omniture

VALORANT Points Kini Tersedia di Codashop

Coda Payments
2020-06-18 19:39 540

SINGAPURA, 18 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Coda Payments ("Coda") dan Riot Games, pembangun League of Legends mengumumkan bahawa pemain-pemain dalam enam pasaran di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia, boleh membeli VALORANT Points di Codashop (www.codashop.com), laman sesawang di mana berjuta-juta pelanggan berkunjung untuk menambah nilai permainan kegemaran mereka setiap bulan.

VALORANT ialah permainan penembak taktikal orang pertama yang berasaskan pasukan dan main percuma (free-to-play) dengan persediaan 5v5. Dalam mod permainan utama, setiap pemain berpeluang untuk memilih Agents, watak-watak yang mempunyai kebolehan menarik seperti membina tembok, melancarkan serangan udara dan banyak lagi.

Cara Menambah Nilai VALORANT Points
Cara Menambah Nilai VALORANT Points

Sebaik sahaja transaksi selesai, VALORANT Points akan muncul dalam permainan. Tiada log masuk diperlukan di Codashop, pengguna juga tidak perlu menggunakan baucar mahupun kod PIN.

Pemain menyukai Codashop lantaran rangkaian luas kaedah bayaran tempatan popular yang diterima termasuk

  • Maxis
  • Digi
  • U Mobile
  • Celcom
  • GrabPay
  • e-dompet Touch 'n Go
  • e-dompet Boost

Coda sebagai saluran pembayaran alternatif yang eksklusif untuk pelancaran VALORANT di 6 negara pada 2 Jun 2020, akan turut menawarkan penyelesaian pembayaran untuk judul-judul akan datang Riot Games termasuk Teamfight Tactics Mobile dan League of Legends: Wild Rift.

"Misi kami di Coda adalah untuk menjadikan kandungan bertaraf dunia boleh diakses oleh semua orang," kata Philippe Limes, Ketua Pegawai Eksekutif Coda. "Melalui perkongsian ini, kami berbesar hati untuk menjadikannya mudah buat berjuta-juta pemain untuk mengambil bahagian dalam tahap persaingan baharu."

"Di Asia Tenggara, kami mengakui bahawa pilihan permainan dan pembayaran adalah amat pelbagai," kata Justin Hulog, Pengurus Besar Riot Games Asia Tenggara. "Perkongsian kami dengan Coda akan membolehkan pemain untuk mengakses dan menikmati semua permainan baharu kami yang akan datang dengan selesa dan mudah."

Latar Belakang Coda Payments 

Coda Payments (www.codapayments.com) membantu penyedia kandungan digital meraih keuntungan daripada produk dan perkhidmatan mereka dalam lebih dua puluh pasaran baru muncul. Penerbit permainan terkenal seperti PUBG Mobile dan Call of Duty: Mobile, platform penstriman seperti beIN dan Bigo Live, aplikasi janji temu seperti Tinder dan platform video-atas-permintaan seperti Viu telah bersepadu dengan Coda untuk menerima bayaran di:

  1. laman sesawang mereka sendiri menggunakan Codapay, membolehkan pengguna mereka membayar di rangkaian luas saluran pembayaran alternatif termasuk menggunakan bil pembawa terus dengan berpuluh-puluh syarikat telekomunikasi;
  2. Codashop, yang mana lebih 11 juta pengguna berkunjung setiap bulan untuk menambah nilai permainan kegemaran mereka dan perkhidmatan kandungan; dan
  3. Rakan-rakan pengedaran e-dagang Coda (Lazada, Tokopedia, Bukalapak, Shopee), syarikat telekomunikasi (Digi, XL) dan aplikasi super (Gojek) yang memanfaatkan penyelesaian xShop Coda untuk menawarkan pengguna mereka dengan pelbagai kandungan digital premium.

Coda membantu pelanggannya mengutip bayaran di Argentina, Bahrain, Bangladesh, Brazil, Kemboja, Mesir, India, Indonesia, Jepun, Kuwait, Laos, Malaysia, Mexico, Maghribi, Myanmar, Nigeria, Filipina, Rusia, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Turki dan Emiriah Arab Bersatu.

Ditubuhkan pada tahun 2011, Coda beribu pejabat di Singapura dengan pejabat-pejabat tambahan di Jakarta dan Bangkok. Ia disokong oleh Apis Partners—pengurus aset ekuiti persendirian yang melabur dalam perkhidmatan kewangan peringkat pertumbuhan dan perniagaan infrastruktur kewangan di Asia dan Afrika—dan GMO Global Payment Fund, yang mana syarikat pengurusan strategiknya ialah GMO Payment Gateway, gerbang pembayaran dalam talian yang terbesar di Jepun.

Hubungi: press@codapayments.com

Logo, untuk digunakan pada latar belakang putih sahaja: https://bit.ly/2WwV9Jz

Latar Belakang Riot Games 

Riot Games ditubuhkan pada tahun 2006 untuk membangunkan, menerbitkan dan menyokong kebanyakan permainan berfokus pemain di dunia. Riot akhirnya melancarkan Permainan bukan League of Legends utama yang pertama: VALORANT, diberi nama kod Project A. Ia diumumkan semasa strim ulang tahun ke-10 League of Legends pada Oktober 2019.

Riot terus mengembangkan permainan di samping membawa pengalaman baharu kepada pemain dengan Legends of Runeterra, VALORANT, League of Legends: Wild Rift, Teamfight Tactics dan pelbagai judul yang sedang diusahakan.

Ditubuhkan oleh Brandon Beck dan Marc Merrill, Riot beribu pejabat di Los Angeles, California dan mempunyai lebih 2,500 kakitangan Riot di lebih 20 pejabat di seluruh dunia. Riot telah ditampilkan dalam pelbagai senarai termasuk "100 Syarikat Terbaik untuk Bekerja" Fortune, "25 Syarikat Terbaik untuk Bekerja dalam bidang Teknologi", "100 Tempat Kerja Terbaik untuk Milenia" dan "50 Tempat Kerja Terbaik untuk Kefleksibelan."

Hubungi: jloh@riotgames.com

Pusat akhbar, termasuk logo: https://www.riotgames.com/en/press

Untuk lebih banyak imej: https://drive.google.com/drive/u/0/folders/10tPAUQOUEjeGnzaaIKput5L38Ssi7hVc

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200616/2832205-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200616/2832205-1logo?lang=0

Source: Coda Payments
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Contracts