omniture

CIFF Guangzhou 2020 Mulai 27- 30 Julai: Pameran Perabot Berskala Besar Pertama Seumpamanya Tahun Ini

China International Furniture Fair (Guangzhou)
2020-07-17 01:07 856

GUANGZHOU, China, 17 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China kali ke-45 (Guangzhou) ("CIFF Guangzhou"), pameran perabot berskala besar yang pertama seumpamanya pada tahun ini di China, yang mencakupi seluruh rantaian industri, akan diadakan di Kompleks Pameran Import dan Eksport China ("Kompleks Pameran Canton") di Guangzhou mulai 27 hingga 30 Julai. Tahun ini, CIFF Guangzhou akan mengadakan pameran serta acara dalam talian dan di tapak pameran dengan misi untuk mendorong pemulihan dan merangsang pertumbuhan.

CIFF Guangzhou 2020 Mulai 27- 30 Julai: Pameran Perabot Berskala Besar Pertama Seumpamanya Tahun Ini
CIFF Guangzhou 2020 Mulai 27- 30 Julai: Pameran Perabot Berskala Besar Pertama Seumpamanya Tahun Ini

Di tapak pameran, perabot rumah, hiasan rumah dan tekstil rumah, perabot luar rumah, perabot pejabat dan hotel serta perabot komersial, selain jentera perabot dan bahan mentah, akan dipamerkan di Kawasan A, B dan C Kompleks ini. CIFF Guangzhou turut bekerjasama dengan beberapa peneraju industri yang utama pada tahun ini untuk menganjurkan beberapa acara dan pameran bertema.

Persidangan Trend Industri Perabot Global 2020, yang akan diadakan serentak dengan pameran ini, akan menghimpunkan pengusaha antarabangsa yang terkemuka dalam seluruh industri ini. Mereka akan memberi panduan berpandangan jauh dengan tumpuan diberikan pada bagaimana untuk mengaplikasikan pendekatan profesional dan berorientasi pasaran bagi peluasan lanjutan industri ini ke seluruh dunia.

Pameran Reka Bentuk Perabot Cina Kontemporari "Design Spring" akan diadakan di Kawasan A, Dewan 3.2 yang melaluinya banyak pereka perabot dan hiasan rumah yang terkemuka diundang sebagai kurator bersama. Tumpuan akan diberikan pada bagaimana untuk mengintegrasikan seni, reka bentuk dan kehidupan bagi menilai semula dan menemui nilai budaya, artistik, model dan jenama yang unik daripada reka bentuk perabot Cina kontemporari bagi menonjolkan sifat berkarisma yang wujud dalam reka bentuk perabot Cina kepada dunia.

Pejabat Masa Depan Antarabangsa 2030+ sulung yang akan diadakan di Kawasan B, Dewan 11.2, akan mengintegrasikan imej, teks, cahaya, bayang, bunyi dan multimedia bagi mencipta pengalaman ruang menarik yang saling berkaitan dengan senario dunia sebenar serta interaksi maya.

Pameran ini akan turut menghimpunkan pereka yang telahpun bertapak kukuh dan baru muncul untuk berhubung dengan pempamer semasa forum diadakan secara langsung, membina platform komunikasi yang direka khas untuk pereka.

Dengan COVID-19 yang masih menjadi cabaran global, CIFF Guangzhou 2020 akan menggabungkan pengalaman dalam talian dan di tapak pameran bagi mencipta platform interaktif yang berasaskan awan dan bermanfaat yang disokong oleh beberapa rangkaian dalam talian bertrafik tinggi. Melalui pengalaman audiens yang dipertingkat, Pameran ini akan membantu meluaskan saluran pemasaran mereka dengan menganjurkan acara (promosi, pameran, pembentangan, forum dalam talian), membina platform yang dapat menghubungkan pempamer dengan pengunjung.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200708/2851524-1?lang=0

 

Source: China International Furniture Fair (Guangzhou)
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events