omniture

Prestasi Audiovisual TV QLED TCL Diiktiraf dengan Pensijilan IMAX Enhanced

TCL Electronics
2020-06-24 03:08 334

HONG KONG, 24 Jun 2020 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha utama dalam industri TV global dan syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, hari ini mengumumkan pensijilan global bagi siri QLED Android X915 dengan IMAX® Enhanced untuk ciri-ciri audiovisual luar biasanya dan paparan yang besar.


"Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan dan bekerjasama dengan program yang begitu elit seperti IMAX Enhanced. TV QLED Android TCL telah memenuhi tahap piawaian tertinggi dan menjamin warna, kontras, kejelasan dan bunyi yang terbaik dalam pasaran," kata Kevin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Industries Holdings Co., Ltd. dan TCL Electronics.

TCL ialah salah satu daripada segelintir jenama TV yang memenuhi piawaian prestasi ketat yang diwujudkan oleh IMAX dan DTS. The X915 membawakan Paparan Titik Kuantum 8k (QLED) dan teknologi pengimejan HDR Dolby Vision®, penyelesaian bunyi yang utama dalam industri oleh Onkyo dan perkakasan audio imersif Dolby Atmos®.

Prestasi QLED 8K IMAX Enhanced

Dikuasakan oleh Teknologi Paparan Titik Kuantuam (QLED) dengan gamut warna ultra tinggi berukuran lebih 95% (DCI-P3) dan penerapan warna tahap 1.07 bilion, X915 memberi warna merah dengan kepekatan mendalam, warna hijau menakjubkan dan warna biru yang hebat tanpa batasan jumlah warna yang lebih rendah atau hayat lebih singkat yang terdapat dalam teknologi warna lain.

X915 turut menawarkan kualiti gambar 8K yang hebat dengan resolusi 33 juta piksel. Untuk kandungan bukan 8K, Teknologi 'Upscaling' 8K AI X915 boleh mengoptimumkannya kepada format 8K secara automatik, seraya menawarkan pengalaman 8K yang sebenar. Teknologi Pemalapan Setempat memberi kawalan cahaya belakang tepat yang meningkatkan kontras serta imejan manalaka HDR 10+ dan Dolby Vision® mengoptimumkan gambar bagi meningkatkan had penepuan warna serta memperkuatkan kontras.

Perkakasan Audio IMAX ENHANCED

X915 turut dilengkapi dengan sistem bunyi yang utama dalam industri, menampilkan perkakasan daripada Onkyo dan teknologi bunyi yang disokong oleh audio imersif Dolby Atmos.

*Spesifikasi, saiz dan ketersediaan produk mungkin berbeza mengikut kawasan. 

*Dolby, Dolby Atmos dan Dolby Vision ialah tanda dagangan berdaftar Dolby Laboratories, Inc. 

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang pantas berkembang dan pengusaha utama dalam industri TV global. Ditubuhkan pada tahun 1981, TCL mengendalikan pusat pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) miliknya sendiri di seluruh dunia dengan produk-produk dijual dalam lebih 160 negara. Menurut Sigmaintell, TCL menduduki tempat kedua dalam pasaran TV global dari segi jumlah jualan pada tahun 2019. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan barangan elektronik pengguna bermula daripada televisyen, peranti audio dan produk kediaman pintar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200622/2837177-1?lang=0

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail