store
Telkomsel through Dunia Games released the latest game titled Kolak Express 3. Now available on Google Play Store

Ketua Gaya Hidup Digital Telkomsel, Crispin P Tristram berkata, "Kolak Express 3 ialah satu manifestasi komitmen Telkomsel sebagai syarikat telekomunikasi digital terkemuka yang terus melangkah ke hadapan bagi mendayakan produk dan perkhidmatan bertumpu pelanggan, termasuk dalam segmen gaya hidup digital. Susulan kejayaan pelancaran permainan genre aksi, ShellFire pada tahun 2018 dan permainan genre berperanan (role-playing), Lord of Estera pada tahun 2019 dan Rise of Nowlin pada tahun ini, kami berbesar hati untuk melancarkan permainan simulasi yang mudah dimainkan bagi menyediakan satu lagi keanekaan genre permainan dalam koleksi permainan kami. Tidak lama lagi, Kolak Express 3 akan turut disediakan kepada pemain luar negara."

Crispin menambah bahawa penggunaan data mudah alih untuk permainan mudah alih telah melonjak sebanyak 27% semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Telkomsel bertindak balas kepada data ini dengan melancarkan Kolak Express 3, satu permainan yang menggambarkan tradisi harian masyarakat Indonesia sepanjang bulan Ramadan. Permainan baharu ini merupakan sebahagian daripada inisiatif-inisiatif #DiRumahTerusTerhibur dan #DiRumahTerusMaju yang diwujudkan bagi memastikan pelanggan masih boleh dihiburkan di rumah walaupun berlakunya pandemik COVID-19.

Kolak Express 3 mencabar pemainnya untuk menjual kolak dan menyajikan keanekaan dalam kolak sebagaimana yang diminta oleh pelanggan daripada lebih 100 tahap. Konsep permainan yang ringkas dan mudah ini membolehkan Kolak Express 3 dimainkan oleh semua peringkat usia.

"Dunia Games komited untuk sentiasa menyediakan permainan dengan pelbagai genre bagi memenuhi keperluan setiap pelanggan merentas segmen. Ini juga sejajar dengan semangat ulang tahun ke-25 Telkomsel agar sentiasa mendedikasikan semua sumber bagi mencetuskan kesan positif buat masyarakat. Menuju masa depan, kami juga akan berkolaborasi dengan bakat-bakat lain dalam industri permainan mudah alih bagi memajukan e-sukan dan ekosistem permainan di Indonesia," simpul Crispin.

Dunia Games telah menganjurkan lebih daripada 1,000 acara permainan (dalam talian dan luar talian), menawarkan perkhidmatan gerbang pembayaran dan menyediakan platform media permainan & e-sukan melalui www.duniagames.co.id dan aplikasi Dunia Games yang boleh dimuat turun pada Google Play Store dan App Store.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200610/2826093-1?lang=0

 

Source: Telkomsel
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications New products/services