omniture

Schindler tetapkan piawaian industri perancangan trafik

Schindler Group
2020-07-16 02:37 872

HONG KONG, 16 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Schindler menetapkan piawaian global moden yang pertama untuk perancangan lif yang kini akan diterima pakai oleh industri lif.

Piawaian ISO dibangunkan di peringkat antarabangsa oleh pakar-pakar dan dipersetujui oleh organisasi-organisasi piawaian kebangsaan. Anggaplah piawaian sebagai satu himpunan peraturan yang menerangkan cara terbaik untuk melakukan sesuatu.

Schindler tetapkan piawaian industri perancangan trafik
Schindler tetapkan piawaian industri perancangan trafik


 



Schindler memainkan peranan penentuan dalam ISO bagi menetapkan piawaian global moden yang pertama untuk merancang dan memilih lif dalam bangunan. Kaedah berasaskan simulasi daripada Schindler dan kriteria reka bentuk yang sepadan kini disahkan oleh norma global ISO 8100-32:2020 dan piawaian ini akan diterima pakai oleh industri lif. Piawaian baharu ini memberi panduan untuk menilai keperluan pengangkutan dalam sebuah bangunan dengan betul dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi memilih pemasangan lif yang sesuai.

Peranan utama Schindler dalam perancangan trafik andal

"Norma ISO ini menekankan peranan penting oleh Schindler dalam perancangan trafik yang andal. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam industri bangunan, kami berbangga dapat menjadi pelopor yang mendayakan asas perancangan biasa yang akan memudahkan perancangan trafik bangunan dan memberi manfaat kepada perancang dan arkitek dengan lebih keselamatan apabila merancang pemasangan lif," kata Lukas Finschi, Ketua Pengurusan Trafik Bangunan Schindler.

Piawaian ini memberi panduan untuk memilih kaedah perancangan dan pemilihan trafik yang paling sesuai. Untuk maklumat lanjut: https://www.iso.org/standard/73084.html

ISO mengalu-alukan piawaian global baharu

"Kami mengalu-alukan piawaian global baharu ini memandangkan ia menyediakan asas perancangan biasa yang akan membantu arkitek dan perancang apabila mereka bentuk dan merancang lif dalam pelbagai bangunan, lalu memberikan mereka lebih keselamatan dalam merancang pemasangan lif. Piawaian ini turut menunjukkan hasil daripada prinsip konsensus dalam ISO yang mana dalam suatu usaha global 28 negara mengambil bahagian dalam jawatankuasa teknikal ISO ISO/TC 178 dan kesemua maklum balas mereka telah disepadukan semasa proses pembangunan piawaian," kata Gero Gschwendtner, Pengerusi ISO/TC 178, Lif, eskalator dan laluan pejalan kaki bergerak.

Latar Belakang Schindler:

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia utama bertaraf global untuk lift, eskalator dan perkhidmatan berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih daripada 1.5 bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat berdirinya lebih 65,000 kakitangan di lebih 100 negara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200715/2858258-1?lang=0 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO?lang=0 

 

 

Source: Schindler Group
Keywords: Construction/Building Broadcast feed announcements New products/services