omniture

CGTN: Xi Ting Periksa Wilayah Jilin Timur Laut China

CGTN
2020-07-27 08:33 489

BEIJING, 27 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Presiden China Xi Jinping, yang juga setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, memeriksa Wilayah Jilin timur laut China pada hari Rabu.

 

Di Daerah Lishu di Kota Siping, Xi mengunjungi zon demonstrasi dan koperasi petani di sebuah pangkalan pengeluaran bahan mentah makanan hijau. Beliau mempelajari tentang produksi makanan, perlindungan dan penggunaan tanah hitam di daerah ini, dan bagaimana mereka menerapkan penjenteraan pertanian berskala besar.

Pada tahun 2019, jumlah pengeluaran tahunan Jilin meningkat sebanyak 2.45 bilion kilogram bagi mencapai 38.78 bilion kilogram, dengan mendahului pertumbuhan bersih dalam negara melalui pembentukan 41.2 peratus dari jumlah peningkatannya.

Xi kemudiannya mengunjungi Balai Peringatan Pertempuran Siping, di mana beliau mengimbas kembali sejarah revolusi dan memberi penghormatan kepada para pejuang revolusi.

Mengimbas kembali, Xi mengunjungi Wilayah Jilin masing-masing pada bulan Julai 2015 dan September 2018.

Bacaan lanjut: Xi menekankan penggiatan semula di timur laut China
https://news.cgtn.com/news/3d3d414e7a45544e7a457a6333566d54/index.html

Penggiatan semula wilayah

Pada bulan April 2016, pemerintah kerajaan China melancarkan langkah-langkah baharu untuk menghidupkan kembali wilayah timur laut, yang telah berjuang dengan penurunan industri, kejatuhan pelaburan dan persekitaran perniagaan yang menakutkan. Reformasi dilakukan, dengan rangkaian dasar sokongan, yang mengarah kepada pemerintahan yang diperkemas dan persekitaran perniagaan yang lebih baik.

Semasa pemeriksaan beliau di wilayah Heilongjiang, Jilin dan Liaoning pada tahun 2018, Xi meminta "usaha baharu" untuk meningkatkan penggiatan semula timur laut China.

Bagi mewujudkan penggiatan semula ini, Xi menyatakan wilayah itu harus memperdalam reformasi untuk mengatasi percanggahan, menggalakkan inovasi dengan dinamisme yang kuat, berpegang pada falsafah pembangunan baharu, meningkatkan kelebihan pembangunan hijau, mengintegrasi Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) secara mendalam dan membuat lebih banyak usaha untuk meningkatkan kehidupan masyarakatnya.

Beliau meminta pemerintah penduduk setempat untuk terus memberi sokongan terhadap pembinaan ekologi, pengeluaran makanan dan meningkatkan kelebihan pembangunan hijau. Adalah amat penting untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber dan kelebihan yang unik di wilayah timur laut bagi mempromosikan pembangunan ekonomi tempatan, kata beliau.

Pemodenan pertanian

Presiden Xi menyatakan bahawa pemodenan pertanian dan keselamatan makanan harus menjadi bidang tumpuan utama.

Dalam laporan kerja pemerintah yang disampaikan semasa Kongres Kebangsaan Parti Komunis China ke-19 pada tahun 2017, Xi menyatakan isu-isu berkaitan pertanian, kawasan luar bandar dan petani sebagai "asas kepada China kerana isu-isu ini mempunyai kepentingan secara langsung kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat negara China".

 "Dalam menangani permasalahan ini, seharusnya kita mempunyai tempat utama dalam agenda kerja Parti,dan kita harus mengutamakan pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar," Xi berkata.

Dalam surat kepada para pakar, guru dan pelajar di lebih 50 kolej pertanian tahun lalu, Xi mengatakan bahawa China tidak dapat dimodenkan tanpa memodenkan sektor pertaniannya dan memberikan nafas baharu kepada kawasan luar bandarnya, dengan sains dan teknologi memainkan peranan penting.

Beliau meminta pakar pertanian untuk menolong petani meningkatkan produktiviti pertanian dan inovasi teknologi, bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar China.

Artikel asal:
https://news.cgtn.com/news/2020-07-22/President-Xi-Jinping-inspects-NE-China-s-Jilin-Province-Sl6KNuINQ4/index.html

Video - https://cdn5.prnasia.com/202007/CGTN/video.mp4

Source: CGTN
Keywords: Agriculture Publishing/Information Service