omniture

Air Products, ACWA Power dan NEOM Tandatangani Perjanjian untuk Kemudahan Pengeluaran $5 Bilion di NEOM Dikuasakan oleh Tenaga Boleh Diperbaharui untuk Penghasilan dan Eksport Hidrogen Hijau ke Pasaran Global

Air Products
2020-07-09 10:13 497

Projek Hidrogen Hijau Terbesar Dunia Akan Bekalkan 650 Tan Sehari Hidrogen Bebas Karbon untuk Pengangkutan Seluruh Dunia dan Menyelamatkan Dunia Daripada Tiga Juta Tan Setahun CO2  

LEHIGH VALLEY, Pennsylvania, 9 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Air Products, bersama-sama ACWA Power dan NEOM, mengumumkan penandatanganan perjanjian untuk kemudahan penghasilan amonia berasaskan hidrogen hijau berskala dunia bernilai $5 bilion yang dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui. Projek ini, yang akan dimiliki secara sama rata oleh tiga rakan kongsi berkenaan, akan ditempatkan di NEOM, model baharu untuk kehidupan lestari yang terletak di sudut barat laut Kerajaan Arab Saudi dan akan menghasilkan amonia hijau bagi tujuan eksport ke pasaran global.

Projek usaha sama ini merupakan perkongsian pertama untuk NEOM bersama rakan-rakan kongsi antarabangsa dan kebangsaan yang terkemuka dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan ia akan menjadi asas untuk strateginya bagi menjadi pengusaha utama dalam pasaran hidrogen global. Ia berasaskan teknologi bertaraf dunia yang terbukti dan akan melibatkan integrasi inovatif lebih empat gigawatt kuasa boleh diperbaharui daripada kuasa solar, angin dan simpanan; pengeluaran 650 tan sehari hidrogen melalui elektrolisis menggunakan teknologi thyssenkrupp; penghasilan nitrogen dengan pemisahan udara menggunakan teknologi Air Products; dan penghasilan 1.2 juta tan setahun amonia hijau menggunakan teknologi Haldor Topsoe. Projek ini dijadualkan untuk beroperasi pada tahun 2025.

Air Products akan menjadi pembeli eksklusif amonia hijau dan berhasrat untuk mengangkutnya ke seluruh dunia untuk dipisahkan bagi menghasilkan hidrogen hijau untuk pasaran pengangkutan.

"Kami berbesar hati dan berbangga dapat bekerjasama dengan ACWA Power dan NEOM serta menggunakan teknologi terbukti untuk menjadikan impian dunia terhadap tenaga hijau 100 peratus sebagai suatu kenyataan," kata Seifi Ghasemi, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Products. "Memanfaatkan profil unik matahari dan angin NEOM untuk menukarkan air kepada hidrogen, projek ini akan menghasilkan sumber tenaga yang benar-benar bersih secara besar-besaran dan akan menyelamatkan dunia daripada tiga juta tan emisi gas CO2 setiap tahun dan menyingkirkan emisi pembentuk asbut dan bahan pencemar lain daripada jumlah yang bersamaan dengan lebih 700,000 buah kereta."

Mohammad A. Abunayyan, Pengerusi ACWA Power, berkata, "Berasaskan daripada kepercayaan kami terhadap Wawasan 2030 dan aspirasi YAM Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk NEOM bagi menjadi pelopor global bagi kehidupan lestari, Lembaga Pengarah dan Pengurusan ACWA Power berbangga dapat mengambil bahagian dalam pelaburan perintis dan pertama seumpamanya ini di dunia. ACWA Power memegang rekod prestasi terbukti dalam memanfaatkan teknologi boleh diperbaharui yang rintis untuk memberi kuasa bebas karbon pada kos yang paling rendah. Dengan pengalaman global kami, kami yakin bahawa kolaborasi kami bersama syarikat yang utama dalam industri seperti Air Products akan dapat mewujudkan peluang penting dalam penghasilan hidrogen hijau dan mendorong kami menerusi matlamat kami untuk membantu negara-negara memenuhi sasaran tenaga bersih mereka dan menonjolkan faedah-faedah sosioekonomi yang penting. Berpusat di Kluster Perindustrian NEOM dan didayakan oleh mandat uniknya, pelaburan ini akan mengintegrasikan dan menyetempatkan teknologi canggih yang akan memanfaatkan kuasa solar dan angin bagi menghasilkan tenaga mesra alam yang lestari dan boleh dicapai di seluruh dunia."

