omniture

Pengurusan lalu lintas pintar: bantu kenderaan bergerak melalui bandar purba

Lalu lintas terus berkembang di setiap bandar utama. Namun begitu, bagaimana caranya untuk mengatasi kesesakan di ruang bandar yang sempit ini? Di bandar bertembok purba China, Xi'an, mereka menerima pakai sistem pengurusan lalu lintas pintar berasaskan teknologi Hikvision - dan meningkatkan aliran trafik di samping mengurangkan masa perjalanan.
Hikvision
2020-07-28 06:26 468

HANGZHOU, China, 28 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Bandar Cina Xi'an, yang dikenali sebagai Chang'an pada zaman dahulu kala, merupakan pusat tamadun purba timur. Tiga belas dinasti yang terangkum dalam sejarah Cina telah memilih Xi'an sebagai ibu kotanya. Hari ini, Xi'an bukan sekadar sebahagian daripada sejarah: ia merupakan sebuah hab teknologi tinggi, terkenal di seluruh China untuk penyelidikan dan pendidikan saintifiknya, pembuatan, teknologi dan pengangkutan.

Lalu lintas bandar Xi'an
Lalu lintas bandar Xi'an

Cabaran: membolehkan bandar berkembang dan bergerak dalam tembok purba 

Walaupun menjadi sebuah hab moden, Xi'an masih mengekalkan susun atur 'papan dam' daripada Dinasti Tang, lengkap dengan sempadan bertembok tinggi dan purba. Sungguhpun begitu, meskipun pertumbuhan ekonomi membolehkan bandar ini membangun, tembok berkenaan memberi sekatan besar terhadap pergerakan harian bandar tersebut - terutamanya lalu lintasnya yang semakin meningkat. Kenderaan hanya boleh masuk dan keluar melalui pintu gerbang bandar ini, namun begitu dengan kira-kira tiga juta kenderaan di bandar, bilangan pintu masuk yang terhad mula mengakibatkan kesesakan yang serius.

Di samping itu, terdapat juga banyak runtuhan purba di bandar ini, yang mengehadkan lagi pembangunan di kawasan bandar. Selain itu, sehingga tahun 2018, bandar ini merupakan tumpuan lebih 10 juta orang, manakala bilangan projek pembinaan semakin meningkat.

Mengurus sebuah bandar yang semakin berkembang sekali gus melindungi sejarahnya membawa cabaran yang serius untuk Xi'an. Maka, bagi mengatasi hal ini, Pentadbiran Lalu Lintas Bandar Xi'an meminta bantuan Hikvision dan kamera pintarnya.

Penyelesaian: sistem pengurusan lalu lintas pintar daripada Hikvision  

"Tembok bandar Xi'an menjadikannya mustahil untuk meningkatkan saiz kawasan bandar. Maka, hanya melalui teknologilah kami dapat membolehkan bandar moden ini berkembang dan membangun," kata Lihu Ma, Pengurus Projek dari Hikvision. "Bahagian utama dalam penyelesaian Hikvision melibatkan teknologi video berkuasa AI kami."

Polis trafik Xi'an bekerjasama dengan pakar daripada Hikvision, selain pakar perancangan bandar, penyedia perkhidmatan internet dan syarikat teknologi yang lain, untuk mereka bentuk dan melaksanakan sistem pengurusan lalu lintas pintar. Pembinaan sistem ini memanfaatkan sepenuhnya kelebihan utama Hikvision dalam kepintaran pengangkutan bandar, menggunakan video berkuasa AI untuk mencipta sistem pengesanan lalu lintas yang hebat. "Kami membina penghubung dengan berkesan antara dunia digital pintar dan jaringan pengangkutan bandar fizikal di Xi'an," jelas Lihu.

Penyelesaian teknikal 

Sistem pengurusan lalu lintas pintar menganalisis data yang komprehensif dan terperinci mengenai pergerakan lalu lintas melalui kawasan bandar Xi'an dan memanfaatkan pandangan yang dikumpul untuk menjadikan aliran lalu lintas lebih lancar dengan tiga cara utama.

1. Pemantauan pelanggaran peraturan lalu lintas jalan raya yang komprehensif

Polis trafik Xi'an telah memasang Kamera Tangkap Titik Pemeriksaan dan Unit Tangkap Pelanggaran Persimpangan Hikvision sebagai sebahagian daripada sistem pemantauan yang dapat mengesan tingkah laku kenderaan yang menyalahi undang-undang di persimpangan.

