omniture

Hikvision perkenal siri khusus dalam barisan kamera DeepinView

Kamera dalam Subsiri Dedicated ini dilengkapi dengan pelbagai algoritma khusus yang boleh dipilih dan dihubungkan secara diskret mengikut keperluan pemasangan, kemudian ditukar memandangkan keperluan keselamatan berubah
Hikvision Digital Technology
2020-07-09 01:46 214

HANGZHOU, China, Julai 2020 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan terasnya, hari ini mengumumkan satu penambahan serba baharu ke dalam barisan kamera DeepinView: Subsiri Dedicated. Penambahan baharu yang belum pernah terjadi sebelumnya ini memuatkan himpunan algoritma pembelajaran mendalam berkuasa AI ke dalam setiap unit, menawarkan prestasi yang mengagumkan dan harga yang berkesan kos.

Hikvision Dedicated DeepinView
Hikvision Dedicated DeepinView

Keupayaan AI dipertingkat

Sejak beberapa tahun yang lalu, kecerdasan buatan (AI) telah diaplikasikan menerusi banyak cara dalam pasaran keselamatan. Tatkala teknologi mencapai kemajuan, prestasi cip set AI telah bertambah baik untuk mendayakan kuasa pengkomputeran yang besar-besar menggunakan pelbagai algoritma dan menyumbang kepada fungsi berbilang kecerdasan dan ketepatan lebih tinggi. Kamera Dedicated DeepinView baharu merupakan contoh kemajuan ini, menggabungkan beberapa algoritma pembelajaran mendalam berkuasa AI dalam satu unit. Tambahan pula, algoritma ini boleh ditukar ganti yang secara asasnya meletakkan 5 atau 6 kamera unik dalam satu perumah.

"Membenamkan algortima boleh ditukar ganti merupakan langkah penting untuk diambil oleh Hikvision dalam pembangunan produk AInya. Dalam dunia dengan teknologi dan fungsi yang sentiasa berubah-ubah, pendekatan ini mencipta nilai hebat buat pengguna akhir untuk mencuba teknologi baharu bagi menjamin keselamatan, selain melaksanakan kepintaran perniagaan dan aplikasi lain," kata Frank Zhang, Presiden International Product and Solution Center di Hikvision. "Faedah-faedah penawaran baharu kami sangat banyak termasuk kos yang dikurangkan, kecekapan yang lebih baik dan respons kejadian yang pantas dan berkesan."

Algoritma boleh ditukar ganti

Kamera Dedicated DeepinView menggabungkan dua kategori produk – kategori pertama ialah analisis kenderaan yang mana kamera menggabungkan pengecaman nombor plat automatik (ANPR) dengan pengecaman atribut kenderaan. Atribut termasuk jenama, warna dan arah pergerakan kenderaan. Kegunaan biasa termasuk pemasangan di pusat pemeriksaan jalan raya bandar dan di pintu masuk & keluar bangunan atau taman perindustrian.

Model dalam kategori kedua mempunyai enam algoritma pembelajaran mendalam boleh ditukar ganti dalam satu perumah kamera termasuk pengecaman wajah, pengiraan muka, pengesanan topi keselamatan, perlindungan perimeter, pengurusan giliran dan pengesanan pelbagai jenis sasaran (mengesan pelbagai sasaran dan pelbagai jenis sasaran sekali gus). Oleh itu, pengguna hanya perlu mendayakan algoritma secara manual untuk kegunaan khusus, kemudiannya menukar algoritma seperti mana yang diperlukan.

Ini merupakan satu contohnya: pengesanan topi keselamatan. Algoritma ini boleh digunakan di tapak pembinaan bagi menjamin keselamatan dan pematuhan. Kamera DeepinView yang dilengkapi khas boleh membezakan dengan tepat pekerja di tapak pembinaan yang memakai topi keselamatan daripada mereka yang tidak memakainya dan memberi amaran secara automatik apabila pelanggaran pemakaian topi keselamatan dikesan.

Satu lagi contoh: dalam persekitaran runcit, fungsi kiraan muka dapat didayakan untuk mengira dengan tepat pelanggan yang masuk dan keluar dari kedai. Pelanggan berulang dan kakitangan kedai boleh dikecualikan secara automatik dalam proses ini, lalu membantu pengurus kedai untuk mengira pelanggan baharu dengan tepat.

Kefleksibelan antara algoritma membolehkan pengguna untuk turut bertukar antara:

Perlindungan perimeter – untuk memantau kawasan luar yang memerlukan pengawasan keselamatan dan memberi amaran bahaya yang tepat apabila berlaku pencerobohan.

Pengecaman wajah – untuk memberi akses yang dibenarkan ke kawasan larangan dalam pelbagai organisasi, seperti makmal sekolah, bilik arkib dan farmasi hospital.

Pengurusan giliran – untuk memahami dengan lebih baik masa menunggu pelanggan, mengoptimumkan tahap kakitangan dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

Kejelasan HD, malam dan siang

Dilengkapi dengan teknologi DarkFighter dan LightFighter Hikvision, kamera ini menangkap imej yang terang dan berwarna dalam persekitaran yang amat rendah cahaya atau dalam suasana dengan cahaya belakang yang kuat yang mana keseimbangan antara warna dan kecerahan adalah amat sukar. Mod Penstriman Lancar dapat menjamin suapan langsung yang lebih berkualiti tinggi.

Kamera Dedicated DeepinView disediakan dengan resolusi 2, 4, 8 dan 12 MP untuk dipilih oleh pelanggan.

Lebih banyak ciri praktikal dan boleh digunakan

Selain itu, metadata disokong untuk membolehkan platform pihak ketiga menerima data daripada kamera Hikvision untuk analisis video masa sebenar atau direkodkan ke dalam arkib rakaman bagi membolehkan pencarian bukti forensik yang pantas.

Akhir sekali, model kamera ini turut menawarkan Pengesanan Getaran untuk kegunaan luar, yang dapat mengesan dan memaklumkan pengguna mengenai vandalisme.

Ketahui lebih lanjut 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kamera Hikvision Dedicated DeepinView baharu, sila kunjungi https://www.hikvision.com/en/products/IP-Products/Network-Cameras/DeepinView-Series/, kata kunci: 7 series.

### 

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia penyelesaian IoT dengan video secara kecekapan terasnya. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang luas dan amat mahir, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kepintaran perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang dapat mendayakan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan terbaik untuk produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200707/2850057-1?lang=0

 

 

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services