Ketua Pegawai Eksekutif NEOM, Nadhmi Al Nasr, berkata, "Perkongsian ini memperlihatkan komitmen mendalam kami untuk membangunkan masyarakat positif karbon yang akan menjadi lambang kehidupan lestari dan penyelesaian untuk banyak cabaran alam sekitar yang dihadapi oleh dunia. Ini menunjukkan keupayaan NEOM untuk mewujudkan peluang perkongsian yang signifikan buat pelabur antarabangsa dan nasional. Ini merupakan detik penting bagi pembangunan NEOM dan elemen penting dalam Wawasan Saudi 2030 yang menyumbang kepada strategi tenaga bersih dan ekonomi karbon pusingan Kerajaan ini. Sebagai projek hidrogen boleh diperbaharui yang terbesar di dunia, Lembaga Pengarah NEOM, dipimpin oleh YAM Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan pasukan Eksekutif syarikat berbesar hati untuk mengumumkan pencapaian penting ini untuk NEOM bagi menjadi peneraju global dalam penghasilan hidrogen hijau dan bahan api mesra alam. Kami juga teruja kerana dua organisasi bertaraf dunia, Air Products dan ACWA Power, telah menyertai kami untuk membangunkan projek utama ini, yang pertama daripada banyak pembangunan pada skala ini yang akan meletakkan NEOM sebagai tumpuan dalam masyarakat masa depan yang baharu."

Latar Belakang Air Products

Air Products (NYSE:APD) ialah sebuah syarikat gas industri yang terkemuka di dunia dan beroperasi selama hampir 80 tahun. Air Products kini merupakan pembekal hidrogen yang terbesar di dunia. Memberi tumpuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pasaran tenaga, persekitaran dan pasaran baru muncul, Syarikat ini menyediakan gas industri yang penting, peralatan berkaitan dan kepakaran aplikasi kepada pelanggan dalam berpuluh-puluh industri termasuk penapisan, bahan kimia, logam, elektronik, pengilangan serta makanan dan minuman. Air Products juga merupakan peneraju global dalam membekalkan teknologi dan peralatan proses gas asli cecair. Syarikat ini membangunkan, merekayasa, membina, memiliki dan mengendalikan beberapa projek gas industri yang terbesar di dunia, termasuk projek pengegasan yang menukarkan secara lestari sumber asli yang banyak kepada singas bagi pengeluaran kuasa, bahan api dan bahan kimia bernilai tinggi.

Syarikat ini memiliki jualan fiskal tahun 2019 sebanyak $8.9 bilion daripada operasi-operasi di 50 negara dan mempunyai permodalan pasaran semasa bernilai kira-kira $55 bilion. Lebih daripada 17,000 pekerja yang bersemangat, berbakat dan komited daripada pelbagai latar belakang didorong oleh tujuan lebih tinggi Air Products untuk mencipta penyelesaian inovatif yang dapat memberi manfaat kepada alam sekitar, meningkatkan kelestarian dan menangani cabaran yang dihadapi oleh pelanggan, komuniti dan dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi airproducts.com atau ikuti kami di LinkedInTwitterFacebook atau Instagram.

Panggilan Pelabur Air Products untuk Berbincang mengenai Projek Ini: 8:30 pagi USET pada 7 Julai 2020 

*Butiran Panggilan Pelabur Air Products 
Air Products akan mengadakan panggilan persidangan pada hari Selasa, 7 Julai 2020 jam 8:30 pagi USET untuk berbincang mengenai projek ini. Telesidang ini akan dibuka kepada orang awam dan rakan media dalam mod dengar-sahaja melalui telefon dan siaran Internet.

Telesidang secara langsung: 323-994-2082
Kod laluan: 3757916
Siaran/slaid internet: Disediakan di halaman Butiran Acara (Event Details) di laman sesawang Perhubungan Pelabur Air Products. 

Ulangan telefon: 
888-203-1112 (domestik) atau 719-457-0820 (antarabangsa) 
Kod laluan: 3757916
Tersedia mulai 12:30 tengah hari USET pada 7 Julai 2020 hingga 12:30 tengah hari USET pada 14 Julai 2020. 
Ulangan internet: Disediakan di halaman Butiran Acara (Event Details) di laman sesawang Perhubungan Pelabur Air Products.

