HONG KONG, 20 Julai 2020 /PRNewswire/ -- TCL Communication mengumumkan barisan peranti tablet berjenama Alcatel 2020, termasuk tablet kanak-kanak Alcatel TKEE MID, Alcatel 1T 7, Alcatel 3T 8 (2020). Trio tablet yang mampu milik ini membolehkan ibu bapa dan anak-anak untuk menikmati akses kepada pengalaman dipacu pendidikan dan hiburan dengan kos yang hampir sama dengan membawa keluarga menikmati makan malam dan menonton wayang. Ketiga-tiga tablet ini akan disediakan bermula dari 17 Julai dengan harga kurang daripada €150.
"Portfolio tablet berjenama Alcatel yang terkini ini dicipta dengan mempertimbangkan pelbagai keperluan keluarga, sama ada untuk pembelajaran di rumah, kerja atau hiburan," kata Jefferson Li, Pengurus Besar Bahagian Paparan Mudah Alih Pintar di TCL Communication. "Ketika kami terus membangunkan portfolio tablet Alcatel kami, kami akan memberi tumpuan yang malah lebih tinggi terhadap pengalaman ini yang mana pengguna memerlukan alatan teknologi baharu yang boleh diakses bagi memenuhi realiti pembelajaran, kerja dan hubungan jarak jauh yang disebabkan oleh pandemik semasa."
Alcatel TKEE MID – Alat pembelajaran digital "main dan belajar" sempurna untuk kanak-kanak
Tablet Alcatel TKEE MID ialah generasi pertama tablet jenama TKEE 8-inci Alcatel, menampilkan Kidomi, aplikasi berasaskan langganan yang menawarkan ratusan permainan premium, buku, filem dan rancangan TV yang telah dipilih susun bagi memaksimumkan pendidikan anak anda. Platform ini didatangkan dengan kawalan ibu bapa dan langkah-langkah lain bagi memastikan kanak-kanak mempunyai persekitaran yang selamat untuk belajar dan bermain. Paparan IPS HD 8-inci pada paparan Alcatel TKEE MID dibuat dengan lebih selamat untuk kanak-kanak, telah menerima ujian kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa daripada TÜV® Rheinland untuk perlindungan dan keselesaan mata, meningkatkan keselesaan mata dan menapis cahaya biru dengan berkesan. Selain itu, sarung bamper berwarna warni yang berkualiti tinggi memastikan tablet akan selamat apabila jatuh. Tablet ini mempunyai sambungan 4G LTE agar kanak-kanak dapat menikmati himpunan kandungan dalam talian yang luas.
Alcatel TKEE MID akan disediakan di Eropah, Timur Tengah & Afrika, Amerika Latin dan Asia Tenggara serta Pasifik pada suku ketiga tahun 2020 dengan harga €149.
Alcatel 1T 7 4G – Tablet mesra poket untuk panggilan video dan suara
Dengan bezel yang lebih kecil berbanding sebelum ini, Alcatel 1T 7 boleh dipegang dengan mudah pada satu tangan. Dilengkapi dengan Android 10 (Edisi Go), tablet 7-inci ini membawa pengurusan penyimpanan dan penggunaan data yang lebih cekap, untuk memberi pengalaman yang lebih pantas dan lebih pintar. Alcatel 1T 7 direka bentuk dengan mengutamakan keluarga. Kanak-kanak boleh menikmati Mod Kanak-kanak khusus dan antara muka kawalan ibu bapa terbina dalam yang mudah dikendalikan yang membolehkan ibu bapa untuk menetapkan had penggunaan anak-anak dan mengehadkan anak-anak kepada aplikasi yang diluluskan sahaja. Semasa dalam Mod Kanak-kanak, fungsi penjagaan masa yang eksklusif akan diaktifkan untuk membantu mengurangkan cahaya biru bagi melegakan keletihan visual.
Alcatel 1T 7 akan dilancarkan di Timur Tengah & Afrika, Amerika Latin, Eropah dan Asia Tenggara serta Pasifik pada suku kedua tahun 2020 dengan harga €89.
Alcatel 3T 8 (2020) – Pengalaman skrin besar dalam bentuk yang ringan
Dengan berat hanya 290g dan berukuran hanya 8.75mm tebal, Alcatel 3T 8 (2020) sangat mudah bawa dan mudah dipegang hanya pada satu tangan, boleh dimuatkan dalam kebanyakan beg galas. Paparan 8-inci ini memastikan mata anak-anak anda selamat, hasil daripada penapis cahaya birunya, mod kecerahan dan membaca yang automatik, yang menyelaraskan skrin kepada warna hitam dan putih. Ia turut didatangkan dengan sistem pembesar suara pintar yang memberi bunyi yang dalam, dengan audio yang membolehkan anda untuk mengasyikkan diri anda dalam pengalaman yang mengagumkan.
Tablet ini juga mesra kanak-kanak, mempunyai Mod Kanak-kanak khusus yang menjadikannya lebih mudah untuk dimanfaatkan oleh anak-anak. Ibu bapa boleh membuat keputusan dengan mudah bagi aplikasi yang dibenarkan untuk diakses oleh anak-anak mereka dengan memasukkan hanya aplikasi yang diluluskan dan boleh menetapkan had masa penggunaan.
Dengan Alcatel 3T 8 (2020), anda boleh menikmati gaya hidup yang lebih pantas dan lebih pintar. Miracast memberi akses yang lebih pantas ke TV, menyegerakkan kandungan skrin pada masa sebenar. Di samping itu, kemudahan adalah pada sentuhan hujung jari anda hasil daripada Google Assistant yang sentiasa beroperasi, yang membolehkan anda mengurus tugasan, bertanya soalan, bermain muzik dan banyak lagi. Ia turut menyokong panggilan suara dan mesej selain kawalan suara dengan keupayaan gangguan untuk muzik dan filem.
Alcatel 3T 8 (2020) akan disediakan di Eropah, Timur Tengah & Afrika, Amerika Latin dan Asia Tenggara serta Pasifik pada suku ketiga tahun 2020 dengan harga €129.
Untuk maklumat lanjut mengenai semua produk baharu yang terkini, sila kunjungi https://www.alcatelmobile.com/
Latar Belakang TCL Communication
TCL Communication Technology Holdings Limited (TCL Communication) mereka bentuk, mengeluarkan dan memasar portfolio peranti mudah alih dan perkhidmatan yang sedang berkembang di seluruh dunia melalui portfolio komprehensif yang melibatkan produk-produk berjenama TCL dan Alcatel. Di samping itu, TCL Communication ialah pemilik jenama, pembangun penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta rakan pembuatan peranti berjenama Palm. Produk-produk syarikat ini dijual di lebih 160 negara di seluruh Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Diperbadankan di Hong Kong, TCL Communication mengendalikan pusat pembuatan dan R&D miliknya sendiri di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.tcl.com/global/en.html.
TCL ialah tanda dagangan berdaftar TCL Corporation. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing. Alcatel ialah tanda dagangan Nokia yang digunakan di bawah lesen oleh TCL Communication.
Palm tanda dagangan yang dimiliki oleh TCL Communication dan di bawah lesen oleh Palm Ventures Group melalui Wide Progress Global.
Google, Android, Google Lens serta tanda dan logo lain yang berkaitan merupakan tanda dagangan Google LLC.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200717/2860683-1?lang=0