omniture

Kunci kepada Pemulihan Ekonomi Global: Satu Permulaan Semula Sepenuhnya bagi Industri Pameran

wire & Tube China 2020 akan bertemu anda seperti yang dijadualkan pada September ini untuk mendorong pemulihan ekonomi global.
Messe Düsseldorf (Shanghai) Co Ltd
2020-07-07 10:00 512

SHANGHAI, 7 July, 2020 /PRNewswire/ -- Pada masa ini, wabak COVID-19 telah dapat dikawal dengan berkesan di China dan beberapa negara luar telah dapat menstabilkan keadaan wabak setelah beberapa bulan melaksanakan sekatan perjalanan. Memandangkan industri pameran penting untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan rentas wilayah, satu garis panduan mengenai pencegahan dan kawalan COVID-19 dikeluarkan oleh Majlis Negeri China pada bulan Mei mengisytiharkan bahawa segala bentuk persidangan dan pameran yang diperlukan boleh diadakan dengan langkah-langkah kebersihan di lapangan berpiawaian tinggi dan pengurusan kakitangan yang betul.

Semasa berlakunya pandemik, pihak penganjur wire & Tube China, Messe Dusseldorf (Shanghai) Co Ltd, Shanghai Electric Cable Research Institute Co Ltd dan Metallurgical Council of China Council for the Promotion of International Trade (MC-CCPIT) memberi perhatian penuh terhadap perubahan dalam keadaan domestik dan antarabangsa. Di samping penubuhan pasukan kecemasan bersama, pihak penganjur aktif mencipta model baharu gabungan pameran "luar talian + dalam talian", yang bukan sahaja dapat merancakkan pameran tersebut, tetapi turut memecah sempadan masa dan ruang untuk menghubungkan pempamer dengan pembeli.

Sebaliknya, ramai pempamer masih menunjukkan kepercayaan mereka terhadap wire & Tube China. Setakat ini, lebih 600 syarikat telah mengesahkan penyertaan mereka dalam wire China dan hampir 340 syarikat telah menghantar permohonan tempahan untuk Tube China. Astaka negara dan wilayah dari Jerman, Austria, Perancis, Itali, Korea, Jepun dan China Taiwan dijangka turut menyertai pameran tersebut.

Menjamin kesihatan dan keselamatan setiap peserta sentiasa menjadi keutamaan tertinggi. Pihak penganjur akan mengikuti garis panduan perlindungan COVID-19 dengan tegas dan menyediakan semua peserta dengan platform komunikasi yang selamat. Sebagai respons kepada langkah-langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 di Shanghai, semua peserta perlu melakukan pendaftaran nama-sebenar secara dalam talian sebelum berlangsungnya acara tersebut, kemudian menunjukkan kod kesihatan serta mengambil suhu di lapangan. Klik di sini untuk mendaftar dan mendapatkan pas.

Untuk maklumat lanjut mengenai pameran dan pempamer, sila kunjungi laman sesawang rasmi: www.wirechina.net; www.tubechina.net; atau ikuti kami di LinkedIn: www.linkedin.com/company/wire-tube-china/.

Hubungan Akhbar
Cik Karen Bu / Cik Stephanie Su
Messe Dusseldorf (Shanghai) Co., Ltd.
Tel: +86-21-6169 8307 / -8343
Faks: +86-21-6169 8301
karen.bu@mds.cn / stephanie.su@mds.cn
www.mds.cn

 

Source: Messe Düsseldorf (Shanghai) Co Ltd
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Oil/Energy Utilities Trade show news