omniture

XCMG Mulakan Kejohanan "Wira Industri Penyodok" China 2020 di Xi'an

XCMG
2020-06-30 19:46 393

XI'AN, China, 30 Jun 2020 /PR Newswire/ -- XCMG (SHE: 000425), pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka, telah memulakan Kejohanan "Shovel Industry Heroes" ("Wira Industri Penyodok") 2020 ("Kejohanan") di Xi'an, China untuk meraikan dan menyokong pengendali jentera angkut, sekali gus menonjolkan kekuatan teknologi serta produk XCMG.

XCMG Mulakan Kejohanan “Wira Industri Penyodok” China 2020 di Xi’an
XCMG Mulakan Kejohanan “Wira Industri Penyodok” China 2020 di Xi’an

Sejumlah 22 pengendali dari Xi'an dan bandar-bandar berdekatan bersaing dalam pertandingan pertama musim kelima Kejohanan ini. Model yang dipilih untuk pertandingan di Xi'an ialah jentera pengangkut beroda LW600KV, model menjimatkan tenaga dan berprestasi tinggi daripada siri V yang merealisasikan pengagihan kuasa automatik dengan teknologi pengagihan dwi-pam yang canggih.

"Permulaan yang tidak lancar pada tahun 2020 telah mengakibatkan banyak projek pembinaan terhenti, Kejohanan ini memberikan kami platform untuk mempersembahkan kemahiran kami sambil belajar teknik-teknik baharu untuk menebus masa yang telah hilang," kata Wang Baohui, salah seorang pesaing. "LW600KV mempunyai reka bentuk yang mesra pengguna, ini merupakan kali pertama saya memandu jentera pengangkut dan saya dapat menyiapkan tugasan dengan lancar, prestasi tugas berat tersebut benar-benar mengejutkan saya."

Pengendali bersaing secara perseorangan di lapangan bagi menjamin jarak sosial dan mereka diadili dan disenaraikan berdasarkan jumlah berat yang disodok, penggunaan bahan api dan masa yang digunakan untuk menyiapkan tugasan.

"Kejohanan ini merupakan pertandingan pertama dalam industri ini sejak wabak COVID-19 mula stabil dan pertama kali 'wira penyodok' kami berhimpun pada tahun 2020, XCMG komited untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengeluar jentera pembinaan utama dan kami berharap agar dapat meningkatkan keyakinan dan daya hidup industri jentera angkut, dan lebih penting, meraikan wira sederhana dalam kehidupan," kata Wang Qingzhu, Naib Presiden Jentera Pembinaan XCMG dan Pengurus Besar Bahagian Jentera Tolak Tanah XCMG.

Mendorong dan menyokong pengendali sentiasa menjadi bahagian penting dalam strategi pembangunan XCMG. XCMG akan menjalankan beberapa kursus latihan pengendali dan bakat pada separuh kedua tahun 2020. Bermula pada Julai ini, kursus latihan pengendali baharu XCMG akan melatih 200 pengendali kren trak, rig penggerudian putar, jentera angkut, mesin pengorek, penggelek jalan, perata tanah dan penurap melalui tiga sesi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200629/2843506-2?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Transportation