omniture

Catherine Chen dari Huawei: Tanggungjawab Bersama untuk Masa Depan Bersama

Huawei
2020-07-31 03:53 907

SHENZHEN, China, 31 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Naib Presiden Kanan Korporat dan Pengarah Lembaga Huawei, Catherine Chen, menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Dunia Lebih Baik (Better World Summit) 2020 secara dalam talian hari ini. Menurut Chen, pengawal atur telekomunikasi di banyak negara dan industri harus bekerjasama untuk mengatasi cabaran bersama yang muncul akibat daripada pandemik COVID-19 bagi mencipta masa depan yang lebih menyeluruh untuk semua.

Penceramah lain pada sidang kemuncak itu termasuk wakil dari Sektor Komunikasi Radio Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (International Telecommunication Union Radiocommunication Sector) (ITU-R), Sistem Global untuk Komunikasi Mudah Alih (Global System for Mobile Communications) (GSMA), Persatuan Telekomunikasi Persaingan Eropah (European Competitive Telecommunications Association) (ECTA), Jabatan Komunikasi dan Teknologi Digital Afrika Selatan, Pejabat Ekonomi Digital Kebangsaan dan Suruhanjaya Ekonomi  Thailand (Thailand's Office of the National Digital Economy and Society Commission), Akademi Maklumat dan Teknologi Komunikasi China (China's Academy of Information and Communications Technology) (CAICT), Persatuan Industri Internet Jerman (Germany Association of the Internet Industry) (ECO), dan ADL. 

Catherine Chen menyampaikan ucaptama
Catherine Chen menyampaikan ucaptama

Masa depan yang lebih baik untuk semua memerlukan usaha bersama 

Selama 30 tahun yang lalu, teknologi maklumat telah berkembang dengan pesat, menjadikan kehidupan dan pekerjaan manusia lebih mudah. Pandemik COVID-19 telah memperlihatkan bahawa infrastuktur digital tidak seiringan dengan perkembangan teknologi. Menurut Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), lebih daripada separuh penduduk dunia masih tidak mempunyai baik akses internet mahupun akses kepada teknologi digital yang lain. Oleh kerana ekonomi di seluruh negara adalah perlahan, kerajaan semakin prihatin dengan strategi pemulihan ekonomi. "Kami membayangkan masa depan yang lebih terhubung, pintar dan inovatif," kata Chen. "Yang paling penting sekali, kita harus memastikan masa depan yang menyeluruh, mapan dan lebih baik daripada semua, untuk semua."

Reka bentuk atas ke bawah; kreativiti dan daya hidup bawah ke atas diperlukan untuk pemulihan ekonomi

Ketika lebih banyak negara dan wilayah berhasil menerapkan langkah-langkah kawalan jangkitan bagi memperlambatkan penyebaran COVID-19, kegiatan ekonomi di negara-negara tertentu mulai kembali normal. Beberapa kerajaan telah melancarkan pelbagai rancangan rangsangan, dan ICT selalu memegang peranan penting dalam rancangan ini. Di China, rancangan Infrastruktur Baharu telah memperuntukkan lebih daripada 140 bilion dolar AS untuk dilaburkan dalam 5G sahaja dalam tempoh lima tahun akan datang. Hal ini diharapkan dapat mengembangkan ekonomi digital China kepada lebih daripada 2 trilion dolar AS dan meningkatkan pemulihan ekonomi domestik. Kesatuan Eropah (EU) juga telah mengumumkan pakej 1.1-trilion-euro untuk meningkatkan pemulihan ekonomi.

 "Untuk membangunkan semula ekonomi, kita memerlukan reka bentuk atas ke bawah, serta kreativiti dan daya hidup bawah ke atas," tegas Chen. "Menyokong dasar kerajaan yang digabungkan dengan transformasi digital aktif di seluruh industri akan memberi manfaat kepada teknologi digital semua industri, meningkatkan kecekapan, dan memulihkan pertumbuhan."

Program 'Benih untuk Masa Depan' (Seeds for the Future) menyemai harapan dengan memanfaatkan ICT untuk membolehkan masa depan yang mapan

Merujuk kepada laporan Bank Dunia baru-baru ini mengenai jurang pertumbuhan antara ekonomi digital global yang berkembang pesat dan kekurangan kemahiran digital, Chen berkata, "Huawei meneruskan keunggulan program 'Benih untuk Masa Depan' (Seeds for the Future). Program ini dilancarkan pada tahun 2008, dan dirancang bagi mengembangkan bakat ICT tempatan. Setakat ini, program ini telah memberi manfaat kepada lebih daripada 30,000 pelajar dari lebih 400 universiti di 108 buah negara dan wilayah. Disebabkan oleh wabak ini, kami menukarkan program ini menjadi secara dalam talian dan membukanya kepada pelajar  yang lebih cemerlang daripada sebelumnya. Oleh kerana lebih banyak industri menggunakan teknologi digital, mereka akan mendorong Matlamat Pembangunan Strategik 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, terutamanya yang berkaitan dengan perubahan iklim.

Sidang Kemuncak Dunia Lebih Baik (Better World Summit) disiarkan secara langsung dalam bahasa Cina, Inggeris, Sepanyol, Perancis, Rusia, Korea, Jepun, dan Arab. Untuk maklumat lebih lanjut, klik di sini.

Latar belakang Huawei

Huawei ialah pembekal infrastruktur dan peranti pintar yang terkemuka bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dengan penyelesaian bersepadu di empat domain utama – rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar, dan perkhidmatan awan (cloud services) – Huawei komited untuk membawa digital kepada setiap orang, rumah dan organisasi bagi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Portfolio produk, penyelesaian, dan perkhidmatan Huawei hujung-ke-hujung (end-to-end) adalah berdaya saing dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan ekosistem, Huawei mencipta nilai yang berkekalan bagi pelanggannya, berusaha untuk memperkasakan semua orang, memperkayakan kehidupan di rumah, dan menginspirasi inovasi dalam organisasi dari semua bentuk dan saiz. Di Huawei, inovasi tertumpu kepada keperluan pelanggan. Huawei banyak melabur dalam penyelidikan asas, dengan menumpukan pada kejayaan teknologi yang mendorong dunia lebih ke hadapan. Huawei mempunyai 194,000 pekerja, dan beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh pekerja-pekerjanya. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Huawei dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200729/2870617-1?lang=0

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news