omniture

Tinjauan FICO: Rakyat Malaysia Berminat dengan Biometrik kerana Mereka Terkial-kial dengan Kata Laluan Perbankan

FICO
2020-06-29 09:51 157

78 peratus rakyat Malaysia gembira dapat menyediakan biometrik kepada bank mereka 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Jun 2020 /PRNewswire/ --

Sorotan utama:

  • Tinjauan Perbankan Digital Pengguna FICO mengkaji bagaimana rakyat Malaysia melindungi maklumat kewangan mereka dalam talian tatkala pergantungan kepada perkhidmatan digital meningkat
  • 36 peratus rakyat Malaysia menggunakan satu hingga lima kata laluan dalam semua akaun mereka
  • Hanya 23 peratus rakyat Malaysia menggunakan pengurus kata laluan dan 43 peratus melaporkan meninggalkan pembelian dalam talian kerana mereka lupa maklumat log masuk mereka
  • 78 peratus rakyat Malaysia gembira dapat memberikan biometrik kepada bank mereka
How Should Malaysian Banks Identify Their Customers?
How Should Malaysian Banks Identify Their Customers?

FICO, sebuah firma perisian analitik global, telah mengeluarkan Tinjauan Perbankan Digital Pengguna, yang mendapati kadar peratusan yang tinggi rakyat Malaysia tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi kata laluan dan log masuk mereka apabila menjalankan urusan perbankan dalam talian.

Kajian berkenaan mendapati bahawa hanya 46 peratus menggunakan kata laluan yang berasingan untuk mengakses beberapa akaun; 22 peratus mempunyai dua hingga lima kata laluan yang digunakan semula oleh mereka dalam akaun-akaun; dan kadar 14 peratus yang mengejutkan menggunakan satu kata laluan dalam semua akaun. Di samping itu, 23 peratus daripada responden menggunakan pengurus kata laluan tersulit – yang mana ramai menganggapnya sebagai amalan terbaik – manakala 22 peratus menerima pakai pendekatan yang berisiko untuk mengingat semula kata laluan, seperti menulisnya dalam buku catatan.

"Memandangkan pergantungan pengguna terhadap perkhidmatan dalam talian berkembang hasil tindak balas terhadap COVID-19, penjenayah mengambil kesempatan terhadap respons ini, menyasarkan pengguna dengan aktiviti yang berniat jahat seperti memancing data dan kejuruteraan sosial," kata Subhashish Bose, ketua bahagian penipuan, keselamatan dan pematuhan FICO di Asia Pasifik. "Menerusi perintah kawalan pergerakan Malaysia, ramai rakyat Malaysia yang hanya dapat mengakses kewangan mereka secara digital, maka penting untuk terus berwaspada dan mengambil masa untuk menerima pakai amalan dengan tahap keselamatan yang terbaik."

Kajian daripada FICO menunjukkan bahawa pengguna terkial-kial untuk mengingat semula kata laluan semasa mereka. Hampir separuh daripada responden (43%) melaporkan bahawa mereka telah meninggalkan satu pembelian dalam talian kerana mereka terlupa maklumat log masuk manakala 45 peratus berkata mereka tidak dapat menyemak baki akaun. Terlupa nama pengguna dan kata laluan juga memberi kesan kepada pembukaan akaun baharu, dengan 20 peratus berkata ia telah menghalang mereka daripada berbuat demikian dengan penyedia sedia ada.

Hal ini patut diberi perhatian memandangkan pengguna lebih rela untuk menjalankan urusan perbankan dalam talian berbanding sebelum ini. Kajian tersebut mendapati bahawa 78 peratus rakyat Malaysia berkata mereka akan membuka sesuatu akaun kewangan dalam talian, seperti pinjaman peribadi (28 peratus), kad kredit (45 peratus) dan akaun transaksi harian (65 peratus).

