omniture

Trina Solar perkenal TrinaPro Mega, penyelesaian PV pintar berkuasa ultra tinggi

Trina Solar Limited
2020-06-18 23:13 781

CHANGZHOU, China, 18 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd., penyedia penyelesaian menyeluruh bagi PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, mengumumkan pelancaran peringkat global TrinaPro Mega, satu penyelesaian PV pintar berkuasa ultra tinggi yang menampilkan modul-modul dengan output kuasa melebihi 500W. Dengan penambahbaikan selanjutnya dalam pemilihan produk dan reka bentuk bersepadu, penyelesaian ini meningkatkan prestasi sistem keseluruhan dan mengurangkan kos tenaga teraras (LCOE). Susulan penampilan sulung modul lebih 500W baharu berkuasa ultra tinggi Vertex pada Februari, TrinaPro Mega melambangkan satu lagi penanda aras untuk era output kuasa 500W, memandangkan ia membawa penyelesaian yang dioptimumkan untuk aplikasi modul Vertex dalam sistem hiliran.

Pada tahun 2018, Trina Solar memperkenalkan penyelesaian PV pintar "TrinaPro" untuk stesen janakuasa berskala besar. Berdasarkan kepada reka bentuk sistem dan algoritma perisian, penyelesaian ini mengintegrasikan modul PV dwimuka dan berkecekapan tinggi, sistem penjejakan pintar serta penyongsang andal dan membawakan perkhidmatan bersepadu dan platform pengurusan O&M pintar, menurunkan kos imbangan-sistem (BOS) sebanyak 8%-15% dan meningkatkan penjanaan kuasa sebanyak 3-8%.

Dengan tenaga solar yang menghampiri dengan pantas pariti grid, TrinaPro Mega, menerusi peranannya sebagai penyelesaian pintar berkuasa ultra tinggi yang lebih baik, mengatasi beberapa cabaran aplikasi yang dihadapi oeh sistem sedia ada. Berdasarkan kepada penyelesaian "TrinaPro", TrinaPro Mega menaik taraf pengesan rentetan panjang untuk modul kuasa lebih 500W, di samping mengintegrasikan selanjutnya modul Vertex, TCU yang dibangunkan secara bebas oleh Trina Solar, algortima penjejakan pintar dan sistem pengawasan SCADA. Untuk pelbagai senario aplikasi yang ditentukan oleh geografi yang rumit, rupa bumi yang tidak sekata dan kelajuan angin, TrinaPro Mega menyediakan pelanggan dengan penyelesaian tersuai bagi memastikan keandalan dan kecekapan sistem. Sehingga kini, DNV.GL telah menyiapkan pensijilan keboleharasan untuk penyelesaian pintar TrinaPro Mega.

Yin Rongfang, naib pengurus besar dan naib presiden Trina Solar, berkata: "Industri PV telah menerima kuasa lebih 500W sejak awal tahun ini. Sebagai perintis industri, modul Vertex mendemonstrasikan keupayaan kukuh Trina Solar terhadap inovasi dan menyediakan industri dengan platform teknikal serba baharu. Tambahan pula, Vertex memudahkan pengkomersialan teknologi baharu dan membuka jalan untuk penaiktarafan kuasa modul yang seterusnya kepada 600W.

"Berdasarkan kepada modul Vertex, kami melancarkan TrinaPro Mega sebagai langkah untuk meningkatkan nilai buat pelanggan kami melalui penaiktarafan pintar kepada penyelesaian sistem yang lebih maju. Dengan meningkatkan prestasi modul berkuasa ultra tinggi dan menurunkan LCOE, TrinaPro Mega membawakan pulangan pelaburan yang stabil," tambah Yin Rongfang.

Pautan Imej: https://www.trinasolar.com/sites/default/files/tongchuan.jpg
Kapsyen Imej: Projek kuasa PV "Top Runner" Cina di Tongchuan, Shaanxi, menggunakan penyelesaian pintar 30 MW TrinaPro. 

Latar Belakang Trina Solar (688599. SH) 

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan jualan produk PV; pembangunan projek PV, EPC dan O&M; pembangunan dan jualan sistem pelengkap grid mikro pintar dan berbilang tenaga serta operasi platform awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Internet IoT Tenaga, menubuhkan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina bersama-sama perusahaan dan institut penyelidikan yang terkemuka di China dan seluruh dunia serta menubuhkan Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu. Dengan tindakan ini, Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi membina ekosistem IoT tenaga dan membangunkan platform inovasi bagi meneroka IoT Tenaga Baharu, tatkala ia berusaha untuk menjadi peneraju dalam tenaga pintar global. Pada 10 Jun 2020, Trina Solar menerbitkan Saham-A pertama pada Shanghai Sci-Tech Innovation Board, menjadi syarikat produk PV, sistem PV dan tenaga pintar yang pertama disenaraikan pada Shanghai Stock Exchange Science and Technology Innovation Board, yang turut dikenali sebagai STAR MARKET. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

 

 

Source: Trina Solar Limited
Related Stocks:
Shanghai:688599 Shanghai:688599.SS
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services