Kamera zum ultra tinggi pemandangan penuh ini merekodkan kenderaan yang membuat pergerakan yang menyalahi undang-undang - seperti melanggar lampu isyarat merah, membelok yang dilarang dan penukaran lorong yang menyalahi undang-undang - pada masa sebenar. Tambahan pula, peralatan pemantauan sonar yang terkini digunakan untuk mengesan penggunaan hon kereta yang menyalahi undang-undang di kawasan larangan.

2. Platform arahan dan penghantaran bersepadu visual

Menggunakan strim video masa sebenar daripada Kamera Tangkap Aliran Lalu Lintas Hikvision, beberapa teknologi persepsi keadaan jalan raya, berserta aplikasi mudah alih pintar, polis trafik Xi'an telah mewujudkan pusat arahan dan kawalan visual, digandingkan dengan sistem penghantaran polis pintar.

Semua data dikumpulkan dan dipaparkan secara dinamik pada skrin besar di pusat arahan dan kawalan. Apabila berlakunya insiden lalu lintas, sistem ini menghasilkan cadangan penghantaran secara pintar, mengikut lokasi dan taburan pegawai polis trafik di seluruh bandar. Mereka yang berada paling hampir dengan insiden menerima mesej automatik pada terminal mudah alih mereka, membolehkan mereka untuk tiba di tempat kejadian dengan pantas.

Lebih penting lagi, sistem pengurusan lalu lintas pintar menggunakan keupayaan pembelajaran mesin canggih untuk mendapatkan pandangan mengenai corak kesesakan biasa, bagi mengenal pasti dengan aktif peristiwa lalu lintas yang berpotensi sebelum ia berlaku. Dengan menganalisis sejumlah besar data dan maklumat keadaan jalan raya daripada kameran video pintar Hikvision, sistem ini boleh meramalkan persimpangan yang paling mudah mengalami kesesakan dan waktunya, membolehkan polis trafik untuk mengenakan langkah-langkah bersifat mengelak sebelum isu-isu yang serius timbul.

3. Kapasiti aliran kenderaan yang lebih baik dengan kawalan isyarat pintar 

Pasukan pengurusan lalu lintas Xi'an turut menggunakan amalan pengurusan kesesakan bagi melancarkan aliran lalu lintas, sebahagian besarnya melalui pengoptimuman pemasaan isyarat.

Menggunakan kamera video pintar Hikvision yang digandingkan dengan teknologi realiti imbuhan (AR), sistem pengurusan lalu lintas pintar menganalisis data aliran lalu lintas dan mengubah secara dinamik masa lampu isyarat sewajarnya. Ia akan memantau aliran lalu lintas, panjang barisan dan purata kelajuan pemanduan dalam semua arah persimpangan pada masa sebenar, menyesuaikan masa isyarat secara automatik bagi mengoptimumkan aliran kenderaan.

Faedah-faedah: Pemprosesan lalu lintas meningkat 10%, masa perjalanan menurun 12%  

Sistem pengurusan lalu lintas Xi'an kini telah dilatih dengan banyak data lalu lintas, termasuk video Hikvision, membolehkannya untuk membina berbilang algoritma pintar bagi mengurus kesesakan lalu lintas di bandar ini.

Pertama sekali, laporan kesesakan berasaskan peta mencadangkan bahawa kedudukan kesesakan Xi'an telah bertambah baik dengan ketara. Bahkan, dibandingkan dengan keputusan ujian jalan raya perintis sebelum sistem ini beroperasi, kawalan isyarat pintar sahaja telah meningkatkan pemprosesan lalu lintas sebanyak 10%, manakala purata masa perjalanan kenderaan menurun kira-kira 12%.

Lebih-lebih lagi, tingkah laku pemandu semakin bertambah baik dan pemandu semakin lebih mematuhi peraturan jalan raya. Data penguatkuasaan undang-undang lalu lintas mendedahkan bahawa kesalahan lalu lintas umumnya menurun, dengan pelanggaran peraturan lalu lintas menurun kira-kira sebanyak 30% dalam satu pemerhatian jangka pendek.

Di samping itu, hasil daripada fungsi amaran insiden lalu lintas yang proaktif, kadar pengesanan insiden turut meningkat sebanyak lebih daripada 30% berbanding model tradisional. Dengan pengoptimuman algoritma sistem yang berterusan, berserta pemasangan peralatan pemantauan yang sedang berjalan, ketepatan pengenalpastian ini hanya akan bertambah baik.

Dalam proses urbanisasi, mengatasi masalah kesesakan bukan sahaja mengenai penambahbaikan aliran jaringan pengangkutan: ia juga merupakan tadbir urus asas bagi membina sebuah bandar pintar.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian lalu lintas pintar Hikvision di sini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200724/2866766-1?lang=0

 

 

Source: Hikvision
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Transportation Survey, Polls & Research