omniture

Fundnel Umum Permintaan Berterusan untuk Urus Niaga ECF dan Lapor Minat Semakin Meningkat untuk 'Revenue Share'

Fundnel
2020-07-22 15:22 286
  • Lebih 240 PKS Malaysia mencari kepakaran Fundnel untuk pengumpulan dana, melangkaui purata aktiviti urus niaga industri
  • Pada tahun 2019, Fundnel memperoleh US$120 juta untuk syarikat baharu, syarikat persendirian dan dana modal usaha niaga di rantau ini
  • Struktur Revenue Share ini menawarkan pelabur dengan cara untuk menyokong jenama-jenama kegemaran mereka.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini Fundnel Malaysia mengumumkan prestasinya bagi tahun 2019, menandakan permintaan yang berterusan untuk pelaburan alternatif dan pemberian pinjaman. Lebih 240 Perusahaan Bersaiz Kecil dan Sederhana (PKS) mencari kepakaran platform pelaburan persendirian bagi tujuan pengumpulan dana, melangkaui purata aktiviti urus niaga industri ini; empat memenuhi keperluan ketat Fundnel dan telah mengumpul sebanyak RM5 juta secara kolektif. Merentas lima pasaran negaranya, Fundnel memperoleh dana penting sebanyak USD$120 juta untuk syarikat baharu, syarikat persendirian dan dana modal usaha niaga, menjadikan tahun 2019 sebagai tahun terbaiknya setakat ini.

Enya will be launching its fundraising campaign on the Fundnel platform
Enya will be launching its fundraising campaign on the Fundnel platform

 

Morganfield’s will be launching its fundraising campaign on the Fundnel platform
Morganfield’s will be launching its fundraising campaign on the Fundnel platform

Pengumpul dana ini berasal daripada pelbagai industri, bermula daripada Makanan dan Minuman (F&B) kepada Teknologi Kewangan. Antaranya, dua PKS -- Celmonze The Signature, pusat kecantikan sehenti berorientasikan hasil, serta CapBay, platform pembiayaan Rantaian Bekalan dan Rakan-ke-Rakan berbilang bank -- berupaya untuk memanfaatkan skim Dana Pelaburan Bersama Malaysia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang memberi rangsangan tambahan untuk perniagaan bagi meneruskan tahap pertumbuhan mereka yang seterusnya. Sebahagian besar dana yang dikumpul disalurkan untuk perbelanjaan operasi bagi tujuan pengembangan dan pembangunan teknologi.

Membina Pasaran Modal Persendirian Generasi Seterusnya

Wan Mohd Firdaus, Pengarah Fundnel Malaysia, yang gembira dengan keupayaan untuk menghulurkan bantuan kepada PKS tempatan berkata, "matlamat utama kebanyakan perniagaan adalah untuk menjana keuntungan. Apa yang membezakan perniagaan yang luar biasa dengan perniagaan yang lain adalah keinginan untuk memenuhi usaha altruistik, seperti komitmen terhadap emisi sifar karbon atau pengambilan pekerja inklusif."

Fundnel mengatur langkah ke arah visinya: membina pasaran modal generasi seterusnya bagi mendayakan pengagihan modal cekap yang akan mencipta peluang pekerjaan, memacu pertumbuhan ekonomi dan membangun negara. "Apabila kami menyaksikan usaha kami bersama PKS ini dapat dilihat dengan jelas dalam bentuk outlet baharu, yang menyediakan peluang pekerjaan yang menguntungkan buat rakyat Malaysia, atau produk serta sistem yang lebih baik demi kebaikan masyarakat, kami mendapat inspirasi untuk merancang kaedah yang kreatif untuk mendekati lebih ramai usahawan dan syarikat persendirian," tambah beliau.

Perkongsian hasil: Keadaan Penggunaan Baharu untuk Struktur Terbukti

Pada tahun 2016, Fundnel memperkenalkan struktur urus niaga "Revenue Share" yang membolehkan perniagaan untuk menerima dana bukan dicairkan daripada kumpulan pelabur. Sebagai balasan, perniagaan akan berkongsi sebahagian daripada hasilnya dengan pelabur ini untuk suatu tempoh waktu yang tetap sehingga prinsipal dan pelaburan berganda telah dibayar. Pada tahun 2019, setelah bertahun-tahun menjalankan penyelidikan dan pelaksanaan dengan pelbagai pelabur serta pengumpul dana di rantau ini, Fundnel secara rasminya memperkenalkan buat julung kalinya produk perkongsian hasilnya di Malaysia.

"Revenue Share" menawarkan aspek pelaburan baharu untuk pelabur. Ia membuka laluan untuk pelabur bagi menyokong jenama yang sesuai dengan nilai-nilai peribadi di samping menyediakan laluan yang jelas untuk berundur dalam tempoh 12-24 bulan. Union Roastery, sebuah syarikat pemanggang kopi khusus dan kafe, merupakan yang pertama di Malaysia untuk mengumpul dana melalui perkongsian hasil daripada 15 pelabur individu dan korporat, kesemuanya telah menerima pelaburan prinsipal berserta pulangan yang melebihi jangkaan. Rangkaian F&B kini mengadakan kempen kedua bersama Fundnel. 

Lembaran Seterusnya untuk Platform Pelaburan Persendirian Terbesar Asia Tenggara

Fundnel mempunyai lima PKS lain dalam perancangannya yang berusaha untuk melancarkan kempen pengumpulan dana pada minggu-minggu akan datang. Bermula daripada penilaian kepada persediaan prapelancaran, pasukan ini berupaya untuk meletakkan asas untuk urus niaga ini walaupun dengan perintah kawalan pergerakan negara ini – satu bukti pendekatan yang mengutamakan digital oleh Fundnel terhadap pelaburan alternatif dan pemberian pinjaman.

PKS ini mencakupi pelbagai industri dan akan ditawarkan kepada pelabur dalam pelbagai struktur. Syarikat-syarikat yang terkenal termasuk Enya, sebuah syarikat penjagaan kesihatan peribadi wanita digital dengan visi untuk menyediakan pilihan organik yang berpatutan kepada wanita; dan Morganfield's, tempat makan gaya Amerika memenangi anugerah yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, Singapura dan Shanghai, China. Melalui pendekatan industri-agnostik dan penstrukturan urus niaga khas, Fundnel memastikan agar ia memenuhi pelbagai pilihan pelabur yang berbeza-beza dan dalam masa yang sama mengimbangi keperluan pengumpul dana.

Pada tahun 2020, Fundnel akan terus meningkatkan platformnya untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih banyak PKS Malaysia dan membantu pelabur mencari dan menyokong syarikat-syarikat harian dan perkhidmatan-perkhidmatan penting dengan potensi pertumbuhan yang dititikberatkan oleh mereka.

Penafian:

Mana-mana kempen pengumpulan dana oleh Fundnel, termasuk tawaran perkongsian hasil berkenaan, tertakluk kepada terma-terma, syarat-syarat dan risiko-risiko masing-masing. Tidak ada jaminan bahawa apa-apa kadar pulangan sasaran akan dicapai berhubung dengan mana-mana kempen pengumpulan dana dan keputusan atau prestasi sebenar kempen pengumpulan dana masa akan datang mungkin berbeza dengan ketara daripada kempen Union Roastery. Siaran akhbar ini masih belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200716/2859812-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200716/2859812-1-b?lang=0

Source: Fundnel
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Sales reports