Siaran akbar ini mengandungi "kenyataan pandang ke hadapan" dalam peruntukan perlindungan selamat Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan dan andaian pihak pengurusan pada tarikh siaran akhbar ini dan bukan jaminan prestasi masa depan. Walaupun kenyataan pandang ke hadapan dibuat dengan penuh percaya dan berdasarkan andaian, jangkaan dan unjuran yang dipercayai oleh pihak pengurusan sebagai munasabah mengikut maklumat yang tersedia pada masa kini, prestasi sebenar dan keputusan kewangan mungkin berbeza dengan ketara daripada unjuran dan anggaran yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan disebabkan oleh banyak faktor termasuk, tanpa had, yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan Air Products pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir pada 30 September 2019. Kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, Air Products menolak sebarang kewajipan atau janji untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran ini bagi memperlihatkan apa-apa perubahan terhadap andaian, kepercayaan atau jangkaan atau apa-apa perubahan dalam peristiwa, keadaan atau situasi yang melaluinya mana-mana kenyataan pandang ke hadapan dibuat berdasarkannya.   

Latar Belakang ACWA Power

ACWA Power ialah pembangun, pelabur dan pengendali bagi penjanaan kuasa dan kilang pengeluaran air suling. Didaftarkan dan ditubuhkan pada tahun 2004 di Riyadh, Arab Saudi, ACWA Power menggaji lebih 3,500 orang dan kini berada di 12 negara di Timur Tengah, Afrika, Asia Tengah dan Asia Tenggara. Portfolio ACWA Power melibatkan 59 aset dengan nilai pelaburan mencecah USD 48.8 bilion, menghasilkan 34 GW kuasa dan 5.9 juta m3/hari air suling yang dihantar secara pukal bagi memenuhi keperluan utiliti dan industri negeri dalam tempoh jangka panjang, kontrak pembeli di bawah penyumberan luar perkhidmatan utiliti dan model Perkongsian-Awam-Swasta. Misi ACWA Power adalah untuk menghantar kuasa elektrik dan air suling dengan andal pada kos yang rendah, seterusnya menyumbang dengan berkesan terhadap pembangunan mampan, sosial dan ekonomi untuk masyarakat dan negara. ACWA Power komited terhadap nilai-nilai Keselamatan, Kakitangan dan Prestasi dalam menjalankan perniagaannya merentas semua geografi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.acwapower.com

Latar Belakang NEOM

NEOM ialah pendorong kemajuan manusia dan suatu visi yang akan memberi gambaran tentang rupa Masa Depan Baharu. Ia merupakan sebuah wilayah di barat laut Arab Saudi di Laut Merah yang dibina dengan teliti sebagai sebuah makmal kehidupan – tempat di mana keusahawanan akan menentukan hala tuju untuk Masa Depan Baharu ini. Ia akan menjadi sebuah destinasi dan pusat buat orang ramai yang mempunyai impian yang besar dan ingin menjadi sebahagian daripada usaha untuk membina model baharu bagi kebolehan hidup yang luar biasa, mencipta perniagaan yang berkembang maju dan mencipta semula pemuliharaan alam sekitar.

NEOM akan menjadi pusat dan tempat kerja kepada lebih sejuta penduduk dari seluruh dunia. Ia akan mempunyai bandar raya dan bandar, pelabuhan dan zon perusahaan, pusat penyelidikan, tempat sukan dan hiburan serta destinasi pelancong. Sebagai hab untuk inovasi, para usahawan, pemimpin perniagaan dan syarikat akan datang untuk mengkaji, menginkubasi dan mengkomersialkan teknologi serta perusahaan baharu dengan cara yang rintis. Penduduk NEOM akan mewujudkan etos antarabangsa dan menerima budaya penerokaan, pengambilan risiko dan kepelbagaian - semuanya disokong oleh undang-undang progresif yang serasi dengan norma antarabangsa dan kondusif untuk pertumbuhan ekonomi. Untuk maklumat lanjut emelkan kepada media@neom.com; atau sila ke newsroom.neom.com atau kunjungi www.neom.com

 

Source: Air Products
Related Stocks:
NYSE:APD
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Conference call announcements Contracts Joint ventures New products/services