Penerimaan terhadap Biometrik 

Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia semakin menerima biometrik, yang mana kajian tersebut mendedahkan bahawa 78 peratus gembira dapat memberi maklumat ini kepada bank mereka. Penggunaan cap jari merupakan pendekatan yang paling banyak diterima (79 peratus), imbasan wajah merupakan pendekatan kedua yang yang paling banyak diterima (38 peratus) manakala imbasan mata merupakan pendekatan terakhir yang paling banyak diterima (27 peratus). Kaedah alternatif yang lebih popular dalam kalangan rakyat Malaysia ialah analisis bagaimana mereka menaip kata laluan mereka (74 peratus), satu teknik yang dikenali sebagai biometrik tingkah laku.

Tinjauan berkenaan turut menyoal selidik rakyat Malaysia mengenai keselamatan semasa yang digunakan apabila melog masuk ke aplikasi perbankan mudah alih mereka selain daripada nama pengguna dan kata laluan biasa. Lima alternatif keselamatan yang paling banyak digunakan ialah:

  • Kod laluan guna sekali melalui SMS (63 peratus)
  • Imbasan cap jari (39 peratus)
  • Kod laluan guna sekali melalui emel (33 peratus)
  • Kod laluan guna sekali yang dihasilkan oleh peranti yang dibekalkan oleh bank (30 peratus)
  • Imbasan wajah (23 peratus)

"Memandangkan perkhidmatan digital kini merupakan bahagian penting dalam kehidupan kita, amat penting untuk pengguna melindungi diri mereka daripada komplot dan penipuan dalam talian," kata Bose. "Rakyat Malaysia mempunyai kadar penggunaan kod laluan guna sekali oleh SMS tertinggi daripada kesemua sepuluh negara yang disoal selidik, namun mereka juga bersedia untuk menerima pakai biometrik tambahan bagi melindungi akaun mereka. Institusi kewangan dan pengguna Malaysia menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menerima pakai teknologi pengesahan yang lebih selamat dalam usaha untuk terus dilindungi daripada penipu dalam talian."

Tinjauan Perbankan Digital Pengguna FICO dihasilkan menggunakan tinjauan kuantitatif dalam talian melibatkan 5,000 orang dewasa (18 ke atas) merentas sepuluh negara yang dijalankan bagi pihak FICO oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas. Negara-negara yang disoal selidik ialah: Brazil, Kanada, Jerman, Malaysia, Mexico, Filipina, Sweden, Turki, UK dan AS.

Latar Belakang FICO
FICO (NYSE: FICO) memperkasa keputusan yang dapat membantu orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia berkembang maju. Diasaskan pada tahun 1956 dan berpangkalan di Silicon Valley, syarikat ini merupakan pelopor bagi penggunaan analitik prediktif dan sains data untuk menambah baik keputusan operasi. FICO memegang lebih 195 paten AS dan luar negara untuk teknologi-teknologi yang meningkatkan keuntungan, kepuasan pelanggan dan pertumbuhan untuk perniagaan dalam industri perkhidmatan kewangan, pengilangan, telekomunikasi, rawatan kesihatan, peruncitan dan banyak lagi industri lain. Dengan menggunakaan penyelesaian FICO, perniagaan-perniagaan di lebih 100 negara dapat melakukan segala-galanya bermula dengan melindungi 2.6 bilion kad bayaran daripada penipuan, kepada membantu orang ramai memperoleh kredit, bagi memastikan berjuta-juta kapal terbang dan kereta sewa berada di tempat yang betul, tepat pada masanya.

Sertai perbualan di Twitter melalui @FICOnews_APAC.

FICO ialah tanda dagangan berdaftar Fair Isaac Corporation di AS dan negara-negara lain

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1196957/fico_survey_consumer_digital_banking_survey.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/450763/FICO_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: FICO
Related Stocks:
NYSE:FICO
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Biometrics Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Survey, Polls & Research Data Analytics Financial Technology